Tuesday, September 16, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua.






Di sini saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran saya sama ada dari segi kata2 mahupun perbuatan. Seandainya ada termakan atau terminum, harap dapat dihalalkan. Seandainya terdapat hutang saya yang belum dilangsaikan, sila tuntut daripada saya ya.

Kepada yang akan memandu untuk balik beraya di kampung, sila memandu dengan cermat dan sentiasalah mematuhi undang2 jalan raya. Berhati-hati di jalan raya. Pandu Cermat Jiwa Selamat. Ingatlah orang yang tersayang. hehehe... Skema la pulak pesanan raya ni. hehee...

Kepada yang akan beraya di Taiping @ Utara, jemputlah singgah ke rumah keluarga saya pada hari raya kedua.

Mendengar iklan2 raya di radio, hati saya tercuit dengan 1 iklan... dan saya ingin meminjam 'tagline' iklan tersebut...
"Salam Aidilfitri dari tangan ke hati" - Tangan bersalaman...Hati memaafkan.

Tujuh Asas Memupuk Fikiran Positif.

Cemana nak berfikiran positif?

Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan…

1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka.

Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda.

Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar.

Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan.

Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri.

Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas.

Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan.

Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkansesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up.

Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda!

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.

Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.

Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!

Lagi 5 Tips Menjadi Individu Menarik

Kali ni saya kongsikan 5 lagi tips untuk menjadi individu menarik , seperti kata Amin Idris, ada karisma dan berpersonaliti magnetik!

Eh, mana lagi 5 topik sebelum ni?

Anda kena lawati blog Dr Inspirasi untuk 5 tips bagaimana menjadi individu menarik di link ini…

Untuk melatih diri supaya menjadi individu menarik, Anda cuma perlu…

1. Pamerkan Air Muka Bertenaga.
Sapa orang sekeliling dengan suara yang jelas sambil mempamerkan air muka bertenaga. Sesiapapun akan jadi kagum dengan Anda, walau pertama kali berjumpa.

2. Relaks, Be In Control.
Bercakap dengan nada gaya terkawal, tak terlalu gopoh, tak terlalu excited, tapi terkawal. Kawal emosi, walaupun ketika Anda sedang sakit hati.

Pernah tak Anda melihat gaya Jalaluddin Hassan, Datuk Seri Anuar Ibrahim, Hani Mohsin atau Halim Othman? Gaya mereka bercakap adalah gaya gentleman, gaya yang ‘always be in control’ .

Mereka adalah contoh sebenar individu-individu menarik. Jangan pula terlalu kontrol (keras!) Biar relaks, biar santai, biar lancar.

3. Pakaian Kemas Dan Bersih Ke Mana-mana Saja.
Selalu tak Anda tengok David Beckham?

Penampilannya di dalam padang bola dan ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau penganugerahan, dia cukup menyerlah. Kenapa ya? Sebab, dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana saja!

Walaupun Anda suka memakai tshirt ngan jeans, biar nampak bersih, simple dan nampak menarik!

Kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis, baru kita kelihatan menonjol di situ. Sesiapa jua akan jadi tertarik untuk menegur kita.

4. Pilih Yang Positif, Lupakan Yang Negatif.
Jika Anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau Anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama.

Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuat Anda orang yang berfikiran negatif, sebab dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan pendengus. Sikap-sikap ini membuat sesiapa saja kurang senang dengan Anda, walaupun ibu, bapa atau adik beradik sendiri.

Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut, langkah demi langkah. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.

Buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!

5. Berkawan Dengan Sesiapa Saja.
Jangan pilih dengan sesiapa Anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting.

Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap Anda, layan mereka dengan baik sekali, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan Anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.

Bergaul dengan sesiapa saja, kerana ia akan membuat Anda bijak menyesuaikan diri dengan semua orang, semua peringkat umur, hampir semua bangsa.

Bak kata pepatah, bila masuk kandang ayam, berkokok. Masuk kandang kambing, mengembek.

Masuk kandang singa, kita mengaum!

5. Selalu Berterus Terang, Telus, Jujur.
Ini tips yang paling penting.

Jangan kata yang Anda ni jujur, tapi, pamerkan kejujuran dalam apa jua yang Anda lakukan, di mana jua Anda berada.

Jangan kata yang Anda ni telus, tapi pamerkan ketelusan dalam apa jua yang Anda lakukan, apa yang Anda kerjakan, anytime, anywhere, everytime, everywhere!

Buat dan buktikan lebih baik dari bercakap, sebab orang sekeliling lebih memandang apa yang Anda buat. Masyarakat bijak menilai.

Mereka tahu, orang yang banyak bercakap dari membuat, hanya tahu mempamerkan kehebatan diri dalam kata-kata yang diucapkannya tapi kurang mencapai apa-apa.

Bertenang Lebih Baik Dari Tertekan


Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif.
Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa yang perlu di lakukan.
Kesannya, Anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang Anda kesali seumur hidup.
Cemana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal nafas lalu lupakan apa yang membuat Anda tertekan. Masalah kebanyakan orang, mereka tak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.
Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marah dalam diri, ada something yang kita puas hati, maybe sebab kewangan, keluarga atau benda di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri.
Kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita ‘immune’ dari stress.
Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari.
Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai kejayaan.

Apa Yang Orang Cemerlang Bincangkan

Saya berkongsi kata-kata motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah, dia berpesan :

“Orang-orang gagal suka berbincang mengenai hal orang lain. Orang-orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang-orang berjaya pula, suka berbincang mengenai perkara yang dapat mengubah diri merekanya ke arah pencapaian yang lebih cemerlang, lebih baik dari yang sebelumnya.”

Bila kita tekad mahu menjadi orang yang cemerlang, hentikan bercakap lebih banyak tentang orang lain, apa yang mereka lakukan, kegagalan mereka, bisnes mereka dan apa yang membuat kita tidak puas hati dengan sikap mereka.

Tetapi, ubah sikap itu dengan memfokus kepada perubahan yang boleh diaplikasikan pada diri Anda sendiri, supaya dapat membentuk Anda menjadi orang yang cemerlang, tak kira cemerlang dalam pelajaran, kerjaya mahupun perniagaan.

Salah satu sikap orang cemerlang adalah, mereka sentiasa berubah supaya dapat memajukan diri kepada level yang lebih baik.

Mereka meniru sikap orang-orang yang lebih cemerlang daripada mereka lalu menyerapnya menjadi sikap diri sendiri.

Tips motivasi kali ini, cari orang-orang cemerlang, tiru pemikiran mereka, mindset mereka dan kalau boleh berkongsi aspirasi mereka, agar Anda juga dapat berjaya seperti mereka!

Work And Play

Mugkin Anda pernah mendengar pepatah work and play. Maksudnya, di kala Anda bekerja, Anda berseronok.

Tapi, bila bos Anda tahu Anda berseronok, banyak main-main time bekerja, sudah tentu Anda berisiko di buang kerja! Namun bukan itu yang saya maksudkan.

Kita jadi lebih bersemangat bila kita rasa seronok. Untuk menjadikan diri kita seronok, kita perlu lebih banyak ketawa dan bermain. More play!

Kan itu lebih baik dari asyik layan tekanan? Dekatkan diri Anda dengan apa saja yang membolehkan Anda bermain, berseronok dan jadi kurang tertekan.

Jika menyanyi boleh buat anda rasa seronok, maka menyanyilah. Kawal vokal Anda, jangan sampai menganggu orang lain pula. Biar syok sendiri-sendiri saja ya..

Jika bermain games boleh buat Anda jadi seronok, cuba main games ketika time rehat tempat kerja Anda.

Jika membaca membuat Anda rasa dibuai keseronokan, luangkan masa membaca ketika masa renggang Anda. Mungkin novel mahupun manga Jepun menjadi teman baik Anda.

Jika memetik gitar membuat Anda seronok, di waktu rehat cuba main dua atau lima lagu, sehingga Anda rasa seronok. Selepas itu, buat tugasan Anda. Emosi Anda akan bertukar menjadi bersemangat dari biasa!.

Dalam sehari, buat apa yang menjadikan Anda seronok, tetapi jangan tinggalkannya kerana ia ibarat mencabut keseronokan dari diri Anda. Kesannya, Anda akan jadi kurang bersemangat. Kurang syok.

Ini adalah rahsia Google, di mana syarikat gergasi internet tu telah dinobatkan sebagai tempat kerja paling best di seluruh Amerika. Sebab? Google menggalakkan pekerja-pekerja berseronok di tempat kerja dan ketika waktu mereka bekerja.

Tak percaya? Anda boleh baca sendiri di internet dan cari videonya di YouTube. Pekerja Google diberikan makanan percuma, gelanggang bola tampar percuma, games komputer percuma, khidmat massage percuma, rawatan klinik professional percuma dan sudah tentu, pengangkutan percuma ke tempat kerja. Kesannya, mereka kurang rasa tertekan bahkan menjadi cukup seronok, tak sabar tiap kali turun bekerja.

Paling utama, mereka memberikan Google, syarikat tempat mereka bekerja komitmen 100%. Mereka sanggup overtime lama, balik lewat dari tempat dan turun bekerja pada hujung minggu!

Pada wajah mereka terpamer motivasi dan kesungguhan bekerja walau apa jua jenis tugas yang perlu dilakukan. Mahu jadi seperti mereka?

Mahu jadi energetik dan sukakan cabaran? Cari apa yang membuat Anda jadiseronok hari ini juga!

Ada keseronokan, sudah tentu ada motivasi.

Melepaskan Kenangan Pahit

Saya agak heran bila ramai orang bertanya cemana nak lupakan kenangan-kenangan pahit yang lalu. Jawapannya cuma satu, lupakan habis!
Memang nampak macam kebudak-budakan, tapi itulah cara yang paling mujarab. Sebaik-baik cara nak let go satu kenangan buruk, adalah dengan melupakannya selupa yang mungkin. Namun, tak semua orang dapat melakukannya dengan baik.
Lupakan saja. Selepas itu, fokus fikiran pada apa yang Anda usahakan di masa kini dan matlamat yang Anda mahu capai Anda di masa hadapan.
Jangan sesekali mengingat masa lalu, kerana berbuat begitu sentiasa menghalang Anda dari berusaha serajin mungkin mencorak kejayaan diri sendiri. Motivasi Anda akan menurun dan Anda jadi kurang bersemangat, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan cabaran getir.
Kerap kali bila kita cuba mengingat masa lalu, akan muncul bayangan di minda seperti sebuah paparan video, imej atau wayang gambar. Cara nak melupakan kenangan ni, adalah dengan ‘memadam’ bayangan tersebut step by step, perlahan-lahan.
Bayangkan kenangan tersebut menjadi kabur, seperti siaran tv yang menjadi kelabu, menjadi semakin kurang jelas dan hanya dipenuhi garisan-garisan hitam. Bayangkan seolah-olah ia menjadi semakin malap, malap, jadi makin malap lalu akhirnya lenyap.
Latih diri Anda melakukan teknik ini, lama-kelamaan minda Anda akan terbiasa lalu dapat melupakan memori pahit masa lalu. Tapi, teknik ini memerlukan ketahanan emosi.
Anda perlu banyak bersabar. Latih diri untuk jadi orang yang benar-benar penyabar, kerana sabar itu adalah salah satu sikap orang-orang bijak dan orang-orang cemerlang.
Orang-orang cemerlang tahu mengawal emosi dan tahu mengawal apa yang bermain di fikiran mereka. Berubahlah menjadi seperti mereka.
Hijrahkan diri ke arah kejayaan masa depan!

Membuat Orang Lain Kagum Pada Anda Dengan 7 Komunikasi Asas

Komunikasi interpersonal adalah komunikasi sesama manusia. Komunikasi berlaku di mana-mana saja, di rumah, tempat kerja atau ditempat berniaga.

Bagaimana nak membuat orang lain kagum dengan kita melalui komunikasi ?

Bagaimana nak membuat mereka tertarik pada kita?

Ikuti langkah-langkah ni…

1. Buang sikap mementingkan diri sendiri. Fokus pada melakukan sesuatu untuk memberi manfaat pada orang lain.

2. Fahami kehendak mereka.

3. Dengar luahan hati mereka, jika mereka datang pada Anda untuk mengadu masalah. Dengar saja dulu, beri pendapat kemudian.

4. Pentinglah pergaulan mesra, baik dan harmoni. Sentiasa menjaga perasaan orang lain. Elak sikap suka menyindir, berdendam dan memaki.

5. Jujur dalam kata, perbuatan dan fikiran.

6. Berani mengaku salah sendiri, tidak menyalahkan orang lain tetapi menganggap itu sebagai satu lagi kesilapan diri sendiri.

7. Jadi seorang pemaaf. Ia akan membuat cahaya muka bersinar, lalu membuat sesiapa saja cepat tertarik pada Anda.

Sentuh mereka melalui hati , sebelum menyentuh mereka melalui tangan Anda (bersalaman).

4 Perkara Menyelamatkan Anda Dari Di Pandang Rendah

Orang pandang rendah pada Anda? Cemana nak buat?

1. Biarkan mereka.
Biar mereka dengan pandangan mereka. Walaupun mereka memandang rendah pada Anda, jangan sesekali Anda marah pada mereka, sakit hati atau geram.

jika mereka selalu buat Anda sakit hati, usah di layan. Jangan lawan api dengan api.

Kelak, Anda juga yang merana sendiri.

Kenapa? Sebab apa? Untuk apa? Saya akan beritahu kemudian.

2. Gali Kekuatan-kekuatan Anda
Untuk beberapa minit, duduk dengan beberapa helai kertas dan pen di tangan.

Fikir ke dalam diri, kaji apa kelemahan diri Anda dan kaji apa kekuatan Anda, di mana Anda boleh lakukan sesuatu dengan baik sekali.

Sambil berfikir, tuliskannya di atas kertas. Senaraikan paling kurang 20 kelemahan diri dan 20 kekuatan diri.  Lebih banyak, lebih bagus!

tak semestinya Anda kena fikiran semua sekaligus saat itu juga. Beri masa, relaks. Saat jawapan muncul, tuliskan cepat-cepat.

Baca senarai itu selalu. Anda akan jadi bersemangat setiap kali selesai membacanya.

Tambah, tapi jangan sesekali padam. Maksud saya, biar senarai tu bertambah, tapi jangan ada yang kurang.

3. Berani Berubah

Tekad di dalam minda Anda sanggup nak berubah, Anda berani berubah sikap, attitude, perkataan dan perbuatan.

Niatkan perubahan itu untuk kebaikan masa depan Anda sendiri. Jika kita tak berani berubah dulu, takkan ada sesiapa lagi yang sanggup membantu merubah kita.

4. Tahu Apa Yang Anda Nak Capai.
Fikir apa yang Anda nak capai. Selepas itu, set matlamat.

Bila dah selesai set matlamat, tuliskan apa yang Anda boleh lakukan dalam proses mencapai matlamat itu. Senaraikan langkah-langkah yang Anda fikiran boleh diguna.

Jika Anda seorang pelajar, fikir apa yang Anda nak capai, gred cemana yang Anda mahu, subjek yang Anda nak score, peperiksaan mana yang Anda nak lulus dengan cemerlang.

Jika Anda seorang pekerja, fikir apa yang Anda nak capai di tempat kerja Anda, mungkin pujian bos atas kerajinan Anda, pujian rakan sekerja kerana rajin membantu mereka, performance kerja yang cukup-cukup cemerlang.

Atau, simply nak buat rakan sekerja cemburu dengan prestasi kerja Anda yang tak berhenti menceracak ke atas!

Jika Anda seorang usahawan, fikir apa yang Anda nak capai dalam bulan ini, 6 bulan ini, tahun ini. Mungkin, nak memberi perkhidmatan cemerlang, pengikalan yang lebih kaw-kaw, support servis yang cepat, mencipta produk-produk baru, penghantaran yang lebih cepat dan kualiti produk yang lebih baik.

Fokus pada apa yang mahu capai . Sibukkan diri Anda dengannya, jangan sesekali ingat (atau fikir) kata-kata dari orang yang memendang rendah pada Anda sebab ia akan menimbulkan fikiran negatif, elak memikirknya walaupun sedikit.

Bila dah tahu apa yang Anda nak capai, tumpukan perhatian pada proses.

5. Selalu Bersihkan Hati, Sekerap Mungkin.
Hati yang bersih, memancarkan sinar pada cahaya muka.

Ia juga menjadikan Anda senang nak jadi gembira dan senang nak jadi bersemangat, walau besar cemanapun dugaan melanda Anda, walau perit cemanapun orang pandang rendah pada Anda.

Anda boleh bersihkan hati dengan selalu memaafkan kesalahan orang lain, selalu beristighfar, selalu meminta maaf pada kawan-kawan dan selalu bersyukur atas apa yang Anda ada hari ini.

6. Selalu Berfikiran Positif
Biar orang lain pandang rendah, jangan Anda pula yang memandang rendah, elak seboleh yang mungkin. Walaupun pesaing Anda mentertawakan Anda, memperlekeh, mereka belum lagi melihat kekuatan Anda yang sebenarnya, sebab itu mereka memandang rendah.

Fikir positif selalu. Saya berikan contoh.

Anggap mereka memandang rendah kerana..

  • Usaha keras Anda hasilnya masih tak seberapa
  • Impian Anda asyik bertukar-tukar
  • Cakap di dalam hati dan yang di dalam kepala tak serupa dengan yang Anda bikin
  • Anda lupa pada Allah, Anda lupa Tuhan yang mengawal rezeki Anda
  • Tak mencari keseronokan dalam bekerja, tapi tenggelam dalam stress pula.
  • Anda tak tekad mahu menjadikan hari ini hari hari cemerlang saat Anda bangun pagi
  • Sebab Anda belum mempamerkan pada mereka hasil dari kejayaan Anda!

Ubah diri Anda hari ini juga.

Walaupun mereka memandang rendah, tapi itu sebenarnya boleh diubah. Bergantung pada sejauh mana keberanian Anda untuk berubah..

Beranikan diri, kuatkan semangat, semarakkan tekad.

Biar LiveStrong . Hidup biar kuat!

Friday, September 12, 2008

RADIO ANAK PERLIS ONLINE SEMPENA RAYA





http://72.8.134.73:9060/listen.pls

Tuesday, September 9, 2008

Research Proposal Preparation


Research Proposal Preparation

From: missan, 6 months ago





2k60514: A telecon presentation for the students of PGD in Higher Education


SlideShare Link

Monday, September 8, 2008

LAGU RAYA

lagu-lagu raya

SALAM AIDIL FITRI DARI ANAK KU

RESEPI RAMADHAN 11:RENDANG TOK

Bahan-bahan
1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> kakliza x masukkan sebab anak2 tak suka..
3 s/b gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit [koyakkan]
garam

Bahan mesin
2 s/b ketumbar
1 s/b jintan manis
1 s/b jintan putih
1 s/b lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas
Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
5. Hidangkan.

Sunday, September 7, 2008

RESEPI RAMADHAN 13:SWEET-SOUR KETAM

Bahan-bahan
4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
3 s/b minyak masak
3 s/besar sos cili
6 s/b sos tomato
1 cawan air
1 s/k garam
1 s/b gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
2 biji tomato [dibelah]
1 biji telur [pukul sikit]
1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]

Bahan hiris
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
3. Masukkan garam dan gula sedikit.
4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar..

RESEPI RAMADHAN 12:DAGING MASAM MANIS

Bahan-bahan
500 daging [hiris nipis]
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
kunyit
garam
minyak

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Cara Memasak
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.

RESEPI RAMADHAN 10:SUP TULANG ala MAMAK

Bahan-bahan
1 kg tulang
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya

Bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga
Cara Memasak
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang

RESEPI RAMADHAN 9:DAGING GORENG LADA HITAM

Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan ]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

RESEPI RAMADHAN 8:HATI GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan

300 gm hati lembu [ potong kecil & nipis]
2 biji bawang besar - dihiris bulat2
2 biji tomato buah [belah 4
3 biji lada hijau [potong 2 serung]
5 urat kacang panjang [potong pendek]
kobis bulat [potong kasar]
daun kari
minyak
garam

Bahan mesin
3 cm halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 s/b rempah kari daging
1 s/b jintan manis

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari . Masukkan bahan mesin dan kacau sehingga naik minyak.
2. Masukkan hati lembu.. Kacau sebati dan biarkan reneh sehingga naik minyak.
3. Masukkan kacang panjang dan kobis.
4. Masukkan bawang hiris, lada hijau, tomato dan garam.
5. Kacau lagi dan biarkan naik minyak semula.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

NOTA:
sesuai untuk masakan orang semasa mengandung dan juga dalam pantang melahirkan anak..

RESEPI RAMADHAN 7:IKAN 3 RASA

Bahan-bahan

1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goring ikan

Bahan Sos
½ cawan sos toamto
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/k gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 - 4 cm]
2 biji cili merah ]
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

Cara Memasak

1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.

RESEPI RAMADHAN 6: IKAN BAKAR TOMYAM

Bahan-bahan

2 ekor ikan selar
daun limau purut
jus limau nipis atau kasturi
aluminium foil

Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 tangkai serai
1 biji tomato
garam

Cara Memasak

1. Gaulkan semua bahan mesin dan letakkan dalam aluminium foil.
2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Bungkus kemas.
3. Bakar diatas dapur atau dalam oven suhu 200'C selama 20 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.

RESEPI RAMADHAN 5: AIR ASAM MANGGA ( Untuk IKAN PARI BAKAR )

Bahan-bahan

1 biji mangga muda [parut]
5 tangkai cili merah
10 tangkai ciliapi
4 cm belacan
1/2 cawan air asam jawa

Cara Memasak

1. Masukkan semua bahan kecuali mangga dalam blender dan mesinkan sekejpa.
2. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan mangga muda.
3. Hidangkan dengan ikan bakar.


Saturday, September 6, 2008

RESEPI RAMADHAN 4: PRATHA PUFF AYAM



uols suka makan puff kan? Nak-nak doh dia menggebu naik tapi tak syiok kalau terlalu berminyak. Tak sihat jugak. Kadang-kadang payah jugak nak menguli bagai bagi ayah-ayah yang bekerja macam aku. Jadi, alternatifnya ialah; menggunakan Pratha segera cap KAWAN!!!! Dalam 2 peket pratha segera tu bolehla dapat dalam 20 keping puff. Kalo nak kecikkan (jimatkan) lagi, sekeping pratha tu bolehla dibagi 3. Intinya ikutlah selera masing-masing. Nak buat savoury boleh, manis pun boleh Jah oiii… Boleh buat inti macam Apple Struddle, karipap, sardin, sosej, ayam dan macam-macam lagilah. Kali ini aku buat inti guna isi ayam yang dicincang. Jom kita lihat bahan-bahannya.


Pratha segera Cap KAWAN

Telur 3 biji
Isi ayam dicincang 500 gram
Sayur campur didadu (dalam peket frozen) 500 gram
Serbuk perasa /garam/ lada sulah
Bawang besar, bawang putih
2 sudu makan sos tiram
Sedikit tepung jagung

Cara membuat Inti:

Tumiskan dulu bawang-bawang yang sudah dicincang halus sampai wangi dan layu.
Masukkan isi ayam cincang dan gaul rata.
Bila ayam dah empuk masukkan sayur campur. Gaul sebati.
Masukkan sos tiram, serbuk perasa, garam, lada sulah.
Pecahkan 2 biji telur
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul sampai pekat.


- Letakkan sedikit inti pada Pratha tadi.

- Lipat dan gunakan garpu untuk mengelim hujung pratha.

- Telur yang sebijik lagi dipukul dan sapukan atas pratha dan bakar.

- Suhu: 250 darjah celcius, Tempoh: 15 minit atau sampai pratha garing kekuningan.


Senang tak? Selamat menikmati keranggupan pratha puff, so kita enjoy!!

Friday, September 5, 2008

Resepi Ramadhan 3: Masak Lemak Kulit Tembikai

Resepi dari emak aku. Masa aku kecik-kecik selalu bangun sahur mak masakkan sayur lemak ni. Aku ingat timun ke apa ke..rupanya kuli tembikai....dari buang saja kulit tembikai yang isinya kita makan semasa berbuka lebih baik buat masak lemak...sedap...Kalau tak percaya cubalah....Sampai sekarang saya masik masak resepi ni kalau ada buah tembikai kat rumah...anak anak seronok makan...lembut...masak lemak boleh..masak sayur biasa pun boleh..kalau campur sedikit ayam lagi bagus..

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )
kulit buah tembikai - di hiris memanjang
buang bahagian hijau pekat..ambik bahagian dalam sahaja
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

satu peket santan pekat
serbuk cili dan sedikit air di satukan
2-3 biji bawang besar dimayang
garam & gula secukup rasa

Cara-cara
kisar cili, bawang merah & bwg putih
tumis bahan kisar sehingga naik minyak
masukkan kulit tembikai
masukkan santan, garam & gula
renihkan seketika, masukkan bawang besar
tutup api, sedia utk dihidang

*Masukkan sedikit ayam untuk tambahkan perisa.

Resepi Ramadhan 2: Daging Kicap Bercili

Resepi dari arwah nenek. Masakan yang agak pedas & 'hangat'. Sesuai juga dimakan dgn nasi minyak...Aku masak simple je untuk wife dan anak anak..Akutak boleh duduk diam bualn pos ani....nak juga memasak..

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )
500g daging batang pinang - di hiris
15 tangkai cili kering
1/2 camca teh jintan besar
1/2 camca teh jintan kecil
1 camca teh lada hitam
1/2 inci halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
kicap pekat
sedikit air asam jawa
2-3 biji bawang besar dimayang
garam & gula secukup rasa
Cara-cara
kisar cili, jintan, lada hitam, halia, bwg merah & bwg putih
tumis bahan kisar sehingga naik minyak
masukkan daging
masukkan air asam jawa, kicap, garam & gula
renihkan seketika, masukkan bawang besar
tutup api, sedia utk dihidang

Resepi Ramadhan 1 : Mushroom soup

Mushroom soup ala2 pizza huts.. bole buat kat rumah ajer . memang best!!! mcm yg dalam tin, sampai wife dan anak2 ingat masak yg dalam tin..he he..cubalah..

Bahan-bahan ( 6 org )
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Cara-cara
potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

LAGU RAYA UJI RASHID

LAGU RAYA SITI NURHALIZA

LAGU RAYA SHARIFAH AINI

Thursday, September 4, 2008

29 Lagu-Lagu Raya vol.2

Klik link di bawah untuk download
Lagu-Lagu Raya vol.2
- antara lagu Raya yang ada -

Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang
Sanisah Huri - AidilFitri
Raihan, Rem, Ajai & Now See Heart - Lebaran Ini
S Jibeng - Musafir Di Hari Raya
Saloma - Aidilfitri Hari Mulia
Saloma - Manusia Miskin Kaya
Saloma - Selamat Hari Raya
Sanisah Huri - Selamat Hari Raya
Senario - Behari Raya
Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
Sheila Majid - Hari Mulia
Spider - Rindu Raya
Spider - Satu Hari Di Hari Raya
Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Sudirman - Selamat Hari Raya
Sweet September - Hari Raya Tetap Tiba
Syarifah Aini - selamat hari raya
Takbir Hari Raya
Toy's - Inilah Harinya
Ujang - Syahdu Di Pagi Raya
Uji Rashid - Doa Di Hari Mulia
Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya
Utama - Riang Ria Di Hari Raya
Wings - Hari Raya Yang Mulia
Wings - Keroncong Hari Raya
Zaiton Sameon - Lebaran Yang Mulia
Zalifah Ibrahim & M Shariff - Hari Raya
Zamani - Takbir Memecah Hening
Zamani Slam - Suasana Hari Raya

Dizay - Ramadhan Yang Indah


Lagu baru khas untuk bulan Ramadhan
Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Dizay - Ramadhan Yang Indah

Bertekuk lututku disini
Dan memanjatkan doa
Bersembah sujudku ini
Hanya untuk-Mu Allah

Ku hanya mahluk ciptaan-Mu
Yang berlumur dosa
Ampuni segala kesalahan
Tunjukkan jalan surga-Mu

Ramadhan ini bulan yang sangat indah
Bulan yang suci 'tuk melebur dosa

Ramadhan ini bulan yang sangat indah
Panjatkan doa atas Allah semata

TRACK ALBUM DARI SITI NURHALIZA

Musibah bukan makna kita dizalimi

ADA manusia yang menyangka apabila Allah Taala menurunkan suatu musibah kepada dirinya, dia menganggap itu suatu petanda Allah mahu menghinanya. Ramai pula orang lain yang memusuhinya akan menuduh dengan pelbagai spekulasi.

Mereka akan berkata: Oh, begitulah akibat yang menimpa orang yang zalim, Allah menghinanya. Seperti tertulis dalam firman Allah Taala bermaksud: Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya, lalu memuliakannya dan diberinya kesenangan, maka dia berkata:Tuhanku memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata: Tuhanku menghinaku.(Surah al-Fajr: Ayat 15 dan 16)

Lebih teruk lagi ada pula yang percaya bahawa penyebab musibah itu daripada kuasa hebat seorang manusia. Pernah diceritakan kepada saya ada seorang hamba Allah yang menziarahi masjid wali-wali di Indonesia, tiba-tiba sakit kononnya kerana dia tidak percaya kuasa ghaib di kubur wali itu. Lahawla wala quwwata illa billah, apakah yang mendatangkan sakit itu adalah wali? Sungguh kepercayaan karut sebegini mampu memusnahkan akidah.

Musibah yang menimpa anda bukanlah kerana buatan manusia yang memiliki kuasa atau ilmu tertentu. Ia hanyalah datang daripada Allah Taala bagi membawa khabar gembira bahawa Dia sentiasa merahmati anda.

Boleh jadi jika anda tidak disentuh musibah, anda akan cepat lupa dan tak perasan langsung dengan kewujudan Allah Taala dalam kehidupan anda. Jika anda merintih disebabkan hati yang hancur mengenangkan nasib, kemudian mengadu kepada Allah Taala dan percaya bahawa Dia akan menghapus luka itu dan menggantikan musibah itu dengan anugerah yang lebih baik, maka sesungguhnya saat seperti ini iman dan keyakinan anda kepada Allah Taala berada di atas kemuncak yang paling tinggi.

Tiada yang lebih menggembirakan Allah Taala melainkan suatu saat ketika Dia mendengar tangisan penyesalan dan keluhan orang yang mahu meminta pertolonganNya. Allah suka melihat hamba-Nya mengaku lemah dan tidak berdaya.

Allah juga menyukai hamba-Nya yang mengaku bahawa kekuatan dan kekuasaan itu hanya milik Allah SWT. Rancanglah sebaik mungkin, tetap tertulis, kuasa Allah saja yang menentukan nasib kita.

Antara adab ketika ditimpa musibah ialah:

  • Percaya bahawa Allah Taala tidak sesekali akan menzalimi diri anda.

Jika manusia mahu menerima musibah itu umpama suatu teguran, dia tidak akan cepat melatah seraya berputus asa. Bahkan dia sanggup menerimanya umpama satu cambukan yang membangkitkan semangat bagi memperbaiki diri.

Allah SWT tidak sesekali menzalimi hamba-Nya. Ujian itu tujuannya adalah untuk membelai hati supaya lebih sensitif, peka dan waspada atas segala kesilapan yang dilakukan. Allah SWT sayang kepada anda dan mahu anda berada dekat di sisi-Nya ketika lemah dan perlukan pertolongan.

  • Meyakini musibah itu menyimpan rahmat besar di sebaliknya.

Allah Taala akan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik dan pasti akan menghapuskan kesakitan dengan kegembiraan. Mungkin ketika anak kecil kita meninggal dunia, kita akan lebih menyayangi anak kita yang lain.

Allah SWT menggantikan kehilangan satu jiwa dengan menghidupkan jiwa anak kita yang lain dengan iman kerana kita menjaga dan mendidik mereka dengan lebih teliti. Saat sakit yang menghampirkan nyawa ke hujungnya kita tidak mengeluh menyalahkan Tuhan akan nasib malang menderita kesakitan yang teramat sangat, bahkan menelannya dengan reda atas ketentuan-Nya sambil mengingat kembali terlalu banyak nikmat Allah yang selama ini dikecapi.

Apabila kembali sihat, bertambahlah kesyukuran itu. Lantas kita melipatgandakan ibadat kerana tidak mahu kehilangan satu saat pun di sepanjang usia kita. Bukankah semua musibah itu boleh diterima sebagai rahmat? Bukannya seksaan dan kekejaman Tuhan?

  • Banyak mengingat nikmat Allah yang sudah dirasai.

Ketika sedih eloklah kita membaca surah al-Duha yang akan menghapus rasa sedih dan putus asa. Nabi SAW pernah bersedih kerana terputusnya wahyu agak lama. Suatu hari Ummu Jamil, isteri Abu Lahab mencela Rasulullah SAW dengan katanya: Nampaknya kawan kamu itu meninggalkan kamu dan memboikot kamu. Lalu Allah Taala menurunkan surah Al-Dhuha dengan firman-Nya bermaksud: Tuhanmu tidak sesekali meninggalkanmu dan tidak pula membencimu.

Mengapa kita berasa Allah meninggalkan dan membenci kita ketika musibah datang? Perasaan ini sebenarnya berasal daripada hasutan syaitan supaya kita berputus asa dari rahmat-Nya. Firman-Nya lagi dalam surah al-Duha yang bermaksud: Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagimu dari kehidupan dunia. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu lalu kamu reda.

Ayat ini seolah-olah memujuk kita supaya tabah dan menganggap kecil segala urusan dunia jika dibandingkan dengan akhirat. Ia juga menyuruh kita untuk yakin dengan janji Allah SWT yang akan menggantikan kesusahan dunia dengan kesenangan akhirat yang abadi.

Kemudian Allah SWT berfirman lagi dalam surah al-Duha bermaksud: Bukankah Dia mendapatimu sebagai anak yatim, lalu Dia melindungimu. Dia mendapatimu sebagai orang yang kehilangan arah lalu memberi petunjuk bagimu. Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang serba kekurangan lalu mencukupimu.

Hati kita pasti kembali disentuh dengan kalimah yang begitu menghiris perasaan. Betapa Allah SWT amat mengasihani diri yang tidak memiliki apa-apa ini. Jika boleh ditimbang yang manakah lebih banyak, musibah atau nikmat yang kita rasai di dunia ini?

Sungguh biadapnya lidah yang pernah berkeluh-kesah dan hati yang tidak mahu bersyukur di atas segala ketentuan-Nya.

  • Segala sesuatu akibat daripada perbuatan tangan yang zalim.

Apakah dosa kita sehingga harus menerima musibah ini? Soalan sebegini bukan bermaksud tidak reda dengan ketentuan Allah SWT, tetapi lebih kepada sikap mencari keaiban diri dan mahu bermuhasabah untuk lebih mempertingkatkan iman dan amal salih.

Sudah pasti setiap sesuatu menyimpan hikmah di sebaliknya. Terpulang kepada diri sendiri bertanya, apakah menerima musibah sebagai suatu peringatan daripada Allah SWT atau langsung membutakan mata dan hati atas kesilapan yang pernah dilakukan?

Lidah boleh menafikan sekeras-kerasnya, tetapi hati dapat berasa di manakah salah silapnya. Hanya orang yang kuat imannya yang mampu menjawab setiap hikmah di sebalik setiap musibah. Tiada manusia yang lepas dari ujian hatta Nabi dan Rasul.

Bahkan Nabi dan Rasul menerima ujian yang jauh lebih berat dan tidak mampu dipikul oleh manusia biasa. Bukan bermakna ujian itu merendahkan iman seseorang, bahkan ia akan melonjakkannya ke tempat yang paling tinggi.

Berbahagialah orang yang diuji jika mereka reda dan sedikitpun tidak berubah hati kepada Allah Taala. Kita perlu membuktikan kepada Allah SWT bahawa diri ini tidak pernah berubah di dalam mencintai-Nya, biar senang ataupun susah.

Tuesday, September 2, 2008

PHOTO ANAK-ANAK KU

Abah dan anak2 di Putrajaya
Aliff dan Athirah

Athirah dengan hadiahnya di sukan tadikanya di kinrara..aliff menumpang je..


Dari Kiri Mohamad ALiff Fahmi 3 tahun, Siti Nurathirah 6 tahun dan Siti Nuraliah 8 tahun




ALiff di Putrajaya Water Park