Thursday, July 22, 2010

KEBAIKAN ROSELLE

Banyak bahagian roselle termasuk biji, daun, buah dan akar digunakan pelbagai cara dalam hidangan.

buah roselle

buah roselle

Antaranya ialah kulit kelopak merah buah adalah yang paling popular. Ia boleh dibuat jus, jam , jeli, sirap, gelatin, puding, kek, ais krim dan perisa. Kelopak merah buah ini juga boleh dikeringkan dan boleh dibuat sebagai minuman teh, pai, sos, dan pelbagai kuih. Kelopak merah mengandungi pektin yang boleh dibuat jeli.

Pucuk dan batang muda boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak sebagai hidangan sayuran.

Kelopak merah buah ini mengandungi antioksiden termasuk flavonoid, gossypetine, biniscetine dan sabdaretine. Kelopak merah segar juga kaya dengan riboflavin, asid askorbik, niacin, carotene, kalsium dan besi yang sangat penting dalam nutrisi harian kita.

Bijinya kaya dengan protein boleh dibakar dan kisar menjadi serbuk kemudian digunakan dalam sup dan sos. Biji yang dibakar juga boleh digunakan sebagai gantian kopi.