Friday, October 22, 2010

Atasi Masalah Komputer Lembap


Pernahkah komputer anda mengalami situasi lembap dan tergantung (hang)? Ingin tahu kenapa? Penulis ada jawapannya:

  1. Hard disk anda tidak dipernah melakukan proses defragment.
  2. Terdapat banyak perisian (software) yang dipasang (install) pada hard disk anda.
  3. Spyware / virus / trojan sedang beroperasi di komputer tanpa anda sedari.
  4. Kapasiti memori (RAM) komputer anda hanya sedikit dan tidak mampu menjalankan proses applikasi yang berat seperti Adobe Photoshop yang memerlukan RAM berkapasiti 512MB sekurang-kurangnya.
  5. Hard disk anda tidak dibuat proses pembahagian (partition).
  6. Hard disk anda mempunyai bad sector.

Berdasarkan faktor-faktor yang telah dinyatakan, berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh anda :

  1. Lakukan proses difragment pada hard disk anda sekurang-kurangnya sekali sahaja seminggu. Jika anda malas melakukan sekali seminggu, anda boleh jalankan proses ini sebulan sekali.
  2. Lakukan proses Disk cleanup setelah selesai melayari internet. Penulis lebih gemar menggunakan perisian CCleaner yang lebih efektif daripada utiliti windows iaitu Disk Cleanup.
  3. Anda juga boleh memuat turun (download) perisian seperti Windows Defender dan AVG Anti Virus Free Edition untuk mencegah serangan spyware dan juga virus.
  4. Uninstall perisian yang tidak digunakan atau yang jarang digunakan.
  5. Anda boleh melakukan proses pembahagian (partition) pada hard disk jika kapasiti hard disk anda adalah besar. Bagi Windows XP, digalakkan membuat pembahagian dalam format NTFS.
  6. Bagi hard disk yang mempunyai bad sector, anda boleh melakukan prose Low Level Format. Kepada yang kurang arif dalam melakukan proses Low Level Format, sila dapatkan bantuan daripada rakan anda yang arif dalam hal ini. Jika hard disk anda mempunyai banyak bad sector, anda dinasihatkan membeli hard disk yang baru.
  7. Jika komputer anda mempunyai kapasiti RAM yang sedikit, anda boleh mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli RAM yang lebih besar kapasitinya. Sebaik-baiknya gunalah RAM 1GB jika anda sering menggunakan aplikasi yang berat.
  8. Anda juga boleh mengurangkan bilangan proses startup. Anda boleh pergi ke Start Menu > Run dan kemudian taipkan msconfig dan diikuti dengan enter. Selepas itu pilih startup taskbar dan uncheck kotak applikasi yang tidak diingini. Klik Ok dan restart komputer anda.
  9. Anda boleh mengurangkan bilangan Font yang terdapat di komputer anda.
  10. Jika spesifikasi komputer anda rendah, jangan gunakan perisian untuk mencantikkan komputer anda seperti ObjeckDock, DesktopTheme dan sebagainya.

Cadangan perisian yang boleh digunakan untuk membantu masalah komputer anda:

  1. TuneUp Utilities 2008
  2. CCleaner
  3. Diskeeper 10 Professional Premier
  4. Registry Mechanic

Tidak tahu di mana boleh memuat turun perisian-perisian percuma (freeware)? Penulis juga boleh membantu anda:

  1. FileHippo.com
  2. Softexia.com
  3. Brothersoft.com
  4. Download.com
  5. Anda juga boleh melakukan carian di laman web Google dengan menaip "free Software download".

Semoga tips ini dapat membantu anda. Sekian.