Wednesday, December 31, 2008

Album Baru Siti Nurhaliza Lentera Timur

Oh ya, ini adalah entri terakhir aku bagi tahun 2008, dalam masa 10 minit lagi kita akan mengucapkan selamat datang kepada tahun 2009. Untuk pengetahuan, Siti Nurhaliza baru sahaja mengeluarkan album baru dia, tidak tahu lagi bila dia akan mengeluarkan anak yang baru, sila jawab!

Album terbaru Siti Nurhaliza berjudul Lentera Timur yang mengetengahkan konsep tradisional kontemporari memuatkan 9 buah lagu dalam album ini, antaranya Di Kayangan Kita, Bintang Malam, dan Cinta Ini. Aku masih mencari sampel lagu daripada album ini, mana tahu menarik kan?

Sementara itu, terdapat beberapa gambar photoshoot yang berkaitan dengan album Lentera Timur, menampilkan Siti Nurhaliza dalam pelbagai gaya. Hasilnya tidak lah terlalu cantik, ada gambar menampakkan tanda-tanda kedut di sekitar mata Siti Nurhaliza.

Tuesday, December 30, 2008

ABAH DAN ALIFF DI SWISS GARDEN KUANTAN

Gambar semasa pergi bercuti sempena Jcorp Intrapreneur Conference 2008 di Swiss Garden Resorts Kuantan. Aliff bukan main suka mandi kolam...

HADIAH TAHUN BARU


Terima sumbangan peralatan sekolah untuk anak yang akan masuk darjah 1 tahun 2009 daripada Pengurus HR.

Wednesday, December 24, 2008
























Love starts with a smile, grows with a kiss, and ends with a tear.
Don't cry over anyone who won't cry over you.

Good friends are hard to find, harder to leave,
and impossible to forget.

You can only go as far as you push.

Actions speak louder than words

The hardest thing to do is watch the one you

love, love somebody else.

Don't let the past hold you back; you're missing

the good stuff.
Life's short. If you don't look around once in a

while, you might miss it.

A best friend is like a four leaf clover: hard to

find and lucky to have

If you think that the world means nothing, think again.

You might mean the world to

someone else.
When it hurts to look back, and you're scared

to look ahead, you can look beside you and
your best friend will be there

True friendship never ends.

Friends are forever.

Good friends are like stars....You don't always

see them, but you know they are always there.

Don't frown. You never know who is falling in

love with your smile.

What do you do when the only person who

can make you stop crying is the person who

made you cry?


NOBODY IS PERFECT UNTIL YOU FALL IN LOVE WITH THEM.

(Isn't that the truth?)

Everything is okay in the end.

If it's not okay, then it's not the end.

Image and video hosting by TinyPic
The happiest people in the world are not those who have no problems...
but those who learn to live with things that are less than perfect.

Happiness always looks small when you hold it in your hands...
But when you learn to share it, you will realize how big and precious it is!!

MADAH

♡♡♡ secebis KASIH membuat kita SAYANG ....seucap JANJI membuat kita PERCAYA.....sekecil LUKA membuat kita KECEWA.....tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA...♡♡♡

MUTIARA KATA

Image and video hosting by TinyPic
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1430 HIJRAH

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan Kita kepada yang maha Esa, InsyaAllah.


Doa Akhir Tahun

(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Ahad 30 Zulhijjah 1429H bersamaan 28 December 2008 )

Barangsiapa yang membaca DOA akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".





Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga Dan sahabat-sahabat baginda Dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya Dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha Dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya Dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung Dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku Dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga Dan sahabat-sahabatnya Dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun

(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Isnin 1 Muharam 1430H/ 29 Decmber 2008)

Barangsiapa yang membaca DOA awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan Dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga Dan sahabat-sahabat baginda Dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal Dan ke atas kelebihanMu yang besar Dan kemurahanMu yang melimpah Dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan Dan pembantu-pembantunya Dan tentera-tenteranya Dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan Dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung Dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi Dan ke atas ahli keluarga Dan sahabat-sahabatnya Dan kesejahteraan ke atas mereka.


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama Ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah Dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas Dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga Hari 'Asyura'. Pada Hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih Dan tabah bagi menegakkan keadilah Dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 Hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa Dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.


Wassalam.

Monday, December 22, 2008

QCC TEAM



Penglibatan aku dalam projek QCC Syarikat di bawah Kumpulan Johor Corporation sempena Hari Kualiti yang di adakan di KOMTAR, Johor Bahru.

Saturday, December 20, 2008

HAPPY BIRTHDAY ALIFF 3 YEARS

Dalam diam diam aliff dah berumur 3 tahun pada 3/12/2008 yang lalu. Masuk je tahun 2009 baru 3 tahun sebulan tapi kalau ikut sekolah dah 4 tahun. Dah masuk tadika dah..harapan abah aliff dapat belajar dengan baik macam kakak dia berdua tu. Cuma aliff ni buas sikit biasalah anak lelaki. Tapi dok melekat juga dengan abah dia..nak pi mana semua nak ikut. Takpelah bila lagi nak bermanja dengan abah dia...dah besar nanti tentu nak bermanja dengan orang lain pulak..he he..aliff aliff...

Tuesday, December 16, 2008

Orang Depan Orang Belakang

Orang depan , maksudnya adalah orang yang memulakan sesuatu. Dia mengambil inisiatif sendiri, punya idea dan keberanian membuat apa orang lain tak buat, tak terfikir nak buat atau melakukan perkara yang orang takut-takut nak buat.

Orang-orang yang ada sikap sebegitu biasanya adalah ketua atau usahawan. Pendek kata, mereka adalah leader (si pemimpin).

Orang belakang adalah orang yang lebih suka mengikut. Dia sentiasa ok. Bila ditanya mana satu pilihannya, jawapannya "mana-mana saja". Kata lain, mereka ni adalah follower (si pengikut).

Apa beza keduanya?

Paling ketara, leaders membuat sesuatu terjadi hasil garapan idea dan kreativiti mereka, manakala followers lebih suka melihat sesuatu terjadi, berkata tentangnya kemudian mengikut mana-mana yang dia suka.

Anda yang mana satu? Orang depan atau orang belakang? Pembayang: untuk nak jadi orang cemerlang dalam hidup, nak ada kebahagiaan hidup, kita MESTI berubah jadi orang depan !

Ciri-Ciri Positif Pekerja Cemerlang

Dari pemerhatian teliti, seorang pekerja cemerlang memiliki 7 ciri-ciri berikut :

  • Kerja adalah hobi baginya, kerja macam dah bukan kerja.
  • Datang awal, balik lambat.
  • Sangat mementingkan disiplin.
  • Kualiti kerja lebih dari kualiti yang biasa-biasa.
  • Menghormati dan bersangka baik pada setiap rakan sekerja walau siapapun mereka.
  • Waktu kerja 8 jam, dia balun sampai 10 jam. Kekadang 12 jam!
  • Memberi idea unik yang tak terfikir oleh sesiapa untuk memajukan tempat kerja.
  • Sentiasa berpakaian kemas, air mukanya tenang selalu.

Jika kita tekad nak membentuk diri memiliki ciri-ciri positif pekerja cemerlang , ubah sikap kepada salah satu daripada 7 sikap di atas. Mula-mula memang agak susah, tapi selalu berlatih akan membuat Anda semakin cekap, semakin terbiasa. Cuba berlakon jadi pekerja cemerlang.

Paling penting, dalam proses berubah, kena banyak bersabar, mesti tahan hati mendengar cakapan-cakapan orang di tempat kerja. Mereka kurang senang melihat sesiapa saja sibuk memajukan diri. Cemburu sebegini perkara biasa di mana-mana. Bak kata Dr Tuah, Phd (penyakit hasad dengki).

Apa yang Anda perlu buat? Biarkan saja mereka. Fokus 100% pada diri Anda dulu. Biarkan, walaupun kekadang cakapan-cakapan mereka agak pedas (semata-mata untuk membuat hati Anda jadi panas!).

Wednesday, December 10, 2008

12 Easy Steps to Renew Road Tax Online


Hello folks,

Today I’d like to share with you how easy it is to renew your road tax today, at the comfort of your home using the online service by myeg.com.my. Please kindly refer to the attachment below, as I have summarized the process in visual format (jpeg). Please also note that this is my real transaction.


But before that, here are a few things you need to have/know prior to using this service:

Internet connection, preferably broadband coz this will involve online payment.
Your credit card ready (If you opt for CC payment). There are 3 methods of payment, you’ll find it in one of the attachments.
Your insurance is already renewed. They also have online motor vehicle insurance renewal service, but mine has already been taken care by my agent. So I only use the Road Tax renewal service.
Note that if you opt for Home/Office Delivery, and if you’re staying in Klang Valley, you’ll get your road tax the next day if your transaction takes place before 6 p.m. (it is the cut-off time). Otherwise you can opt for self-collection from your chosen e-Services Centre.
Your Vehicle Registration Certification aka “Geran” is still with the Bank?! Don’t fret. You don’t even need it. I have confirmed this with myeg.
They charged me RM6 for delivery, and RM2.75 for their service charge. Altogether RM8.75, which I find very minimal (as compared to engaging with a runner). I’m sure I would fork out more than that if I were to do it by myself i.e. go to the bank and post office/JPJ (fuel, parking fees, time and not to mention all the other unexpected risks I could bear on my way there).
Now all I have to do is to check on my mailbox tomorrow. Easy peasy, don’t you think?!

So go ahead, log on now to myeg.com.my to renew your roadtax and/or Motor Vehicle insurance.

Thanks and have a nice day ahead.

Regards,
Fizzie

RESEPI BIHUN SUP UTARA FIZZIE

Aku lampirkan resepi bihun sup utara yang aku buat sempena aidiladha untuk kengkawan mencubanya. Ramai yang mintak ni...maybe sama saja dengan yang ada...tapi cubalah.

BIHUN SUP UTARA

Bahan A
1 paket bihun ] rendamkan beberapa minit sahaja dengan air panas yang dijerang ( 3 orang makan) dan masukkan sedikit serbuk kunyit

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda [potong besar]
300 gm perut babat/muda
300 gm paru
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Sos Cili
Bahan
10 biji cili merah
1 bawang putih
1 s/b cuka
garam
gula dan air

Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendideh dan pekat

Cara
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut. Masukkan daun pandan bersama akar untuk mewangikan kuah dan melembutkan daging
2. Tos daging perut dan paru dan dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan

Nota: Lebih sedap jika dimasukkan tulang gear box atau tulang rusuk untuk mengeluarkan sum sum tulang.

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, December 3, 2008

Rahsia Tauge

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.



Bagi yang sedang berusaha mendapatkan anak, boleh cuba petua di bawah:

Ambil segenggam kacang hijau. Rendam dalam 2 hari, hingga tumbuh 'ekor' anak tauge kira-kira dua kali panjang kepala tauge. Air rendaman mestilah sama aras dengan kacang hijau yang direndam.
Tutup bekas rendaman, kalau nak senang boleh guna tupperware/periuk.
Bila kacang hijau sudah bertukar menjadi tauge, cuci dan buang kulit kacang hijau tersebut.
Rebus tauge engan dua gelas air kira-kira 15 minit dengan api sederhana, tinggalkan air rebusan sehingga lebih-kurang segelas. Bila agak suam, tapis air rebusan dan bolehlah dimimum.
Amalkan meminum air rebusan tauge tiap-tiap pagi, bermula dari hari pertama period sehingga waktu subur.

Jika diamalkan selalu, insya Allah, adalah rezeki nanti!

Selamat mencuba!

Kaitan jenis darah dengan personaliti pemiliknya

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri?
Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.
Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Kamu juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan yang ada pada kamu adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Keselarasan, keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan kamu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil. Kelemahan kamu adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala. Kamu terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat denganmu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari, keras, individualistik, tidak gemar meminta bantuan orang lain, suka berterus-terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri, mungkin akan mendatangkan masalah buat diri kamu sendiri dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu juga kreatif dan fleksibel serta boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi. Namun, kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekelilingmu berasa selesa untuk berdampingan denganmu. Teman-teman menjadikan kamu sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri seolah-olah kamu dilahirkan untuk menghibur orang lain dan sentiasa ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
Diolah semula dari sumber: melodicinta

Isteri lebih dominan atau queen control?

Dewasa ini, ramai suami yang mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati. Pakar psikologi berpendapat sikap lelaki yang terlalu mudah mengalah menyebabkan isteri nampak lebih dominan atau mungkin bersikap queen control. Isteri memerintah suami melakukan itu dan ini. Disuruh membasuh baju, memasak atau mengemas rumah. Tidak boleh dibantah, kalau dilawan, pasti tinggi suaranya membalas kembali. Isteri juga mengawal segala kewangan dan keputusan keluarga. Apa yang harus dibeli, ke mana pergi bercuti atau bila hubungan seksual dilakukan. Apabila isteri bersikap begini, ramai suami yang mula mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati. Umpama lembu ditarik hidung. Begitulah kata-kata kiasan yang tepat bagi menerangkan maksud wanita queen control dalam sesebuah hubungan rumah tangga.
Queen control terlalu mengongkong, disifatkan sebagai sikap menyuruh atau memerintah seorang si isteri kepada suaminya dalam keadaan memaksa, tidak kira apa jua situasi. Melihat faktor kecanggihan teknologi dunia hari ini, benarkah senario itu dianggap sudah lapuk ditelan zaman? Memandangkan wanita metropolitan masa kini lebih mementingkan etika dan nilai-nilai kekeluargaan, demi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga. Menjadi persoalan ramai, masih wujudkah jolokan wanita queen control pada era moden kini?
Menurut Pakar Motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, kewujudan sikap queen control tidak mengira apa jua keadaan mahupun situasi. Ia wujud dalam semua era kehidupan manusia. Tidak dinafikan, kewujudannya disebabkan beberapa punca yang tercetus atau dicetus oleh kedua-dua pihak, sama ada lelaki mahupun wanita. Terdapat tiga jenis queen control, iaitu jenis mutlak, pertengahan dan permulaan.
Bagi yang jenis mutlak, tingkahlaku isteri adalah terlalu bersikap mengawal suami 100 peratus hingga suami bagaikan haiwan peliharaan, terpaksa tunduk sahaja atas semua arahan dan kemahuan isteri. Jenis pertengahan pula adalah seperti si isteri suka mengawal dan mengarah ikut emosi yang sedang dialaminya. Mereka ini adalah isteri yang bersikap berubah-ubah dan ikut mood tanpa menghiraukan perasaan yang dialami suami ketika itu. Manakala queen control jenis permulaan pula kebiasaannya terjadi selepas setahun mendirikan rumah tangga. Waktu itu, isteri mula melihat kelemahan suami serta mula tidak menyukai beberapa sifat pasangannya. Keadaan sebegini lebih mudah berlaku apabila si suami seorang yang lemah, kurang bertegas dan kerap memberi muka kepada isteri, iaitu sering tunduk kepada kemahuan si isteri.
Kepimpinan lelaki terhadap wanita memang telah termaktub dalam Al-Quran. Allah telah berfirman dalam Surah An-Nisaa ayat 34, yang bermaksud, "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka."
Sungguhpun begitu, selalu juga kita dapat melihat dalam sesebuah keluarga ada suami yang tidak memiliki sifat kepimpinannya, seolah-olah tidak menepati firman Allah di atas. Apabila perkara ini terdapat dalam Al-Quran, kita perlu berhati-hati memperkatakannya, sebab sebarang pertikaian membawa akibat buruk dan janganlah kita membuat kesimpulan sendiri. Biasanya lelaki sebegini bukan tidak ada daya kepimpinan, tetapi sudah ditakdirkan dia telah berkahwin dengan seorang wanita yang lebih dominan daripadanya. Maka itu, nampaklah dia lebih ‘dungu’ berbanding isterinya. Seandainya dia berkahwin dengan wanita yang berkedudukan lebih rendah daripadanya, sifat kemimpinan dan kewibawaannya pasti menyerlah.
Apakah kufu? Bukankah kufu itu bermaksud lelaki perlu mengatasi wanita sebab seseorang yang akan memimpin perlu berada di atas sedikit daripada orang yang dipimpinnya. Tentu sulit seorang lelaki dengan jawatan pelayan pejabat beristerikan seorang wanita berjawatan pengurus besar, misalnya. Lebih sulit apabila mereka bekerja di satu tempat yang sama. Perkahwinan seperti ini tidak kufu. Ia tidak begitu digalakkan dalam Islam. Apa yang perlu seorang isteri lakukan jika baru sekarang anda sedar perkahwinan anda tidak kufu? Anda masih ada masa untuk memperbetulkan keadaan iaitu anda bertindak dan berperanan sebagaimana seharusnya mengikut jawatan yang anda sandang, tetapi apabila anda bersama-sama suami di rumah, letakkan diri anda di bawah sedikit daripada kedudukannya, meskipun jawatan dan gajinya lebih rendah daripada anda. Dari situlah anda boleh melihat suami sebagai pemimpin dan kewibawaan serta ketrampilannya.
Sebaik sahaja seseorang wanita itu merelakan dirinya disunting sebagai isteri, dia wajib bersedia untuk patuh dan menerima lelaki itu sebagai suami secara keseluruhan. Sebab itulah ada tempoh bertunang untuk memberi peluang dan kesempatan membina persiapan dan mencari keserasian. Seorang suami bermakna pemimpin. Adalah salah merelakan diri dikahwini sedangkan tidak rela untuk tunduk dan hidup di bawah kepimpinan. Semula jadinya, lelaki dilebihkan dalam banyak hal dalam oleh agama kita. Mengapa? Sebab lelaki diberikan tugas serta tanggungjawap yang cukup besar di hadrat Allah kelak. Semua kesalahan isteri akan tertanggung di bahunya jika dia tidak mengajar, gagal menegur mahupun memimpin dengan baik. Maka itulah dia diberikan hak dan kuasa sesuai dengan tanggungjawab yang mesti dipikulnya itu. Lelaki memimpin wanita bukan sahaja berlaku pada manusia, bahkan pada haiwan. Lihatlah bagaimana haiwan jantan memimpin yang betina. Jika ada sekumpulan itik jantan dan betina, maka itik jantan yang memimpin berpuluh-puluh itik yang mengiringinya. Dalam sekumpulan gajah juga begitu dan seterusnya.
Sebenarnya semua orang adalah pemimpin, seperti sabda Rasulullah SAW, "Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin." (Hadis Riwayat Muslim, hadis no. 1829 dan Imam Al-Bukhari, hadis no. 4789)
Pulihkan suami

Bagaimana pula hendak memulihkan suami yang ‘lemah’, hilang daya untuk bertindak seperti pemimpin yang boleh diharap ini? Umum ketahui, sebahagian besar daripada punca lemah tenaga batin adalah disebabkan oleh MENTAL. Apabila minda menerima rangsangan negatif berterusan, ia menyumbang pada hilang kepercayaan diri, seterusnya ini mengakibatkan ‘hilang bisa’ yang lebih kronik. Soal kekuatan dalaman ini banyak dipengaruhi oelh keyakinan diri atau dalam istilah lain kejantanan yang benar-benar jantan. Seorang isteri mampu memulihkan suaminya dengan pendekatan psikologi.
Ingatlah empat perkara yang menimbulkan cinta:
Muka jernih
Suka menolong
Sudi menghindarkan selisih faham dan
Menjauhi munafik
Empat yang mesti dijaga:
teguh manjaga kehormatan
redha menerima sedikit
berbuat kebajikan setiap hari
memelihara lidah
Manakala empat yang membawa keuntungan hidup:
Benar perbicaraannya
Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
Baik budinya dan
Suka berterima kasih
TOLERANSI dan saling percaya adalah resipi terbaik percintaan
Dalam meneliti punca utama lahirnya sikap sebegini, queen control berlaku apabila si isteri mula melihat kelemahan suami dan merasakan dirinya lebih dominan. Tambahan apabila sejak lahiriah lagi si suami memang suka beralah untuk mengelakkan berlakunya ketegangan. Sebenarnya, suami bukanlah takut pada isteri yang begini, tetapi semata-mata malas hendak memanjangkan perkara kecil atau untuk mengelakkan perbalahan atau pertengkaran yang tercetus. Lebih-lebih lagi jika suami terpaksa bergantung nasib kepada isteri, misalnya dalam hal penyediaan makan minum, taraf pekerjaan yang rendah berbanding isterinya, soal pemberian penjagaan anak-anak dan rumah tangga, bahkan soal pendapatan. Pengaruh mertua juga turut menyumbang ke arah kewujudan sikap sebegini. Dalam soal jolokan wanita queen control ini juga, mereka tidak mahu rasa tercabar dengan kedudukan yang lebih tinggi daripada pasangan. Sekaligus tidak mahu berasa rendah diri atau wujudnya jurang perbezaan di antara dua pihak, sehingga menjadi perbualan ramai. Kita bimbang jika keadaan ini dibiarkan berlaku, ia boleh mengancam institusi perkahwinan itu sendiri. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat.Adakah ia kesilapan daripada sikap lelaki itu sendiri sehingga membuatkan wanita bersikap mengongkong? Dalam kebanyakan kes, ia MEMANG silap si suami itu sendiri. Sikap beralah itu baik, tapi usah terlalu memberi muka, akibatnya nanti hilang kredibiliti diri! Isteri yang lebih dominan harus beri suami peluang untuk mengeluarkan idea, seterusnya membuat keputusan. Isteri patut patuh selagi idea-idea itu munasabah untuk diikuti dan berikan cadangan-cadangan anda tanpa menampakkan pertentangan yang ketara.Suami adalah pemimpin, ketegasan itu kadang-kadang perlu supaya si isteri tidak terbabas memiliki sifat yang salah. Realitinya, lelaki akan berasa cepat jemu sekiranya ia berterusan. Lelaki seperti ini lebih rela menjalani hidup sedemikian rupa atas sebab kasih sayang yang besar sebagaimana digambarkan oleh watak Re (Tompel) dalam filem Do Re Mi. Terpulang kepada bentuk control daripada wanita itu sendiri. Jika wanita bersikap queen control kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki tidak akan berasa jemu malah tidak mustahil lelaki akan berasa lega dan berlapang dada dengan pertolongan besar si isteri.
Panduan bagi lelaki berhadapan dengan wanita queen control:

Lihatlah keserasian, kenali peribadi masing-masing dulu, sebelum ambil keputusan untuk bercinta, bertunang seterusnya berkahwin.
Terdapat pelbagai cara untuk melihat keserasian dan mempelajari psikologi serta peribadi manusia, misalnya melalui bulan kelahiran, warna kegemaran, heiriki keluarga dan juga latar belakang pendidikan.
Rangsang diri anda dengan sedikit ketegasan.
Jangan membiarkan isteri bergelumang dengan dosa bersikap queen control terhadap insan bernama suami.
Pamerkan sikap suami/lelaki yang sebenar dalam meniti kehidupan berumahtangga, bukan bermaksud harus berkasar atau memukul, sebaliknya buktikan sikap sebenar seorang suami.
Islam telah menetapkan wanita wajib menghormati dan patuh kepada suami. Ketegasan suami sangat penting bagi seorang pemimpin.
Sekiranya si wanita itu tidak menunjukkan sebarang perubahan maknanya, walaupun sudah masuk ke alam perkahwinan, suami berhak menegur isterinya atas apa jua sikap yang tidak disenanginya. Ini kerana, sikap isteri yang menyenangkan adalah pahala untuk dirinya.
Jika tidak senang dan redha dengan sikap isteri, si suami hendaklah meluahkan rasa tidak senang itu dengan cara mengasingkan tempat tidur.
Diolah semula dari sumber: Kosmo!

5 DON’TS when you are sleeping

  1. DON’T SLEEP WITH WATCH
  2. Watches can emit a certain level ofradioactivity. Though small, but if youwear your watch to bed for a longtime, it might have adverse effects onyour health.
    DON’T SLEEP WITH BRA
  3. Scientists in America have discoveredthose that wear bras for more than 12hours have a higher risk of gettingbreast cancer. So go to bed without it.
    DON’T SLEEP WITH PHONE
  4. Putting the phone beside your bed oranywhere near you is not encouraged.Though some of us will use phones asalarm clocks, but pleaseput the phone as far as possible.Scientists have proved that electricalitems including mobile phone andtelevision sets emit magnetic waves whenused. These waves can causedisruptions to our nervous system.Therefore if you need to put your mobilephone near you, switch it off first.
    DON’T SLEEP WITH MAKE UP
  5. People who sleep with make up mighthave skin problems in the long run.Sleeping with make up will cause theskin to have difficulty in breathing andproblem in perspiring You will also needa much longer time to go into deep sleep.
    DON’T SLEEP WITH OTHER PEOPLE’S WIFE
  6. You may never wake up again

Tuesday, December 2, 2008

Fuel prices down another 10sen

PETALING JAYA: The retail price of petrol and diesel will go down another 10sen effective Wednesday.
The new price of RON97 petrol would be RM1.90 per litre down from RM2.00, while RON92 petrol and diesel would be down to RM1.80 from RM1.90 per litre, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said in a statement released at about 5pm on Tuesday.
“As the world fuel price has had a sharp decrease lately, the Government has decided to once again reduce the retail price for the public’s benefit,” he said.
This is the fifth time petrol and diesel prices had been reduced since Malaysian petrol retail prices hit a high of RM2.70 per litre in June.

AMBILLAH WAKTU

  1. Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
  2. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
  3. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
  4. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
  5. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
  6. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
  7. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
  8. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
  9. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
  10. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.