Monday, July 21, 2008

Tangani TEKANAN Dengan Bijak Untuk Kesihatan Yang Optimum

stress Kerja!!! MASALAH KELUARGA!!! Duit!!! KECEWA!!! Sakit!!!
Itu adalah antara keluhan yang biasa kita dengar. Tekanan adalah perkara biasa dalam hidup kita. Boleh dikatakan hampir setiap hari kita dibelenggu masalah yang membawa kepada tekanan. Ia mungkin disebabkan oleh tugas, kewangan, masalah keluarga, masalah kesihatan, kesesakan lalu lintas, berselisih faham dengan orang tersayang mahupun kerenah anak-anak. Sebenarnya, setiap makhluk di dunia perlu didedahkan kepada tekanan. Ini kerana ia membantu meningkatkan daya saing untuk terus hidup. Namun apabila tekanan yang dihadapi berpanjangan dan melebihi tahap maksimum, tekanan boleh menyebabkan kesan lebih buruk kepada seseorang sehingga menyebabkan gejala-gejala emosi dan fizikal dan seterusnya boleh mengganggu kesihatan. Tekanan juga menjadi satu daripada penyebab tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

Adakah anda TERTEKAN?
Sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini, anda mungkin menghadapi TEKANAN.
Gejala fizikal

* sakit kepala/pening secara kerap
* rasa pening kepala
* tinnitus (bunyi berdesingdi dalam telingga)
* terketar-ketar
* pedih ulu hati atau ketidakselesaan dada
* cirit-birit atau sembelit
* sakit belakang
* kulit menjadi kusam dan tidak bermaya

Gejala mental dan emosi

* imsomnia
* kebimbangan dan ketakutan
* kemurungan atau kurang ceria
* kecenderungan untuk menangis
* meragam atau cepat marah
* ketidakmampuan membuat keputusan
* ketidakmampuan untuk menganalisis masalah
* ketidakmampuan untuk menyelesaikan masalah

Mengurus Tekanan
Bagaimana?? Adakah anda mengalami TEKANAN? Sekiranya YA, apakah yang perlu anda lakukan? Sekadar membiarkan sambil mengharap ianya berlalu secepat mungkin atau berusaha mengatasinya?
Langkah-langkah berikut boleh anda aplikasikan untuk membantu anda menghadapi tekanan.
1. Tambahkan tahap kesedaran anda
Sentiasa prihatin terhadap jumlah tekanan yang dialami oleh badan anda dan jenis-jenis peristiwa yang menyebabkan anda tertekan. Semak tahap tekanan anda sepanjang hari dan nilai diri anda berdasarkan skala 10 mata untuk kiraan tekanan yang anda alami pada masa tersebut. Untuk berbuat demikian, periksa badan anda. Adakah otot anda tegang? Adakah jantung anda berdegup dengan kuat? Adakah tangan anda sejuk dan lembab? Adakah anda dapat menumpukan fikiran secara normal?
Apabila anda cekap dalam mengenalpasti tahap tekanan yang anda sedang alami, berusaha untuk menambah sifat prihatin anda terhadap orang, berangan dan peristiwa yang mencetus tekanan anda.
2. Ambil langkah positif untuk mengurangkan tekanan yang anda alami

* Cuba berehat/bertenang seperti menarik nafas, bertafakur, melakukan riadah, yoga, mendengar muzik, berjalan-jalan atau melakukan perkara yang anda minati.
* Bersenam dan amalkan pemakanan yang seimbang.
* Menentukan had – sebahagian besar tekanan adalah akibat mengambil beban lebih daripada yang boleh dikendalikan. Ada baiknya sekiranya kita meneliti semula apa sebenarnya yang penting dalam hidup kita, dan cuba hadkan jumlah perubahan hidup anda dalam satu jangkamasa tertentu.
* Komunikasi yang efektif – elakkan daripada hanya berdiam diri dan gemar menurut. Katakan ‘TIDAK’ sekiranya anda tidak mampu melakukannya. Tolak permintaan dengan cara yang bijak. Elakkan sebarang perselisihan.
* Strategi pengurusan masa yang baik. Fokus kepada perkara yang menjadi keutamaan dan pastikan badan mendapat rehat secukupnya.
* Awasi pemikiran negatif.
* Mendapatkan sokongan sosial dengan cara meluahkan perasaan anda kepada orang yang anda percayai sekali gus membuat anda berasa selesa.

3. Jika anda dapati anda sangat tertekan dan tidak mampu mengendalikan tekanan yang anda alami, adalah wajar untuk mendapatkan khidmat kaunseling professional.

HARGAILAH KESIHATAN DIRI ANDA…TANGANI TEKANAN DENGAN BIJAK!!!