TRAVELBLOG

3D 2N AT TIOMAN ISLAND

Trip StartFeb 01, 2011
1
5
9
Trip EndFeb 05, 2011

5
Map data ©2011 MapIT - Terms of Use


Map Options
shadow
Flag of Malaysia  Pahang
Thursday, February 3, 2011
HARI PERTAMA

Pada awal pagi jam 7, kami bertolak menaiki feri dari Mersing dan terus ke Kg Tekek. Kami tiba dalam jam 9.30 pagi dan terus check in di Berjaya Tioman Suites. Setelah itu kami terus ke pantai bergambar dan makan tengahari. Kemudian setelah semua keletihan, kami ke kolam mandi melayan kerenah anak2 nak mandi kolam dan balik ke resort dalam pukul 2 petang. Terus terlelap sampai jam 6 petang dan kembali ke pantai bermain ombak. Sungguh indah suasana petang itu. Setelah itu pada malam harinyer kami keluar makan malam di seafood berhadapan resort kami.

HARI KEDUA

Hari kedua setelah sarapan kami memulakan tour ke Marine Park dahulu sebelum ke Kg Juara di sebelah pantai timur tioman yang mana pantai nyer panjang dan cantik. Laut kebiruan dan ombaknyer yang baik sekali membuatkan kami berendam begitu lamasantai petang
santai petang
. Semuanyer seronok bermain ombak dan juga pasir di pantai. Setelah makan tengahari kami rileks sekejap sebelum ke Waterfall dan berendam dalam air yang dingin sekali. Jam 5 ptg kami bertolak balik ke Kg Tekek untuk makan petang dan seterusnya balik ke Resort dan aktiviti biasa mandi kolam. Malam kami kelua rmakan lagi di seafood restoran.

HARI KETIGA

Anak-anak semua bangun awal bersiap nak ke kolam. Aku dan Talib turut serta sambil mengambil gambar2 di sana. Setelah tgh kami semua bersiap untuk makan tengahari dan dalam jam 3.30 petang kami bertolak balik ke Jeti Kg Tekek untuk naik feri ke Mersing. Dalam jam 7 malam kami tiba di jeti Mersing dan teru asmemandu pulang ke Kuala Lumpur melalui Rompin dan singgah makan malam di Tg Gemuk dalam jam 10 malam. Dan seterusnye meneruskan perjalanan dan tiba di KL jam 4 pagi.

Slideshow Print this entry