Monday, October 5, 2009

Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza


Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza


Budiey suka dengan poster ni. Suka dengan gaya posing Siti yang melihat ke arah lain dengan memegang tali buaian di bawah sebatang pokok. Sekadar tempat berteduh… mmm… Sesungguhnya, hidup kita kat dunia ni hanya sementara sahaja. Tempat untuk menumpang teduh seketika sementara menunggu damai abadi.

Kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza, jangan lupa beli yang original ~ Sebab apa? Sebabnya, semua pengisian lagu-lagu indah syahdu syahdan dalam album ini membuat kita rasa lebih mengenali siapa kita di dunia ini. Yea, betul~ ! Kita cuma seorang HAMBA.

Tahajjud CInta… mmm… pernahkah anda bertahajjud?



 Datuk Siti Nurhaliza telah selamat melancarkan album terbarunya yang berjudul, Tahajjud Cinta. Album ini akan memuatkan lapan buah lagu Islamic iaitu 'Asma Ul Husna', 'Ku Percaya Ada Cinta', 'Pintu Rindu’, ‘Tahajjud Cinta’, ‘Batasku Asaku’, ‘Ya Rasulullah’, ‘Ketika Cinta’ dan ‘Selawat’ telah berada di pasaran mulai 9 September lalu yakni sebelum Hari Raya Puasa 2009. Jadi anda belilah album ni, best or tak, bergantung kepada anda juga. Ngeh3.



Lirik Lagu Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud