Thursday, January 12, 2012

IKAN PERKASAM LENGGONG



Ikan Pekasam Lenggong...goreng bawang besar , lada kering / cili padi ...pastu taburlah atas ikan pekasam yang dah digoreng garing tadi....sedap dinikmati bersama Masak Lomak Cili Padi...dan nasi panas..terangkat...

Siapa yang berminat nak buat sendiri seperti di bawah cara-cara dia:-

CARA MEMBUAT IKAN PEKASAM:

Cara buat ikan pekasam mempunyai teknologi yang mudah dan ringkas sahaja. Semua orang yang berminat tentu mudah faham akan teknonoli pengawetan ikan pekasam dirumah masing-masing. Peralatan sedia ada dirumah boleh digunakan dan cuma beli ikan, garam, beras hancur dan asam keping atau asam jawa. Anda boleh cuba sendiri cara berikut sehingga manjadi.

1. Bahan Asas : IKAN.
Biasanya orang buat ikan air tawar walau pun ada yang suka dengan ikan laut. Langkah pertama ialah ikan mesti di bersihkan dengan sebersih bersihnya. Pastikan segala isi dalam perut ikan mesti cuci sampai putih. Ini untu mengelakkan dari ikan busuk dan di hurung lalat. Ada yang mambuang kepala ikan untuk makan sendiri tetapi bagi tujuan komersil kepala ikan dikekalkan. Pemerhatian saya mendapati jika ada kepala ikan akan lebih menggalakkan lalat nak hinggap dan habitat terbaik bagi ulat.


2. Bahan : GARAM
Gunakan garam yang bersih sederhana halus. Sukatan garam disyorkan pada kadar satu kilogram ikan diberikan sebanyak seratus gram garam (Kadar 1,000 : 100). Jika tidak mahu masin sangat boleh kurangkan garam dan sebaliknya. Pastikan menggunakan garam yang berkualiti sahaja.

3. Bahan : BERAS
Beras perlu disangan atau digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga berwarna kekuningan dan rangup. Kemudian beras ini di tumbuk sampai sederhana lumat menggunakan lesung batu, lesung kayu atau alat mesin blender kering. Sukatan beras yang digunakan disesuaikan dengan kuantiti ikan dan garam serta air dalam larutan. Fungsi beras goreng ini adalah untuk mengekalkan kelembapan air garam dan meningkatkan citarasa ikan pekasam.

4. Bahan : ASAM JAWA ATAU ASAM KEPING
Asam jawa atau Asam Keping dicampukan dalam pembuatan ikan pekasam untuk mengekalkan rasa dan ikan tidak busuk. Ada orang kata yang beras yang kita letak pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian. Kajian mendapati bahawa asam keping lebih sesuai digunakan berbanding asam jawa kerana boleh dikeluarkan bila-ila masa. Laporan menunjukkan penggunaan asam jawa menyebabkan ikan pekasam jadi hitam selepas digoreng. Ini mengurangkan kualiti persembahan ikan pekasam.

Langkah Memproses Ikan Pekasam:
1. Ikan Air Tawar tadi di bersihkan sebersihnya dan kemudian masukkan garam dengan kadar anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas yang sesuai dan kemudian tutup bekas tersebut dan simpan ditempat selamat. Ada yang suka menyimpan dalam peti ais.

2. Setelah itu setelah cukup masa atau pada esok paginya siapkan tumbuk beras yang di sangan tadi dan gaul dengan ikan tadi tu. Pastikan campuran beras tadi lembab dicampur dengan air bersih. Saya dapati lagi banyak beras lagi akan nampak ikan pekasam menarik dan lebih sedap. Sebenarnya serbuk beras tadi nanti apabila ikan di goreng maka beras ni la jadi serbuk pekasam yang menambahkan keenakan ikan pekasam.

Beras di sangan sampai kekuningan.
Lepas tu tumbuk sederhana halus.
3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas dimana setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping. Pastikan susunan ikan dalam keadaan teratur dan taburan agak rata.

4. Masukkan air garam yang di simpan dengan ikan malam tadi. Sebelum tu masak dahulu air garam tersebut di atas api sederhana. Dah sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tu sehingga kesemua ikan tadi terendam.

5. Kalau ada lagi saki baki beras goreng bertumbuk tadi perlu tuang dalam bekas.

6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat.

7. Seminggu lepas tu try la masak ikan pekasam tadi.

MEREKA YANG BERMINAT BOLEH CUBA BUAT SENDIRI DIRUMAH!

IKAN PEKASAM...MASIN RASANYA...
DIIPERAH LIMAU...TAMBAH PERISANYA...
PEKASAM DI BELI...DARI PASAR RABUNYA...
BUAT SENDIRI ...LEBIH UNTUNG RASANYA...