Wednesday, September 16, 2009

BUKA PUASA @ RESTORAN NELAYAN TITIWANGSA




Restoran Nelayan Titiwangsa sangat terkenal kepada peminat steamboat di sekitar kuala lumpur. Pelbagai majlis seringkali diadakan disitu. Pada bulan Ramadan setiap tahun Majlis Berbuka puasa sangat mendapat sambutan. Ramai sangat orang datang sehinggakan penuh sesak tempat letak kereta.

Pada tahun ini buffe Berbuka puasa yang dikenakan adalah RM35.00untuk dewasa dan RM17.00 untuk kanak2 (4-12 tahun).

Juadah makanan boleh tahan sedap dan varieti. Untuk buffe RM35.00 ia tidak termasuk tempahan minuman. Kalau nak minum teh tarik, milo atau sebagainya perlu la beli di kaunter yang disediakan.

Restoran ini pada bulan puasa cepat ditutup, kalau nak lepak lama2 selepas berbuka puasa so tak dapat la. Sekitar jam 9.00malam restoran dah mula berkemas dan orang ramai dah mula meninggalkan restoran.

tempat besar dan luas, so kalau masa ramai orang sesak jugak la. Kalau tak nak sesak boleh cuba Restoran Nelayan cawangan Bangi. cawangan bangi tempatnya berkapasiti separuh dari Nelayan Titiwangsa, so tak sesak sangat la

Restoran Nelayan Titiwangsa
LOCATION: Jalan Temerloh,
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.
TEL: 03 – 4022 8400 / 4022 0748 / 4022 0749 / 4022 0756
FAX: 03 – 4021 3070
Email : info@nelayan.com.my

web site : http://www.nelayan.com.my

nih nak cerita smlm g berbuka puasa kat restoran nelayan titiwangsa...........
aku x pegi berseorangan.........pergi dengan member satu opis dan staff jb seorang.............. mulanya target 10 orang nak pergi tapi akhirnay lapan orang sahaj yang pergi...... why we choose nelayan???? sbb murah, berbaloi, environment pun okay........... lgpun sng utk dtg...........yang bestnya kami datang awal jugak dan yang terakhir balik..hu hu...
here is the picture...........


lokasi restoran nelayan. click je...


kat bawah ni depan restoran tu la. korang akan nampak buffet promo dia. memang murah la kan. boleh makan sesuka hati ngan rm30 tuh. aku amik chinese course ngan steamboat. bukannya nak makan chinese course sangat tapi nakkan steamboat tu adjer. hehehehehehe

sebelum kita masuk kat restoran tuh, kita jalan2 la keliling restoran ni okey. pusing2 tasik ok gak kan. hahahahaha. restoran ni terapung la kan. air dia busuk sket coz tak mengalir dengan bebasnya. air pun warna hijau. tu la sebab steamboat buat masa malam/dinner/buka puasa jer. heheheheeh

depan dia macam ada ala2 design bali tak menjadi je kan. apsal la warna oren plak dicatnyer pagar batu tuh, kalau biar natural ala2 bali sure lagi menarik kan. huhuhuhu

lepak kat bawah pokok ceri ni memang best la, dah la rendang je kan. kalau ada banyak masa sure aku dah melepak lagi lama kat bawah neh sambil makan lecka2. fuhhhhh sure terangkat la kan. macam kat taman tasik taiping pun ader gak. cuma tasik neh lagi besar gedebak la kan. huhuhuhu

ingat lagi masa kecik2 dulu menjulurkan kaki2 kat dalam air neh. memang nampak horror la. dah la warna dia gelap je kan. rasa macam akan ada raksasa je yang akan keluar dari tasik neh. memang menakutkan la. tu dulu. kini dah berani. ye la dah besar la katakan. korang berani ker?

e

ok dah habis jenjalan kat tasik, kita masuk je lah kat dalam restoran nelayan titiwangsa neh. seb baik dapat meja tapi di dalam dewan dia..kat luar dah penuh. dia bagi tuala basah ala2 chinese restaurant tuh. ye la kan nama pun chinese course ngan steamboat. privacy sikit..kalau hari biasa tuala basah ini dicaj RM1.00