Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

TERIMA KASIH SEMUA!!!


Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mencuba product cheese powder, fried chicken powder dan serbuk ayam goreng berempah. Akan datang pelbagai product berasaskan serbuk/rempah akan berada di pasaran!!! tungguuuuuuuu...sedang berusaha mendapatkan serbuk nasi beriani gam dan serbuk BBQ... Sila like page baru untuk mofabisa product di http://www.facebook.com/mofabisaproduct . And aboleh mendapatkan pelbagai product dan services di sini..Selamat Datang..

Monday, February 13, 2012

BERCUTI DI PD 11-12 FEBRUARI 2012

Pada 11-12 Februari lepas kami sekeluarga pergi bercuti di Port Dickson. Tempat penginapan kami adalah di PD Perdana Condo Resort terletak tidak jauh dari susur keluar ke Teluk Kemang, PD. Kami memulakan perjalanan daripada Puchong dalam pukul 11.30 pagi dan sampai di PD dalam pukul 12.30 tengahari. Kami terus menuju ke Avilion Water Chalet untuk menghantar Junaidah yang berkursus di situ selama 2 hari. Sejurus itu kami terus ke PD Perdana. Tiba saja di sana Aliff dan Athirah terus terjun ke dalam kolam untuk bersantai sehingga petang. Dalam pukul 5 petang aku dan Aliff ke Pasar Malam di sana untuk membeli sedikit bahan untuk memasak di dalam bilik. Sebelah malam kami semua ke Avillion PD untuk melihat suasana malam yang cantik di sana di atas “water chalet” yang didiami oleh June. Balik saja ke PD Perdana semua keletihan dan terus tidur.

Hari kedua selepas sarapan pagi, kami ke Desa Condo Resort yang terletak di sebelah Avillion Admiral Cove. Kami ke sana kerana Fendy dan family berada di sana untuk Family Day Leen. Apalagi ketiga-tiga anak aku mandi le dalam kolam di sana. Dalam pukul 12 tengahri kami semua termasuk Fendy dan Family bergerak ke Avillion Water Chalet untuk bersantai di sana sambil menunggu Juen tamat kursus. Kami makan tengahari di sana dengan juadah yang enak-enak. Dalam pukul 2 petang barulah kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Kami singgah sebentar di rumah Fendy di Nilai 3.

Tiba di rumah kira-kira jam 5 petang.

Mofabisa Alkasia

13.2.2012






Wednesday, February 8, 2012

DINNER 8.2.2012 ♥


































Haa...dah siap makan pun..ini gambar nyer yang sempat di ambil masakan malam ini iaitu Ikan Keli Bercili, Sayur Sawi Tumis dan Sup Tulang serta mangga pembuka bicara..hehe...macam biasa abah dan aliff malam ni memasak untuk santapan keluarga...

Thursday, February 2, 2012

MOFABISA's CHEESE POWDER / SOS KEJU



Description
MOFABISA's CHEESE POWDER / SOS KEJU
SOS KEJU INI SAMA RAS ADENGAN YANG TERDAPAT DI KFC BILA MAKAN CHEEZY WEDGES....

SETIAP PEK 200g harga RM15

KANDUNGAN:
Susu Padat, Modified Starch, maltodekstrin, Dextrose, Garam, Mineral Garam, Sayuran Serbuk, Keju Padat, Flavour Enhancer, Lemak nabati, Glukosa Cair Padat, Makanan Asam, Flavourings, Mineral Garam, Rempah-rempah, Ekstrak Ragi, Agen Anti-caking, Spice Extract, colour

CARA-CARA:
1) Tambah 1 Premix bahagian untuk 2 bahagian air panas dan kacau rata.
2) Ungkapan terus sampai sos mengental ke konsistensi halus.

SIMPANAN
ketika belum dibuka, simpan di lokasi, bersih sejuk, kering.

*sesuai di makan dengan potato wedges, burger, nugget, keropok, ayam goreng, juga boleh di buat topping speggeti dan lain-lain.
*sesuai untuk jamuan

SIJIL PENGESAHAN HALAL JAKIM No.Siri 010653

PRODUCT OF MALAYSIA
Email
mofabisa72@gmail.com
Phone
011-15482692
Website
http://mofabisa.blogspot.com/
BBM PIN #22C7769B & 22725713
YM : aliff2006
GTALK : mofabisa72@gmail.com

BORANG PESANAN RUNCIT

BORANG PESANAN
http://www.emailmeform.com/builder/form/1xhCd0iea9WHbJ3afd

Sunday, January 22, 2012

LATA SEDIM TIME 22.1.2012

Hari ni pergi berkelah, bbq dan juga dusun buah-buahan di sedim, kedah..Sampai je terus bakar ayam dan ikan..sementara tu mandi manda dan kait buah buahan..ada durian, manggis, dokong, langsat, rambai dan rambutan..