Saturday, January 10, 2009

Nora Danish Selamat Lahirkan Bayi Lelaki di Hospital Gleneagles, Ampang



Pelakon Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Gleneagles, Ampang, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, pelakon berusia 26 tahun itu telah ditahan di hospital itu sejak malam tadi.

Nama pelakon ini cukup hangat menjadi bualan ramai berikutan perceraiannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38, pada Ogos lalu.

Mahkamah Rendah Syariah memutuskan kes lafaz cerai bekas suaminya pada Februari dan Jun tahun lalu sah yang mana ketika itu Nora sedang mengandung empat bulan.