Wednesday, June 2, 2010

Jangan sombong dengan kejayaan


"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan..."

Kemenangan hanya datang apabila datang pertolongan Allah SWT. Hatta hendak melawan pujukan syaitan sekalipun memerlukan bantuanNya. Tak perlu dabik dada dengan perancangan yang dibuat. Bila-bila masa sahaja Allah SWT boleh gagalkan kembali kemenangan yang kita kecapi. Oleh itu sujudlah dan bersyukurlah atas kemenangan yang diberi.