Monday, October 10, 2011

LAWATAN KE LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK, KEDAH pada 8/10/2011





















Pada 8/10/2011 yang lalu aku, aliff dan isteri telah berpeluang melawat ladang anggur yang terletak lebih kurang 15km dari Pekan Sik melalui jalan Gulau/Nami. Perjalanan daripada Kulim menuju ke sini mengambil masa 1 jam setengah. Memang cantik pemandangan tasik beris di sini.

Terdapat empat jenis anggur ditanam iaitu black opal, black grape, white Malaga dan loose pelite. Selain menjual buahnya, syarikat itu turut menjual produk berasaskan anggur seperti jus, kordial, kismis dan kosmetik seperti losen, sabun mandi dan krim.