Thursday, March 5, 2009

Kita Perlu Lepaskan Sesuatu Untuk Mendapat Sesuatu



Kita perlu lepaskan sesuatu, untuk mendapat sesuatu yang lain. Kita tidak boleh mendapat dua perkara sekaligus, tetapi kita kena beri laluan pada yang paling utama terlebih dahulu.

Teringat kata-kata Ben Parker, pakcik kepada Peter Parker dalam filem Spiderman.

"With great power, comes great responsibility". Bagi saya, kata-kata itu terubah menjadi "with a great knowledge, comes a great responsibility."

Sekaranglah masanya untuk saya aplikasikan apa yang saya tahu dan apa yang dah saya baca dalam banyak buku motivasi. Mesti ada hikmah mengapa Allah temukan saya dengan dugaan fizikal dalam latihan sukan, dugaan mental dalam kerjaya lalu dugaan emosi dalam kehidupan bujang, tinggal bersama keluarga.

Kemudian, saya terfikir untuk menjadikan ketiga-tiga dugaan sebagai tools yang diperalat untuk meng'explore' lebih banyak bakat dan kemahiran, termasuk mengasah kemahiran yang sedia ada. Dalam keluarga, saya amat bersyukur sebab saya dapat peluang menjadi atlit sukan, menjadi internet marketer kemudian menjadi penulis blog yang benar-benar mencabar diri saya.

Semua itu bagaikan menyediakan saya untuk sesuatu. Jadi, sejak menyedari mengapa cabaran dimunculkan dalam hidup saya, saya terus menerus mem'push' diri sendiri hingga ke tahap maksima. Push to the limit kata orang putih.

Lagi satu, saya benar-benar bersyukur sebab hingga ke saat ini, saya dikurniakan kesihatan yang amat luar biasa. Selesma hilang dengan cepat, dah masuk setahun 6 bulan tak pernah demam kemudian saya disahkan bebas dari sebarang alahan, gastrik, migrain, atau sak0t-sakit yang lain. Itu membuat saya bebas membaham makanan laut dan apa yang adik beradik saya alergik nak makan. Syukur alhamdulillah.

Mungkin, saya kena lepaskan tanggungjawab pada keluarga buat seketika untuk saya mengejar matlamat terlebih dahulu. Matlamat saya lebih penting, kerana saya masih tak puas hati selagi ia masih belum berjaya dicapai! Saya percaya hidup ini penuh dengan pelbagai kebahagiaan dan keajaiban. Semua cabaran yang saya lalui, hanya sementara saja.