inside my head, inside my heart, inside myself, inside of me...
在我的頭上,我的心裡面,裡面我自己,在我心裡
Pages
▼
Monday, July 21, 2008
Laksa Kedah Special
Bahan-bahan ( 5 org )
2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
2btg bunga kantan - dipotong dua
3 ikat daun kesum
3sb cili giling
10bj cili padi - ditumbuk halus
20 keping asam gelugor
20gm belacan
garam & serbuk perasa
- Bahan-bahan ulam -
1 labu bawang besar
1bj salad buah
1 ikat daun selum
1 btg timun
3bj telur rebus
3bj limau sambal
1 btg bunga kantan
Laksa sediakan seperti arahan di pek
Cara-cara
Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga hancur.
Bila dah hancur,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
Masukkan garam & serbuk perasa.
Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.
Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.