Friday, August 14, 2009

UKM lancar logo Pesta Konvo ke-37



AHLI jawatankuasa penyelaras Pesta Konvokesyen UKM ke-37 mempamerkan logo baru yang dilancarkan di Dataran Pusanika UKM, Bangi baru-baru ini.


WAJAH BARU. Sempena Pesta Konvokesyen Universiti KebangsaanMalaysia (UKM) ke-37, satu pelancaran logo dan laman web telah diadakan di Dataran Pusanika, UKM, Bangi baru-baru ini.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan.

Pesta konvokesyen yang akan diadakan di Dataran Gemilang UKM selama lima hari bermula 13 Ogos ini membawakan motto Kreativiti Mencetuskan Transformasi.

Pada majlis pelancaran itu, turut diadakan penyampaian watikan pelantikan kepada 35 ahli sekretariat pesta konvokesyen tersebut.