Wednesday, December 31, 2008

Album Baru Siti Nurhaliza Lentera Timur

Oh ya, ini adalah entri terakhir aku bagi tahun 2008, dalam masa 10 minit lagi kita akan mengucapkan selamat datang kepada tahun 2009. Untuk pengetahuan, Siti Nurhaliza baru sahaja mengeluarkan album baru dia, tidak tahu lagi bila dia akan mengeluarkan anak yang baru, sila jawab!

Album terbaru Siti Nurhaliza berjudul Lentera Timur yang mengetengahkan konsep tradisional kontemporari memuatkan 9 buah lagu dalam album ini, antaranya Di Kayangan Kita, Bintang Malam, dan Cinta Ini. Aku masih mencari sampel lagu daripada album ini, mana tahu menarik kan?

Sementara itu, terdapat beberapa gambar photoshoot yang berkaitan dengan album Lentera Timur, menampilkan Siti Nurhaliza dalam pelbagai gaya. Hasilnya tidak lah terlalu cantik, ada gambar menampakkan tanda-tanda kedut di sekitar mata Siti Nurhaliza.