Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

DINNER 8.2.2012 ♥


































Haa...dah siap makan pun..ini gambar nyer yang sempat di ambil masakan malam ini iaitu Ikan Keli Bercili, Sayur Sawi Tumis dan Sup Tulang serta mangga pembuka bicara..hehe...macam biasa abah dan aliff malam ni memasak untuk santapan keluarga...

Thursday, February 2, 2012

MOFABISA's CHEESE POWDER / SOS KEJU



Description
MOFABISA's CHEESE POWDER / SOS KEJU
SOS KEJU INI SAMA RAS ADENGAN YANG TERDAPAT DI KFC BILA MAKAN CHEEZY WEDGES....

SETIAP PEK 200g harga RM15

KANDUNGAN:
Susu Padat, Modified Starch, maltodekstrin, Dextrose, Garam, Mineral Garam, Sayuran Serbuk, Keju Padat, Flavour Enhancer, Lemak nabati, Glukosa Cair Padat, Makanan Asam, Flavourings, Mineral Garam, Rempah-rempah, Ekstrak Ragi, Agen Anti-caking, Spice Extract, colour

CARA-CARA:
1) Tambah 1 Premix bahagian untuk 2 bahagian air panas dan kacau rata.
2) Ungkapan terus sampai sos mengental ke konsistensi halus.

SIMPANAN
ketika belum dibuka, simpan di lokasi, bersih sejuk, kering.

*sesuai di makan dengan potato wedges, burger, nugget, keropok, ayam goreng, juga boleh di buat topping speggeti dan lain-lain.
*sesuai untuk jamuan

SIJIL PENGESAHAN HALAL JAKIM No.Siri 010653

PRODUCT OF MALAYSIA
Email
mofabisa72@gmail.com
Phone
011-15482692
Website
http://mofabisa.blogspot.com/
BBM PIN #22C7769B & 22725713
YM : aliff2006
GTALK : mofabisa72@gmail.com

BORANG PESANAN RUNCIT

BORANG PESANAN
http://www.emailmeform.com/builder/form/1xhCd0iea9WHbJ3afd

Friday, January 20, 2012

ALIFF MAKING DINNER 19.1.2012

Malam ni aliff belajar masak sayur sawi dan telur dada..Dia memang susah nak makan sayur tapi apabila dia masak semalam panas panas dia makan banyak. Dia kata sedap. Lepas ni kalau nak galakkan anak makan sayur suruh dia masak sendiri tentu dia makan punya.. Lepas makan dia terus lena dibuai mimpi indah.hehe..


Mula-mula aliff potong bawang besar

kemudian hiris bawang besar dan bawang putih halus halus

masuk dalam lesung batu tumbuk..x ajar dia pakai blender lagi..pakai lesung lagi best original

dah siap semua aliff tumis bawang bawang tu dalam kuali dengan sedikit minyak

selepas itu baru aliff masukkan daun sawi dan kacau hingga rata

dah siap..senangkan aliff...

telur yang telah dipukul opleh abah aliff nak goreng pulak

masukkan telur tadi dalam kuali dengan minyak..terbalikkan

dah pun siap masakan aliff hari ni

telur dadar yang digoreng aliff walaupun bercerai sedikit tapi xpe ini baru permulaan belajar

best sedap ni...
aliff potong telur dadar nak makan

hidangkan dengan nasi telur dadar, sayur sawi dan tomyam gading abah punya...

Thursday, January 12, 2012

IKAN PERKASAM LENGGONG



Ikan Pekasam Lenggong...goreng bawang besar , lada kering / cili padi ...pastu taburlah atas ikan pekasam yang dah digoreng garing tadi....sedap dinikmati bersama Masak Lomak Cili Padi...dan nasi panas..terangkat...

Siapa yang berminat nak buat sendiri seperti di bawah cara-cara dia:-

CARA MEMBUAT IKAN PEKASAM:

Cara buat ikan pekasam mempunyai teknologi yang mudah dan ringkas sahaja. Semua orang yang berminat tentu mudah faham akan teknonoli pengawetan ikan pekasam dirumah masing-masing. Peralatan sedia ada dirumah boleh digunakan dan cuma beli ikan, garam, beras hancur dan asam keping atau asam jawa. Anda boleh cuba sendiri cara berikut sehingga manjadi.

1. Bahan Asas : IKAN.
Biasanya orang buat ikan air tawar walau pun ada yang suka dengan ikan laut. Langkah pertama ialah ikan mesti di bersihkan dengan sebersih bersihnya. Pastikan segala isi dalam perut ikan mesti cuci sampai putih. Ini untu mengelakkan dari ikan busuk dan di hurung lalat. Ada yang mambuang kepala ikan untuk makan sendiri tetapi bagi tujuan komersil kepala ikan dikekalkan. Pemerhatian saya mendapati jika ada kepala ikan akan lebih menggalakkan lalat nak hinggap dan habitat terbaik bagi ulat.


2. Bahan : GARAM
Gunakan garam yang bersih sederhana halus. Sukatan garam disyorkan pada kadar satu kilogram ikan diberikan sebanyak seratus gram garam (Kadar 1,000 : 100). Jika tidak mahu masin sangat boleh kurangkan garam dan sebaliknya. Pastikan menggunakan garam yang berkualiti sahaja.

3. Bahan : BERAS
Beras perlu disangan atau digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga berwarna kekuningan dan rangup. Kemudian beras ini di tumbuk sampai sederhana lumat menggunakan lesung batu, lesung kayu atau alat mesin blender kering. Sukatan beras yang digunakan disesuaikan dengan kuantiti ikan dan garam serta air dalam larutan. Fungsi beras goreng ini adalah untuk mengekalkan kelembapan air garam dan meningkatkan citarasa ikan pekasam.

4. Bahan : ASAM JAWA ATAU ASAM KEPING
Asam jawa atau Asam Keping dicampukan dalam pembuatan ikan pekasam untuk mengekalkan rasa dan ikan tidak busuk. Ada orang kata yang beras yang kita letak pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian. Kajian mendapati bahawa asam keping lebih sesuai digunakan berbanding asam jawa kerana boleh dikeluarkan bila-ila masa. Laporan menunjukkan penggunaan asam jawa menyebabkan ikan pekasam jadi hitam selepas digoreng. Ini mengurangkan kualiti persembahan ikan pekasam.

Langkah Memproses Ikan Pekasam:
1. Ikan Air Tawar tadi di bersihkan sebersihnya dan kemudian masukkan garam dengan kadar anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas yang sesuai dan kemudian tutup bekas tersebut dan simpan ditempat selamat. Ada yang suka menyimpan dalam peti ais.

2. Setelah itu setelah cukup masa atau pada esok paginya siapkan tumbuk beras yang di sangan tadi dan gaul dengan ikan tadi tu. Pastikan campuran beras tadi lembab dicampur dengan air bersih. Saya dapati lagi banyak beras lagi akan nampak ikan pekasam menarik dan lebih sedap. Sebenarnya serbuk beras tadi nanti apabila ikan di goreng maka beras ni la jadi serbuk pekasam yang menambahkan keenakan ikan pekasam.

Beras di sangan sampai kekuningan.
Lepas tu tumbuk sederhana halus.
3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas dimana setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping. Pastikan susunan ikan dalam keadaan teratur dan taburan agak rata.

4. Masukkan air garam yang di simpan dengan ikan malam tadi. Sebelum tu masak dahulu air garam tersebut di atas api sederhana. Dah sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tu sehingga kesemua ikan tadi terendam.

5. Kalau ada lagi saki baki beras goreng bertumbuk tadi perlu tuang dalam bekas.

6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat.

7. Seminggu lepas tu try la masak ikan pekasam tadi.

MEREKA YANG BERMINAT BOLEH CUBA BUAT SENDIRI DIRUMAH!

IKAN PEKASAM...MASIN RASANYA...
DIIPERAH LIMAU...TAMBAH PERISANYA...
PEKASAM DI BELI...DARI PASAR RABUNYA...
BUAT SENDIRI ...LEBIH UNTUNG RASANYA...

AYAM GORENG OAT


Ha..ini salah satu resepi sihat yang aku cuba untuk kurangkan kadar kolestrol..

RESEPI AYAM GORENG OAT
resepi asal : mariamsayuti
olahan : frommyinside.blogspot.com

Bahan-bahan
6-8 ketul drumstick @ bhgn lain
1 sb serbuk kari
1 sk serbuk kunyit
lada sulah/serbuk cili
garam
2 sudu besar tepung beras@ tepung gandum
1/2 biji telur
Untuk Saduran
Oat secukupnya

Cara-cara
Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, lada sulah dan juga garam. Masukkan telur dan gaul rata. Masukkan pula tepung dan gaul.

Golek2an ayam tadi ke dalam oat dan goreng hingga garing dan masak.
Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran seperti sos cili, lada hitam, tomato atau sos keju atau enak juga dimakan begitu sahaja.

Wednesday, January 11, 2012

RESEPI SAYUR TAUGEH SIMPLE


Ha di sini aku nak bagi hangpa resepi simple sayur taugeh dan juga khasiatnya sekali...makan lah dengan byk ye..

RESEPI SAYUR TAUGEH SIMPLE

Bahan-bahan ( 5 orang makan )
1 ikat daun bawang-basuh&potong
3 genggam sayur taugeh-basuh
*1 ulas bawang putih,1 ulas bawang kecil &1 biji cili merah-racik
1 keping fish cake-potong nipis
Garam&sedikit air
Minyak utk menumis

Cara-cara
Panaskan kuali dgn sedikit minyak,tumis bahan2 bertanda *
Masukkan fish cake atau ayam atau udang (ikut suka kalau nak tambah) kalau vegetarian saja xyah tambah ..goreng seketika. Masukkan sedikit garam&air sampai ada bunyi slrrrrrrrrrr hehe. Masukkan taugeh dahulu kacau dan last sekali masuukan daun bawang dan chili. Gaul sehingga sayur masak. Siap.

* Ada juga orang masukkan daun kucai pun boleh..

KHASIAT TAUGEH MAMPU MENYEMBUHKAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT

Tapi tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur, sebenarnya mempunyai banyak khasiat. taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka. Saponi dalam taugeh, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur taugeh janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan taugeh hari-hari.

Monday, January 9, 2012

SUSU IBU


Makanan yang paling baik untuk bayi adalah susu ibu..

Berikut adalah panduan yang boleh diikuti ibu untuk penyusuan yang berjaya:
Amalan positif

* Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting. Dapatkan maklumat berguna mengenai penyusuan susu ibu ketika hamil;

* Yakinkan diri bahawa susu anda mencukupi untuk bayi;

* Susu bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu awal selepas kelahiran bayi;

* Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang baik dan selesa supaya tidak terasa lenguh dan mengelakkan masalah seperti sakit puting;

* Makan makanan seimbang dan minum air mencukupi;

* Ingatlah bahawa bekalan susu ibu bergantung kepada rangsangan. Lagi kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dihasilkan.

Amalan negatif

* Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi. Ingatlah, jika anda berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia, sudah anda pasti mampu memberi dan membekalkannya susu yang terbaik;

* Jangan berikan bayi anda susu botol tambahan atau air masak;

* Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu sehingga berusia empat hingga enam bulan;

* Cara menghisap puting botol dan puting buah dada adalah berbeza. Ini boleh mengelirukan bayi dan akan menggagalkan penyusuan susu ibu;

* Jangan menyusu dalam keadaan terburu-buru. Masa enam minggu pertama adalah masa latihan untuk ibu dan bayi. Masa ketenangan dan kesabaran akan menyelesaikan banyak masalah;

* Jangan bimbang apabila bayi membuang air besar. Adalah perkara biasa bayi yang diberi susu ibu kerap membuang air besar. Najis ini biasanya cair sedikit dan berwarna kekuningan.

Mulakan Makan Untuk Sihat




Siapa kata makanan sihat membosankan? Ianya perlu enak, segar dan makanan meal penuh untuk mencapai berat badan ideal anda. Makan secara sihat penting untuk umur panjang dan sihat.

Jika anda ingin mengubah tabiat pemakanan anda, mulakan dengan buah-buahan dan sayuran yang merupakan bahagian penting dalam gaya hidup sihat. Ia penuh dengan vitamin, antioksidan dan nutrisi yang membantu anda menurunkan berat badan, melambatkan proses penuaan dan memberi anda banyak tenaga.

Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran jadi anda boleh tukar-tukar pengambilannya. Mula dengan beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda suka. Kemudian perlahan-lahan tambah jenis yang baru. Ini mengelakkan anda jadi bosan dan membantu anda mendapatkan vitamin yang berbeza dan nutrisi.

Selanjutnya gantikan sumber protein berlemak dengan daging tanpa lemak, ikan dan kacang. Protein penting kerana ia membuat anda kenyang dan dapat menjadi cara yang bagus untuk mendapatkan zink dan omega-3 dalam diet anda.
Menghindari makanan berproses akan membantu anda mengurangkan berat badan. Gula putih dan tepung putih tidak memiliki nilai zat makanan, limitkan pengambilannya dalam diet anda. Ini akan menjadi cara yang mudah untuk mengurangkan jumlah pengambilan kalori anda.

Paling penting perlu diingat adalah mengawal kuantiti pengambilan makanan.Tidak kira seberapa sihat anda makan, jika anda makan terlalu banyak, sukar untuk mendapat berat badan yang sesuai.

Lihat pinggan, pastikan bahawa itu sebenarnya pinggan dan bukannya pinggan hidang, saiz pinggan yang terlalu besar menyebabkan anda sukar untuk mengawal jumlah makanan anda. Setengah dari pinggan anda mesti diisi dengan sayur-sayuran, satu perempat dengan protein dan satu perempat lagi dengan karbohidrat (sebaik-baiknya bijirin penuh).

Asam Rebus Ikan Kembung


Kebelakangan ini saya memang agak sibuk ….. tetapi tugas memasak harus diteruskan juga kerana ada 4 orang insan yang harus saya jaga perutnya!! Tak lama lagi 5...Bila dah sibuk tu, sudah tentu saya akan menyediakan menu yang paling senang untuk disiapkan!. Seperti lauk asam rebus ikan kembung.

Asam rebus kali ni lain sikit saya! cuba campurkan 3 biji tomato kisar sebagai salah satu ramuannya. Anak saya memang tak suka makan buah tomato dan saya terpaksa mengkreatifkan otak saya ni agar mereka mendapat khasiat Likopene yang terdapat didalam buah tomato. Likopene sangat baik dan berfungsi untuk mencegah dari mendapat penyakit kanser.

Hasilnya sangat memuaskan! Rasa asam rebus saya sangat enak dan sudah pastinya berkhasiat apa lagi bila anda taburkan sedikit daun ketumbar… rasanya ala-ala tomyam gitu….

Selamat mencuba menu yang senang ni………………….

Bahan-bahannya.

6 ekor ikan kembung ( dibuang perut dan dibersihkan)
3 biji buah tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1/2 inci kunyit
5 biji cili padi merah ( boleh ganti dengan cili merah jika tak suka pedas)
daun ketumbar
3 keping asam keping atau 3 sudu besar jus limau
garam, gula dan sedikit perasa.
1 batang serai ( option)

Cara penyediaan

1. Kisar buah tomato bersama bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan cili padi.
2. Satukan ikan, asam gelugur, serai, sedikit air dan bahan kisar dalan sebuah periuk. Masak di atas api.
3. Sesuaikan rasa garam, gula dan perasa dan bolehlah di angkat dan dihidangkan.
4. Taburkan sedikit daun ketumbar semasa menghidang.

Enjoy……..