Monday, January 9, 2012

PETUA PETUA MASAKAN

Petua

ni ada petua masakan yang aku nak share dengan semua. ada sesetengahnya aku dah apply dan yang lain belum cuba lagi. Aku ada tanya orang pandai2 masak cuba tengok2 kan petua ni… dan diorang kata petua ni ok la…. tapi kena cuba sendirilah baru tau…..

Masakan yang dimasak akan menjadi enak dan lazat jika kena pada caranya. Di sini terdapat beberapa tips dan petua dalam masakan.

Nasi Lembik
Bagi mengatasi masalah ini, ambil sebiji kentang, buang kulitnya, basuh dan hiriskan kentang tadi. Masukkan ke dalam nasi tadi. Biarkan selama 5 minit kemudian angkat. Cara lain ialah dengan menggunakan roti bantal. Masukkan ke dalam periuk dan jumlah keping bergantung kepada kelembikan nasi.

Kurangkan Masin Makanan
Cara mengatasinya adalah dengan mengambil kertas surat khabar yang tebal sedikit atau beberapa helai kertas surat khabar dan letakkan di atas periuk atau kuali yang sedang di masak
Kedua: masukkan beberapa kentang kedalam lauk yang sedang dimasak dan dibiarkan dan biarkan kentang empuk. Lauk akan menjadi kurang masin kerana ia menyerap garam yang berlebihan.

Sedapkan Ikan Goreng
Sebelum menggoreng ikan, masukkan beberapa hiris bawang merah ke dalam minyak untuk menggoreng. Goreng seperti biasa. Cara ini akan menjadikan ikan goreng lebih enak dan tidak hanyir

Ikan Pekasam Terlalu Masin
Sediakan semangkuk air garam dan rendamkan ikan masin/pekasam itu selama beberapa minit. Selepas itu cuci ikan tersebut dan boleh lah puan masak dengan pelbagai citarasa.

Lembutkan Daging Yang Keras
Caranya; masukan tempurung kelapa yang telah di kikis licin di bahagian dalam dan luar kedalam masakan/gulai anda. Seelok eloknya tempurung itu di belah supaya lebih kecil dan senang di letak ke dalam periuk. Campurkan tempurung bersama ayam sehingga empuk.

Apam Yang Melekat
Apam biasanya agak sukar disediakan. Masalah utama yang sering di hadapi adalah ia sering melekat pada kukus.Untuk mengatasi masalah ini, sebelum memasak, goreng sebiji telur ayam. Minyak bekas mengoreng telur tadi bolehlah di gunakan untuk di sapu pada kukus sebelum kuih ini dimasak

Daun Nangka Empukan Daging
Caranya; cuba puan ikhtiarkan dengan mencari dua helai daun nangka ( bergantung kepada kuatiti daging yang dibeli.) Masukkan daging kedalam periuk bersama-sama air dan dua helai daun nangka yang telah cuci bersih. Rebus selama lebih kurang lima hingga sepuluh minit Insya-allah, daging akan kenyal dan enak di makan.

Santan Tahan Lama
Caranya perah kelapa yang telah dimesin dengan air masak atau air biasa, jangan terlalu cair. Masukkan ke dalam periuk dan tambah sedikit garam kasar. Masak di atas api yang sederhana sehingga agak-agak pecah minyak. Biarkan sejuk dan simpan di tempat yang tidak mudah terkena air. Santan akan dapat bertahan selama dua hingga tiga hari

Taugeh Tahan Lama
Ambil sebiji limau nipis dan potong supaya menjadi tiga kepingan. Masukkan potongan-potongan limau tersebut ke dalam taugeh yang telah direndam dalam air. Hasilnya taugeh akan tetap segar untuk digunakan selepas itu

Cili Mesin Boleh Tahan Lama
Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam peti sejuk supaya tidak bercendawan. Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

Kurangkan Ulat Beras (Bubuk)
Jika beras disimpan lama, tentu banyak bubuk akan ditemui di dalamnya. Untuk mencegahnya ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi di serang oleh bubuk.

Menghilangkan Lendir Pada Ubi Keladi
Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih. Selamat mencuba …

Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria
Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan

Agar Sayuran Celur Kelihatan Segar
Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat. Selamat mencuba

Mematikan Ikan Keli
Mematikan ikan keli dengan cara mengetuknya akan menyebabkan isi ikan tersebut rosak. Cara yang paling mudah, masukkan secamca besar garam ke dalam bekas ikan keli dan biarkan lebih kurang 15 minit. Ikan tersebut akan mati. Selamat mencuba .

Melemakkan Masakan Pulut
Untuk menyedapkan pulut yang dimasak. Caranya, rendam pulut semalaman kemudian masak denga air kelapa

Menanggalkan Kerak
Caranya, rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.

Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya

Merangupkan Kentang Goreng
Caranya, setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1 – 2 jam hingga kentang kering. Selepas itu gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Pasti rangupnya seperti yang dibeli dari kedai makanan segera