Monday, June 30, 2008

Ciri-ciri Orang Proaktif

Kali ni saya kongsikan ciri-ciri orang yang proaktif. Mereka ni senang di kenal pasti, sebab hanya ada sedikit saja dikalangan kita yang nampak proaktif.

Apa maksud proaktif? Ia adalah lawan kepada reaktif.

Reaktrif lebih kepada menyalahkan orang lain, situasi, keadaan, perkara dan benda. Pendek kata, reaktif lebih kepada mentaliti 'mangsa'. Mangsa keadaan.

Tetapi, mentaliti orang proaktif lebih kepada 'penguasa'. Maksudnya, dia mengawal kehidupannya, bukan kehidupannya yang mengawal dirinya.

Orang proaktif lebih banyak bertanya pada diri sendiri apa yang boleh dia buat, apa pilihan yang dia ada dan tindakan cemana yang boleh dilakukannya. sedangkan orang yang reaktif, lebih suka menuding jari kesalahan kepada orang lain, bukan dirinya sendiri.

Misalnya, andai keretanya rosak, dia menyalahkan jalan raya, tayar yang pancit, pemandu lain di jalan raya, hujan yang turun atau besi enjin kereta yang sudah buruk. Dia tidak menyalahkan dirinya kerana jarang menservis kereta, bahkan lebih suka menyalahkan keadaan yang menyebabkan keretanya jadi begitu.

Orang-orang yang proaktif ...

Sentiasa tenang.
Bijak mengawal emosi.
Tidak mudah melenting mahupun 'meletup'.
Berfikir sebelum bertindak.
Mengelak dari sikap suka mengeluh.
Yakin sentiasa ada pilihan selagi mana dia inginkannya.
Menganggap masalah sebagai cabaran.
Melihat aspek positif dalam musibah yang melanda.
Bertanggungjawab.

Mudah-mudahan sikap ini ada dalam diri kita.

Kalau masih belum ada, mari kita sama-sama membinanya!