Wednesday, February 11, 2009

Cara Jika Staff Bawahan Lebih Tua

Kadangkala dalam situasi bila Anda baru saja dinaikkan menjadi ketua dan staff bawahan Anda pula lebih tua daripada Anda, timbul rasa kurang keyakinan diri, sangsi dan serba salah. Dalam pada itu, orang bawahan Anda akan memperlekehkan Anda.

Mereka memperbudak-budakkan lalu memandang rendah pada kebolehan anda kerana Anda jauh lebih muda daripada mereka yang satu umur dengan ayah Anda. Pangkat Anda kerana sebagai ketua mereka, membuat ego mereka tercabar apatah lagi jika Anda seorang perempuan muda yang masih bujang.

Jika Anda dalam situasi seperti yang saya terangkan di atas, anda akan jadi tertekan. Sebab, orang-orang bawahan tidak akan ikut semua arahan Anda, kerana mereka mahu dihormati oleh Anda sebagai orang lebih tua walaupun Anda ketua mereka. Lagipun, dalam masyarakat, tak sopan juga menyuruh-nyuruh orang yang 10-20 tahun lebih tua daripada kita. Tak ke haru biru kita jadinya bila dah camtu.

Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ni?

Apa langkah yang boleh Anda gunakan supaya mereka mengikut arahan Anda sebagai seorang ketua?

1. Usah jadikan umur Anda jadi penghalang untuk Anda membangunkan kemahiran memimpin organisasi Anda. Kepimpinan dan karisma seorang ketua tidak mengira umur, tetapi mengambil kira tahap kemahiran dan kebolehan mengawal situasi.

Pelajarilah cara-cara bagaimana untuk menjadi pemimpin disegani, belajar cara pengucapan awam dan terapkan karisma kepimpinan dalam diri Anda langkah demi langkah. Tampilkan cara bekerja yang professional.

2. Anda perlu tahu banyak dari mereka. Oleh itu, jangan pernah berhenti belajar perkara baru, peka dengan isu semasa dan gali lebih banyak maklumat berkaitan tugas Anda dan bidang kerja Anda.

3. Perbaiki komunikasi internal dan external. Komunikasi internal adalahkomunikasi dalaman, antara Anda dengan minda Anda dan hati Anda. Untuk sentiasa bersemangat, pastikan wujud komunikasi positif di antara Anda dan minda Anda.

Komunikasi external adalah komunikasi di antara Anda dengan orang bawahan Anda, ketua Anda dan orang atas dalam organisasi Anda. Komunikasi yang baik adalah komunikasi yang dapat menjaga hati kedua-dua belah pihak.

4. Earn their respect. Tarik kekaguman mereka terhadap anda dengan mengupgrade disiplin kerja, kerajinan dan kualiti kerja Anda. Wakaupun umur Anda muda, tunjukkan sebab mengapa Anda dipilih sebagai ketua dan apa kelayakan Anda. Perbaiki diri secara berterusan sepanjang masa.

Biasanya, masalah situasi sebegini hanya sementara. Jika Anda mengikuti langkah-langkah yang dicadangkan di atas dan percaya Anda ia boleh menjadi penyelesaian pada masalah Anda, usah ragu melakukannya.

Keadaan boleh berubah bila-bila masa. Yang pasti, ia tak akan berubah, jika kita tidak berubah terlebih dahulu. Jadikan motto “ubah diri, bina peribadi” sebagai slogan peribadi Anda supaya bersemangat mendepani apa saja cabaran di tempat kerja. Peribadi yang baik akan membentuk persekitaran yang baik.

Beranikan diri berdepan kegagalan. Sebaik-baik gagal adalah gagal yang dilupakan, kemudian buat dengan lebih baik lagi di peluang seterusnya. Ingat, terus perbaiki diri.