Thursday, February 5, 2009

Respek Diri Sendiri

Bila Anda selesa dengan apa yang Anda usahakan, Anda akan jadi bersemangat.

Selesa, maksud saya, Anda benar-benar tahu apa yang anda mahu.

Oleh kerana Anda dah tahu apa yang Anda mahu, Anda berusaha keras nak mendapat apa yang Anda mahukan itu, misalnya nak mendapat handphone idaman Anda, nak capai result tinggi dalam ujian semester atau nak mendapat pujian dari bos di tempat kerja Anda.

Orang yang tak respek diri sendiri, biasanya mudah dipengaruhi oleh orang lain di sekelilingnya.

Apa yang orang A cakap, dia buat, dia ikut.

Apa yang orang B cakap, dia ikut, dia buat.

Apa yang orang C beri pendapat pasal usahanya, dia ragu-ragu pasal apa yang diusahakannya selama ni lalu merasakan pendapat si C lebih baik di ikut. Jadi, dia pun ikut apa yang dikatakan oleh si C.

Lama kelamaan hidupnya jadi bercelaru sebab dia membiarkan orang lain mengatur fikiran, idea dan usahanya tanpa dia mengawal fikiran, idea dan usaha milik kudratnya sendiri.

Baru memulakan sesuatu usaha yang belum lagi berhasil, dia tukar fikiran pula, kemudian mengusahakan sesuatu yang lain.

Lepas tu, datang lagi idea baru, cadangan baru dari orang baru, dia ubah lagi fikiran, usahakan hal yang itu pula. Akhirnya dia bingung apa yang dia nak buat.

Kita boleh dengar pendapat orang atau komen orang (negatif atau positif) tapi jangan sampai kita hilang arah ke mana kita nak tuju, jangan sampai kita semakin jauh dari matlamat yang kita nak capai.

Jika begitu, kita tak akan dapat apa-apa kemajuan. Kita yang susahkan diri sendiri. Kita gelapkan masa depan kita.

Perlu respek diri sendiri dulu, dengar kata hati sebab diri Andalah yang perlu Anda ikuti fikirannya, ideanya dan tindakannya.

Diri Anda kenal Anda luar dan dalam, sikap Anda dan perangai Anda. Dia faham Anda sebenar-benar faham melebihi orang lain di sekeliling Anda.

Mengapa? Sebab DIA adalah ANDA!