Thursday, August 25, 2011

SALAM AIDILFITRI 1432 HIJRAH


Di kesempatan bulan yang penuh barakah ini
saya sekeluarga ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidifitri
buat semua teman-teman
tak kira di mana bermulanya perkenalan kita
Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan di berkatiNya
Semoga ukhuwwah fillah ini terus disinari oleh NurQasehNya...amin
Buat teman-teman alam maya ini
terimalah kad sebagai pengganti diri daripada kami sekeluarga
jangan malu jangan segan
kopipes kad ini
gantung kat umah kawan2 semua...
mesti syanteq berseri-seri..

INDAHNYA RAMADHAN DI PWTC





















SALAM AIDILFITRI - MY CARD




Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin

Tuesday, August 16, 2011

DOWNLOAD LAGU RAYA SEPANJANG ZAMAN


Assalamualaikum… Menjelang ketibaan Syawal pastinya hati akan lebih terusik apabila mendengar dendangan lagu-lagu raya. Lebih mengasyikkan bila mendengar lagu raya klasik yang menyentuh perasaan. Bagi yang berada di perantauan pastinya lebih sayu menghitung hari untuk bercuti dan pulang ke kampung halaman.
Berikut adalah senarai mp3 lagu-lagu raya sepanjang zaman yang ada dalam simpanan saya. Muat turun dari fail Mediafire dengan pantas. Caranya hanya dengan klik pada tajuk lagu yang diingini dan teruskan dengan langkah aplikasi muat turun yang seterusnya. Jika ada sebarang permintaan lagu, sila tinggalkan di ruangan komen. Insya-Allah akan saya usahakan. Selamat mendengar lagu-lagu raya gemilang pilihan sepanjang zaman.
Anugerah AidilfitriSiti Nurhaliza
Bersabarlah SayangSanisah Huri
Bersama Di Hari RayaCenderawasih
Bila Takbir BergemaAnis Suraya
Cahaya AidilfitriBlack Dog Bone
Dari Jauh KupohonkanSudirman
Dendang PerantauP.Ramlee
Di Pagi AidilfitriRosemaria
Halaman AsmaraAwie & Ziana Zain
Indahnya Beraya Di DesaAzlina Aziz
Kepulangan Yang Di NantiAman Shah
Kupohon Restu Ayah BondaMamat
Kurniaan Di Hari RayaFeminin
Menjelang Hari RayaD.J Dave
Musafir Di AidilfitriJeffrydin
Musafir Di AidilfitriM.Nasir
Musafir Di AidilfitriS.Jibeng (Original)
Nazam LebaranSiti Nurhaliza
Pulang Di Hari RayaAsha Malik
Pulang Di Hari RayaNoor Kumalasari
PulanglahAishah
Salam AidilfitriJamal Abdillah
Satu Hari Di Hari RayaM.Nasir
Selamat Berhari RayaRahimah Rahim
Sepasang Kurung BiruKhairil Johari Johar
Selamat Hari RayaAhmad Jais
Selamat Hari RayaFazidah Joned
Selamat Hari RayaSaloma
Seloka Hari RayaHail Amir & Uji Rashid
Sesuci LebaranSiti Nurhaliza
Suasana Hari RayaAnuar Zain & Ellina
Suasana Hari RayaSharifah Aini
Suasana Riang Di Hari RayaJunainah M.Amin
Syawal MenjelmaRamli Sarip

Thursday, August 4, 2011

Adab Berpuasa Dan Solah Teraweh



Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: 'Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.' (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.


Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t.

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: 'Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur.' (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: 'Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa).' (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., 'Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman.' (Riwayat an-Nasaei)

Wangi-wangain Buat Jiin Muntah


Minyak wangi buat jin muntah.... Bau wangi merupakan santapan roh, ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia. Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya, manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan. Sudah beberapa kali menyapukan minyak wangi dihidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah, jin yang menganggu akan komplen minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. Kerana itulah diantara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya. Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi. Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga tersebut. Didalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual. Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat al-quran, selawat atau zikir-zikir tertentu. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis. Cuma ianya memerlukan kaedah-kaedah yang khusus dan niat yang baik dari si pemakai. Ini adalah untuk mengelakkan kehadiran jin pendamping. Salam Ukhuwah..~

PESANAN SAIDINA UMAR AL KHATTAB




– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.


– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.


– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.


– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.


– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.


– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.


– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.


– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.


2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.


3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidak dapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.


4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.


5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari:

“Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

TIPS KESIHATAN PADA BULAN RAMADHAN




Fisiologi Badan Manusia Ketika Berpuasa

Perubahan yang berlaku terhadap badan kita ketika berpuasa bergantung kepada panjang masa dan kekerapan kita berpuasa. Secara teknikal, badan kita mula menunjukkan perubahan 8 jam selepas makan, iaitu ketika sistem penghadaman manusia sudah kehabisan nutrient untuk diserap masuk. Ataupun dalam istilah perubatan, puasa bermaksud perubahan fisiologi badan selepas 8 jam dari tempoh akhir seseorang itu makan. Ketika keadaan normal (tidak berpuasa), glukosa yang disimpan dalam hati(liver) dan otot(muscle) merupakan sumber utama tenaga. Ketika peringkat awal berpuasa, glukosa yang tersimpan tadi merupakan sumber tenaga yang pertama sekali akan digunakan. Kemudian, setelah simpanan gulkosa tadi habis, lemak pula menggantikan glukosa tadi sebagai sumber tenaga. Lemak yang tersimpan di beberapa tempat di dalam badan terutama di lapisan bawah kulit. Sebilangan kecil glukosa akan di’bina’ melalui beberapa mekanisma di hati.

Hanya pada keadaan badan tidak menerima makanan untuk tempoh yang lama sahaja, lebih dari sehari, barulah protin digunakan sebagai sumber tenaga. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘kebuluran’(starvation) dan ianya tidak baik untuk kesihatan kerana ianya menyebabkan pemecahan otot untuk mendapatkan protin sebagai sumber tenaga. Oleh kerana itu, seseorang yang kebuluran akan kelihatan terlalu kurus dan menjadi sangat lemah.

Ketika Ramadan kita hanya berpuasa dari subuh sehingga senja. Hal ini membolehkan kita mengisi semula simpanan tenaga yang mencukupi ketika bersahur dan berbuka puasa. Justeru, puasa menyediakan proses pertukaran sumber tenaga dari glukosa kepada lemak dalam keadaan teratur dan pemecahan otot untuk menghasilkan protein sebagai sumber tenaga dapat dielak. Penggunaan lemak sebagai sumber tenaga membantu untuk mengurangkan berat badan, memelihara otot, dan mengurangkan kandungan kolesterol badan seterusnya menuragkan risiko sakit jantung dan strok. Tambahan lagi, kehilangan berat badan turut membantu untuk mencegah diabetes dan mengurangkan tekanan darah. Proses detoksifikasi badan turut berlaku ketika berpuasa, melalui proses pelarutan dan ianya dibuang terus melalui air kencing. Selepas beberapa hari berpuasa, kandungan beberapa hormon meningkat mendadak seperti endorfin lalu meningkatkan kadar kewaspadaan (alertness) dan perasaan mental yang sihat secara umum.

Makanan yang seimbang dan pengambilan cecair amat penting ketika waktu berbuka sehingga sahur pada hari berikutnya. Pundi kencing dapat menjalankan fungsinya dengan baik ketika berpuasa dengan mengekalkan cecair dan garam dalam badan seperti Sodium dan Potassium. Namun begitu, cecair dan garam tersebut tetap boleh dikumuhkan melalui peluh.

Jenis Makanan yang Sesuai Ketika Ramadhan

Secara umumnya, berpuasa pada bulan Ramadhan mampu meningkatkan kesihatan seseorang, tetapi ada juga kemungkinan untuk menjadi lebih teruk! Faktor penentu bukan pada puasa itu sendiri, tetapi pada makanan yang diambil ketika waktu tidak berpuasa (ketika berbuka puasa sehingga sahur). Untuk mendapat manfaat yang penuh ketika berpuasa, seseorang itu perlu mengawal jenis dan kuantiti makanan sepanjang bulan yang mulia ini. Makan secara berlebihan turut memberi kesan kepada rohani dan menyebabkan sesorang itu malas dan cepat mengantuk. Diet pemakanan perlulah simple dan tiada perbezaan terlalu ketara dengan diet harian seseorang pada hari biasa. Makan yang seimbang ialah makanan yang mengandungi semua kumpulan makanan utama (karbohydrat, lemak, protin, dan lain-lain) dan menepati kuantiti yang diperlukan.

Karbohydrat kompleks adalah makanan yang akan membantu untuk membekalkan tenaga untuk jangka masa yang panjang. Karbohydrat kompleks terdapat pada bijian dan biji benih seperti barli, gandum, oat, kekacang, beras bathmathi dan lain-lain. Makanan yang kaya dengan serat sangat membantu proses penghadaman. Ianya terdapat pada bijirin, gandum, bijian, ubi kentang, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

Makanan yang perlu dielakkan pula ialah makanan yang bergoreng (deep fried foods) seperti kentang goreng, ayam goreng, dan lain-lain. Kedua, makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti manisan tradisional arab, gula-gula India dan air yang terlalu manis. Minuman berkaffein perlu dielakkan kerana kaffein mengurangkan kandungan cecair badan dengan meningkatkan proses perkumuhan melalui air kencing. Kopi, teh dan kola merupakan minuman yang mengandungi kadar kaffein yang tinggi.

Ketika sahur, anda dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tidak terlalu berat atau tidak terlalu mengenyangkan tetapi makanan tersebut kekal memberi tenaga untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, makanan yang lambat hadam merupakan makanan terbaik untuk sahur, seperti oat dan roti. Manakala ketika berbuka, kurma disahkan sebagai makanan terbaik untuk berbuka kerana kurma memberikan tenaga yang banyak dan memberikan kesegaran kepada seseorang. Jus buah-buahan juga memberi kesan yang hampir sama dengan kurma. Selain itu, Al-quran, As-sunnah dan kajian moden mengesyorkan beberapa makanan yang baik ketika berpuasa seperti susu, kurma, daging lembu atau kambing, dan oat.

Komplikasi yang Bakal Berlaku Ketika Berpuasa.

1.Heartburn (acid indigestion)

Heartburn ialah satu situasi di mana perut seseorang akan rasa sakit (burning) kerana kandungan asid yang berlebihan. Situasi ini juga dipanggil sakit ‘gastrik’. Biasanya, puasa mengurangkan bilangan asid yang terhasil, tetapi bila seseorang berfikir tentang makanan, atau bau makanan, otak akan memberi arahan kepada perut untuk menghasilkan asid. Oleh itu, heatburn berkemungkinan akan menjadi masalah ketika berpuasa.

2.Pening Kepala (Headache)

Pening kepala merupakan masalah yang biasa yang dihadapi ketika berpuasa. Ianya datang dari pelbagai punca. Pening kepala ketika berpuasa biasanya kerana dehydrasi (kurang air dalam badan) atau lapar, rehat yang tidak cukup, atau ketiadaan bahan-bahan ketagihan seperti kaffein atau nikotin.

3.Dehydrasi

Dehydrasi juga biasa berlaku ketika berpuasa. Badan manusia kehilangan air dan garam secara berterusan melalui pernafasan, peluh dan urine. Mencegah selalunya lebih baik dari mengubat. Seseorang itu perlulah minum air yang mencukupi ketika berbuka dan bersahur bagi mengelakkan komplikasi ini. Selain itu, Oral Rehydration Salt (ORS) membantu dalam memulihkan kandungan air dan garam dalam badan.

4.Lain-lain seperti sembelit, stress dan obesity.

Oleh itu, besarlah makna Ramadan kali ini jika kita menghadapinya dengan tubuh badan yang sihat. Badan yang sihat menjadikan ibadah lebih lancar. Selamat menjalani ibadah puasa.

Sempurnakan Hari Dengan Keberkatan



Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."

Abu Hurairah r.a



Huraian

Pengajaran hadith:

i) Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan diberkati oleh Allah S.W.T.

ii) Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda berbanding pada bulan-bulan yang lain.

iii) Umat Islam diseru agar tidak mensia-siakan keberkatan di bulan ini, malah sewajarnya merebut peluang yang ada dengan menambahkan lagi ibadat dan amal kebajikan.

iv) Bersempena dengan kemuliaan bulan ini juga umat Islam ditegah daripada mendekati perkara yang dilarang dan mungkar kerana pada bulan ini rahmat dan kasih sayang Allah amat luas sehingga orang-orang yang telah dijanjikan neraka sekalipun akan dibebaskan oleh Allah dengan berkat kebaikan yang dilakukannya.

WANITA DAN RAMADHAN

Oleh: Lubabah Muhsin, Tamhidi, Pengajian Islam, Universiti Al-Azhar (Kaherah)

Kelihatan Musmirah sedang duduk termenung di satu sudut biliknya. Wajahnya muram. Ketika ditanya apakah sebabnya dia bermuram durja? Katanya, ”Aku sedang bersedih kerana Ramadan akan pergi. Aku tidak tahu apakah aku akan bertemu Ramadan lagi, aku juga tidak tahu apakah Ramadan kali ini lebih baik daripada Ramadan yang lepas.” Di satu sudut yang lain, kelihatan Saleha sedang bersuka ria. Ketika ditanya apakah sebabnya dia bersuka ria? Katanya, “Tak sabar rasanya menyambut Hari Lebaran. Nenek di kampung mesti sedang menunggu kepulangan kami sekeluarga. Nikmati lemang, kuih raya, rendang, ketupat dan sebagainya. Seronoknya…”

Inilah dua perasaan yang bakal dikecapi oleh anak-anak muda sekarang. Bagi yang benar-benar menghayati kenikmatan ibadah pada bulan Ramadan, kesedihan akan menyelubungi saat hari-hari terakhir bulan barakah tersebut. Manakala, bagi insan yang hanya menunaikan perintah Yang Maha Esa tanpa ingin memahami untuk apakah tuntutan puasa itu, kelak dia hanya beroleh lapar dan dahaga.

“Ibu, waktu berbuka nanti, kakak nak makan kebab, mee kantonis, cendol, air jagung, nasi ayam…”

“Kakak, makan berlebihan kan boleh memudaratkan kesihatan. Lagipun, tak baik membazir. Allah berfirman :

Sesungguhnya membazir itu saudara syaitan.’ (Al-Israa : 27)

“Kakak nak kawan dengan syaitan?”

“Tak naklah. Syaitan kan makhluk yang dilaknat Allah kerana ingkar kepada perintah Allah.”

“Pandai anak ibu. Bersederhanalah ya,” pesan ibu.

“Terima kasih ibu sebab ingatkan kakak.”

“Kakak, bangun sahur. Dah lewat ni. Nanti tak sempat nak sahur,” ibu mengejutkan kakak.

“Kena bangun ke ibu? Malam tadi kakak dah makan banyak, tak larat rasanya nak bangun.”

“Kan ibu dah pesan, jangan makan banyak. Nanti susah nak bangun sahur. Makanlah sikit.”

“Baik ibu. Kakak nak basuh muka kejap.”

“Dah baca doa?” tanya ibu lembut.

“Dah. Ibu,kakak nak tanya soalan boleh? Kenapa kita kena bersahur?”

“Boleh, sayang. Rasulullah SAW bersabda:

‘Bersahurlah, sesungguhnya makan sahur itu ada berkatnya.’ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

“Seelok-eloknya lewatkanlah bersahur dan percepatkanlah berbuka. Kita sayang Nabi kita bukan? Sebaiknya kita amalkan sunnahnya. Cepat makan, kejap lagi dah nak azan Subuh.”

“Kakak, cepat bersiap. Anak Mak Kiah yang sulung tu dah bersalin anak perempuan. Dia dah ada di hospital. Kita pergi ziarah ya,” ujar ibu sambil berkemas. Di hospital, ramai sanak saudara datang ziarah. Adab ziarah orang sakit, tak perlu berlama-lama memandangkan pesakit perlu istirehat. Sebaik tiba di rumah.

“Ibu, sekarang kan bulan Ramadan. Kak Munirah tu boleh berpuasa ke ibu? Kasihan kakak tengok Kak Munirah, macam tak larat je. Kakak pernah dengar tentang darah nifas, darah haid dan darah istihadah. Tapi tak faham sangat. Boleh ibu tolong jelaskan?”

“Islam memberikan rukhsah(keringanan) bagi setiap hamba-Nya dalam mengerjakan ibadah. Dalam kes Kak Munirah, bagi wanita yang baru melahirkan anak, diharamkan ke atasnya berpuasa seperti wanita suci yang lain kerana darah nifas. Nifas adalah darah yang keluar selepas bersalin. Biasanya ia akan ambil masa 40 hari atau paling lama 60 hari dan diwajibkan qada’ puasa setelah suci. Manakala, jika keluar darah haid, diharamkan berpuasa sama ada puasa sunat atau puasa fardhu. Tetapi wajib mengqada’ puasanya sepertimana Saiditina ‘Aisyah RA berkata :

‘Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka kami disuruh oleh Rasulullah mengqada’ puasa namun tidak disuruh mengqada’ solat.’ (Hadis 335 Sahih Muslim)

Jika darah istihadah pula, darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita melebihi 15 hari, iaitu tempoh haid paling lama dan ia digelar darah penyakit. Diwajibkan berpuasa dan melakukan amalan-amalan biasa seperti wanita suci. Hukumnya sama seperti wanita suci selain tiga perkara :

(1) Hendaklah wajib berwudhu’ setiap kali hendak solat. Sabda Rasulullah SAW kepada Fathimah binti Abi Hubaisy RA:

“Kemudian hendaklah kamu berwudhu’ pada setiap solat.” (Hadis 228 Sahih Al-Bukhari)

(2) Apabila wanita yang beristihadah hendak berwudhu’, hendaklah dia membasuh kesan darah dan mengikat farajnya dengan cebisan kain yang dilapik dengan kapas supaya dapat menahan darah. Sabda Rasulullah SAW kepada Himnah RA:

“Aku akan terangkan untuk kamu (cara menggunakan) al-Kursuf (kapas yang diletakkan di faraj), sesungguhnya ia dapat menghilangkan darah.” Himnah berkata: “Ia (darah saya) lebih banyak dari demikian itu”. Rasulullah bersabda: “Maka hendaklah kamu mengekangnya (mengikatnya).” (Hadis 248 Sunan Abu Daud)

(3) Bersetubuh, maka para ilmuan berselisih pendapat mengenai kebolehannya. Pendapat yang sahih adalah ianya harus (dibolehkan) tanpa sekatan berdasarkan sebab-sebab berikut:

  • Merupakan satu kelaziman bagi para wanita pada zaman Rasulullah SAW mengalami istihadah. Akan tetapi Allah dan Rasul-Nya tidak pernah menegah para suami daripada menyetubuhi isteri mereka.
  • Allah SWT berfirman:

‘Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu’. (Al-Baqarah 2:222)

“Ayat ini menjadi dalil bahawa larangan bersetubuh hanyalah ke atas isteri yang sedang haid, tidak selain itu.”

Terang ibu kepada kakak dengan panjang lebar. Berkerut-kerut dahi kakak untuk memahami penjelasan ibu, lebih-lebih lagi apabila berkisar hukum fiqh.

“Lama kelamaan kakak akan faham. Sudahlah, mari kita tadarus Al-Quran bersama. Perbanyakkanlah bekal sementara kita masih di bulan Ramadan yang mulia ini, dan sebaik-baik bekal adalah TAQWA,” ujar ibu lembut sambil menepuk bahu kakak. Kakak hanya menunduk patuh.

Seakan terdengar laungan takbir, “Allahuakbar!”, saat kemenangan berpihak kepada umat Islam pada Perang Tabuk, Perang Badar & Perang Ain Jalut. Kemenangan ini dicapai pada bulan Ramadhan. Inilah bukti Ramadhan adalah bulan kekuatan.

Seakan terasa peritnya sengsara yang dideritai oleh saudara kita di bumi Palestin. Tetap tegar berjuang merampas kembali tanah tumpah darah mereka. Tiada istilah mengalah, bahkan terus gagah melangkah walau sakit yang menghimpit saat peluru musuh laju menembus dada-dada pejuang berani mati. Merekalah pejuangistisyhadiah,memburu mati syahid.

Seakan terdengar rengekan anak kecil yang menahan kelaparan, ”Ibu…saya lapar ibu…”. Tiada apa yang mampu diberikan sang ibu saat kebuluran melanda negara mereka, negara Afrika. Hanya air mata yang mampu menitis tika melihat buah hati mereka merengek kelaparan. Jadilah hamba yang bersyukur.

Kita tidak tahu sejauh mana amal kita selama ini akan membawa kita menuju ke Jannah. Terlalu ramai yang ditimpa kelalaian, bahkan masih ‘lena’ dibuai mimpi. Bagi kita yang sedar hakikat untuk apa kita diciptakan, bangkitlah. Kejutkanlah mereka yang masih ‘lena’.