Showing posts with label perjalananku. Show all posts
Showing posts with label perjalananku. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

MOFABISA's CHEESE POWDER / SOS KEJU



Description
MOFABISA's CHEESE POWDER / SOS KEJU
SOS KEJU INI SAMA RAS ADENGAN YANG TERDAPAT DI KFC BILA MAKAN CHEEZY WEDGES....

SETIAP PEK 200g harga RM15

KANDUNGAN:
Susu Padat, Modified Starch, maltodekstrin, Dextrose, Garam, Mineral Garam, Sayuran Serbuk, Keju Padat, Flavour Enhancer, Lemak nabati, Glukosa Cair Padat, Makanan Asam, Flavourings, Mineral Garam, Rempah-rempah, Ekstrak Ragi, Agen Anti-caking, Spice Extract, colour

CARA-CARA:
1) Tambah 1 Premix bahagian untuk 2 bahagian air panas dan kacau rata.
2) Ungkapan terus sampai sos mengental ke konsistensi halus.

SIMPANAN
ketika belum dibuka, simpan di lokasi, bersih sejuk, kering.

*sesuai di makan dengan potato wedges, burger, nugget, keropok, ayam goreng, juga boleh di buat topping speggeti dan lain-lain.
*sesuai untuk jamuan

SIJIL PENGESAHAN HALAL JAKIM No.Siri 010653

PRODUCT OF MALAYSIA
Email
mofabisa72@gmail.com
Phone
011-15482692
Website
http://mofabisa.blogspot.com/
BBM PIN #22C7769B & 22725713
YM : aliff2006
GTALK : mofabisa72@gmail.com

BORANG PESANAN RUNCIT

BORANG PESANAN
http://www.emailmeform.com/builder/form/1xhCd0iea9WHbJ3afd

Sunday, January 22, 2012

LATA SEDIM TIME 22.1.2012

Hari ni pergi berkelah, bbq dan juga dusun buah-buahan di sedim, kedah..Sampai je terus bakar ayam dan ikan..sementara tu mandi manda dan kait buah buahan..ada durian, manggis, dokong, langsat, rambai dan rambutan..






















Thursday, January 19, 2012

perhentian, rindu datang lagi~

perhentian, rindu datang lagi~
tiba-tiba terdengar2 panggilan pulau perhentian, hmm, alangkah indahnya kalau dapat memijakkan kaki ke sana semula. perhentian yang menenangkan jiwa, syoknya kalau dapat bermain2 dengan ikan2 yang friendly.. rindu sama kamu (merujuk kepada ikan, haha, apakah?)










Sunday, June 6, 2010

Catatan Perjalanan 2/6/2010 hingga 10/6/2010


Mulai 2/6/2010 aku kena travel tanpa henti ke beberapa negeri..dimulai dengan JB pad 2/6 aku bermalam di sana di sana (selesa hotel) kerana menghantar boss aku meeting di persada dan juga airport senai pada 3/6/2010..Petang itu juga aku bertolak balik ke KL dan tiba jam 9 malam. Balik ke rumah sekejap ambill aliff dan malamnyer jam 12.00tgh malam aku, aliff dan 2 orang dari JB bertolak ke Kangar Perlis kerana esoknyer 4/6/2010 ada klinik usahawan di Dewan Wawasan , Kangar sempena Karnival 1 Malaysia Halal. Kami tiba di Kangar jam 5.00 pagi dan terus ke Putra Palace untuk berehat seketika.



Dalam 2 petang kami terus ke tempat karnival.



Selepas habis event kami terus menjamu selera di Kuala Perlis dan terus balik ke hotel penginapan kami di Putra Palace.



Esoknyer 5/6/2010 kami awal pagi dah check out dan gerak ke Alor Setar nuntuk meninjau lokasi pengambaran tijarah ramadhan yg akan di adakan pada 10/6/2010..Setelah itu kami bergegas pulang ke KL.



Aku singgah di seberang jaya untuk menghantar aliff kepada June yg kebetulan balik kampung menghantar anak2 balik cuti sekolah. Singgah sebentar di petrosains di stesen petronas, seberang jaya. sambil menunggu june sempat juga ambil beberapa keping gambar di situ.







Setelah itu kami bertiga terus pulang ke KL. Tiba di KL lebih kurang jam 4 petang. Aku balik ke rumah sekejap untuk ambil pakaian balik semula ke kulim kerana esoknyer 6/6/2010 aku akan ke kota bharu melalui baling-gerik-jeli..aku bergerak lebih kurang jam 9 mlm dari kl. Singgah sebentar di Cht jering untuk berehat. Aku sampai di kulim dalam pukul 1.00 pagi. Aku terus tido kerana mata mengantuk sangat setelah beberapa hari dalam perjalanan...jam 11.00 pagi aku dan aliff serta athirah bertolak ke kota bharu..kami singgah di gerik isi minyak sekejap dan singgah di tasik banding untuk makan tengahari sambil mengambil beberapa gambar..memang cantik tempat ni..


Setelah itu aku meneruskan perjalanan ke kota bahru dan tiba di sana lebih kurang jam 4 petang. Penat rasanya setelah beberapa jam melalui bukit2 yang berliku dan jalan yang agak pusing..he he..Aku di sini sehingga 8/6/2010...sebelum meneruskan perjalanan ke Alor setar pada 9/6/2010

7/6/2010

Pagi-pagi bangun terus ke airport pengkalan chepa untuk ambik hj nizam..sarapan dulu di depan airport..kemudian melawat tempat letak kereta di airport dan bergambar sedikit..seperti di bawah..



Setelah hj nizam tiba kami terus ke kota bharu dan singgah di ani sup utara..lepak kejap..aliff dan tirah dok layan laptop masing -masing



Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke KTC (Kelantan Trade Centre) tempat di mana seminar diadakan. Beberapa agensi turut terlibat dalam seminar ini.







Setelah tamat je events, hj nizam ajak pergi ke pasar siti khadijah makan sotong lenyek..sedap..




Setelah itu sampai masa hantar hj nizam ke airport untuk dia pulang ke KL dan balik JB esok.. 9hb nanti jumap di alor setar..Selepas menghantar beliau..aku dan anak2 singgah di tepi airport untuk bergambar sekitarnya..ramai yg lepak-lepak menanti ketibaan kapal terbang rupanyer..lihatla aksi aliff dan tirah..




Dah penat dah kami pulang ke hotel dan keluar makan..aku nak rasa paprik belut..sedap..aliff dan athirah pun makan sampai licin..depa kata sedap macam ayam tapi lagi sedap..mulanyer takmo dah rasa nak lagi...






8/6/2010 - Perjalanan pulang dari Kota Bharu ke Kulim

Pagi2 lagi aku dah kejutkan aliff dan athirah sebab nak pulang awal ke kulim sebab esoknyer nak ke Alor Setar pulak sampai 10/6/2010..Ada shooting di Gunung Keriang untuk program Tijarah Ramadhan. Dalam Perjalanan pulang singgah lagi di tasik banding..







9/6/2010 - Perjalanan Ke Alor Setar, Kedah

Crew penerbitan yang diketuai oleh opie zamie dan yassin menghubungi aku yang mereka sampai di sana dlm am 10 pagi. Setelah mereka tiba aku membawa mereka ke lokasi pengambaran.







Dalam pukul 1.00 tgh aku bergegas ke Airport sambil singgah di beberapa lokasi seperti pusat sains negara gunung keriang, stesen keretapi alor setar, dataran star dll...tepat jam 2.30 ptg baru en hanizam turun dari flight dan kami terus ke lokasi pengambaran. Setelah habis kami bergerak ke tempat penginapan kami di Holiday Villa, Alor Setar.









bersambung....