Friday, November 12, 2010

FROM TAIPING WITH LOVE





















Semalam aku dan family balik ke taiping untuk menziarahi makci yang berada di Hospital Taiping. Sebelum balik ke KL petang itu kami semua pergi mengambil gambar di Taman Tasik Taiping.

Tuesday, November 9, 2010

SINAR HARIAN ISNIN 8/11/2010

CUTI CUTI MALAYSIA


Menurut magazine.virtualmalaysia.com, terdapat 12 tempat menyelam paling menarik (12 great dive sites) di Malaysia iaitu:

1. Pulau Sipadan, Sabah

2. Pulau Mabul, Sabah
3. Pulau Layang-layang, Sabah
4. Pulau Tioman, Pahang (considered as one of the most beautiful islands in the world)
5. Pulau Redang, Terengganu
6. Miri, Sarawak
7. Pulau Tenggol, Terengganu
8. Labuan, Sabah
9. Pulau Perhentian, Terengganu

10. Pulau Kapas, Terengganu
11. Pulau Aur, Johor
12. Pulau Payar Marine Park, Kedah


*gambar dari sabah.gov.my*

so, jom cuti-cuti Malaysia !!! :)) (bilalah agaknya??..)

*rama-rama Pulau Tioman pun nak enterprem kat entri ni..hehehe*

TRIP TO PENANG WITH QWI

Thursday, November 4, 2010

Perubahan diri perlu dibuat seiring dengan perubahan masa

Perubahan perlu, sebab Anda mahu maju. Orang yang tidak mahu berubah, sebenarnya dia adalah orang yang tidak mahu mencapai apa-apa kecemerlangan dalam hidupnya.

Orang yang sanggup berubah, terbukti dia adalah orang yang mahu mencapai kecemerlangan hidup.

Perubahan adalah dengan meninggalkan sikap lama kemudian mempraktikkan sikap baru. Perubahan perlu dilakukan setiap masa supaya kita bergerak maju ke depan seiring dengan perubahan masa. Jika tidak berubah, Anda tidak akan maju, Anda tidak akan dapat mencapai apa-apa.

Orang yang mahu berubah adalah orang yang optimis mahu memperbaiki hidup.

Jika Anda mahu berjaya, mahu bahagia, mahu cemerlang, sediakan diri untuk berubah. Jadilah fleksibel dan serap sikap-sikap baru untuk merubah diri Anda menjadi semakin baik.

Untuk mencapai impian, Anda tidak boleh kekal pada satu sikap sahaja, terus berubah jadi semakin baik dari sehari ke sehari.

Bila Anda malas nak berubah, apa nak buat?


1. Fikir balik hala tuju hidup Anda.

Fikir tentang diri Anda sendiri. Adakah Anda ni orang yag berguna atau seseorang yang cukup menyusahkan orang lain? Kaji balik perilaku Anda selama ini dan fikirkan respon orang-orang sekeliling terhadap perangai Anda.

2. Anda seorang yang rajin atau malas?

Anda jadi beku untuk berubah sebab Anda tak kenal pasti Anda ni orangnya rajin atau malas. Tanya diri Anda sendiri, selama ni adakah Anda seornag yang rajin, atau seorang yang malas?

Jika rajin, apa buktinya? Jikalau malas, apa buktinya?

Mana yang lebih banyak – malas atau rajin?

Apabila Anda dapat yang Anda tak tahu apa hala tuju hidup Anda, Anda tiada azam, matlamat ataupun cita-cita, inilah masanya untuk ubah diri. Set apa yang Anda mahu capai.

Ubah sikap menjadi rajin. Apabila Anda dapati Anda seorang yang rajin dan Anda pernah mendengar orang sekeliling Anda kata Anda rajin, upgrade diri Anda menjadi semakin rajin.

Jika Anda seornag malas dan suka ambil jalan mudah, mulai sekarang ubah sikap menjadi proaktif. Buktikan pada orang sekeliling Anda bukan pemalas selama-lamanya.

Anda juga punya hak untuk berjaya.

Monday, November 1, 2010