inside my head, inside my heart, inside myself, inside of me... 在我的頭上,我的心裡面,裡面我自己,在我心裡
Saturday, August 18, 2012
Wednesday, June 13, 2012
Thursday, May 10, 2012
TEPUNG GORENG AYAM RANGGUP ORIGINAL ATAU SPICY
TEPUNG GORENG AYAM RANGGUP ORIGINAL ATAU SPICY
MFC8-250
RM 8.00
Size: 250g
Potong ayam, gaulkan dengan sedikit tepung ini dan perap sekejap. Kemudian masa nak goreng salut bahagian atas dengan ttepung ini sedikit. Kemudian goreng dengan minyak panas dan perlahankan api sehingga masak di dalam. Lebih elok dimasak dalam deep fryer.
MASHED POTATOES WITH GRAVY SAUCE
MPP16-300
RM16.00 per set iaitu 100gm gravy sauce mix dan 200 gm mashed potatoes mix (99% original potatoes)
PENYEDIAAN:-
GRAVY SAUCE
Cuma tambah air suam & kacau sebati.
Sesuai untuk MASHED POTATO GRAVY or CHICKEN CHOP GRAVY or GRIILED CHICKEN dan juga toppings utk AYAM GORENG.
MASHED POTATOES
Features and Benefits
• Consistent quality and taste every time
• Made with real potatoes to create a creamy taste
• Quick and simple to prepare, perfect for busy kitchens
• High yield per pack for effective portion and cost control
• HALAL certified
• Ideal for busy kitchens for speed, or quieter service as you can cook to order
• Perfect as a back-up or cost effective alternative to real potatoes
• 97% Fat Free
Preparation
1. Add boiling water & stir well
2. Serve or keep warm in a bain marie.
OR
1. Bring the required quantity of water to the boil.
2. Turn off heat, sprinkle in Mashed Potato Mix and whisk until smooth.
3. Serve or keep warm in a bain marie.
Note: Add less water to create a firmer mash or extra water if a smoother mash is required.
Serving size: 20g (dry) makes approx. 100g mashed potato as consumed.
so 200g makes 1000gm la...
www.mofabisaproduct.weebly.com
MFC8-250
RM 8.00
Size: 250g
Potong ayam, gaulkan dengan sedikit tepung ini dan perap sekejap. Kemudian masa nak goreng salut bahagian atas dengan ttepung ini sedikit. Kemudian goreng dengan minyak panas dan perlahankan api sehingga masak di dalam. Lebih elok dimasak dalam deep fryer.
MASHED POTATOES WITH GRAVY SAUCE
MPP16-300
RM16.00 per set iaitu 100gm gravy sauce mix dan 200 gm mashed potatoes mix (99% original potatoes)
PENYEDIAAN:-
GRAVY SAUCE
Cuma tambah air suam & kacau sebati.
Sesuai untuk MASHED POTATO GRAVY or CHICKEN CHOP GRAVY or GRIILED CHICKEN dan juga toppings utk AYAM GORENG.
MASHED POTATOES
Features and Benefits
• Consistent quality and taste every time
• Made with real potatoes to create a creamy taste
• Quick and simple to prepare, perfect for busy kitchens
• High yield per pack for effective portion and cost control
• HALAL certified
• Ideal for busy kitchens for speed, or quieter service as you can cook to order
• Perfect as a back-up or cost effective alternative to real potatoes
• 97% Fat Free
Preparation
1. Add boiling water & stir well
2. Serve or keep warm in a bain marie.
OR
1. Bring the required quantity of water to the boil.
2. Turn off heat, sprinkle in Mashed Potato Mix and whisk until smooth.
3. Serve or keep warm in a bain marie.
Note: Add less water to create a firmer mash or extra water if a smoother mash is required.
Serving size: 20g (dry) makes approx. 100g mashed potato as consumed.
so 200g makes 1000gm la...
www.mofabisaproduct.weebly.com
BROWN SAUCE POWDER MIX
BROWN SAUCE POWDER MIX
MBS16-200
RM 16.00
Size: 200g
Preparation
1. Bring 2 tablespoon OR the required quantity of BROWN SAUCE POWDER MIX with 1/2 cup of water to boil.
2. Turn off heat, whisk until smooth.
3. Serve or keep warm.
Serving Suggestions
1. Serve with MEATBALLS.
2. Serve with STEAK.
3. Serve with CHICKEN CHOP.
www.mofabisaproduct.weebly.com
BREAKFAST 10/5/2012
Assalammualaikum dan selamat pagi semua..sarapan ringkas pagi ni mashed potatoes, fries dan cucur jagung serta coleslaw dressing sauce...
tazkirah : tanggungjawab isteri yang hakiki
Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa perempuan itu dua macam iaitu perempuan yang kebiasaannya mempunyai pembantu (khadam) dan perempuan yang tidak mempunyai pembantu. Oleh yang demikian menurut mazhab Syafi‘è tidak wajib menyediakan pembantu bagi isteri jika suami tidak mampu. Walau bagaimanapun suami dituntut menyediakan pembantu jika isteri dari keluarga yang kebiasaannya mempunyai pembantu. (Raudhah At-Talibin: 6/453-455) Dalam hal ini, suami juga dituntut (wajib) membayar nafkah bagi pembantu tersebut seperti bayaran gaji, makan minum dan pakaian (sekali setiap enam bulan). (Raudhah At-Talibin: 6/453-455)
Pekerjaan yang wajib dilakukan oleh seorang pembantu isteri itu hanyalah mengenai hal-hal yang khusus dan diperlukan oleh isteri sahaja seperti menyediakan makan minum isteri, membasuh pakaian isteri, memasak makanan isteri dan mengangkat air untuk mandian dan untuk minuman.
Ada ulamak menyebutkan bahawa kerja-kerja harian di dalam rumah seperti memasak makanan suami dan mencuci pakaian suami, bukanlah menjadi kewajipan isteri dan pembantu tersebut; isteri hanya boleh melakukannya secara sukarela, bahkan ia adalah tugas suami sendiri atau ditangani oleh orang lain dengan cara upah dan sebagainya. (Al-Majmuk: 19/369 & I‘anah At-Thalibin: 4/114-115). Hukum ini adalah hasil ijtihad ulamak dan ia bertentangan dengan urf atau kebiasaan dalam masyarakat. Sedangkan urf dan kebiasaan itu boleh dipakai dalam menentukan dan menetapkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya, tetapi bukan sebagai kewajipannya yang mutlak.
Beberapa alasan berikut juga boleh dijadikan hujah:
1. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman kepada para isteri yang tafsirnya, “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 228)
Sebahagian ulamak tafsir menta’wilkan ayat di atas, supaya para isteri berkhidmat dengan baik ke atas para suami sepertimana para isteri berbuat taat kepada suami mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. (At-Thabari: 2/613-614)
Pengarang kitab Fatawa Mu‘asyirah ada menyebutkan mengenai maksud perkataan al-makruf dalam ayat di atas, beliau berkata yang maksudnya,“Khidmat seorang isteri kepada suaminya adalah makruf (kebaikan). Adapun membuat perempuan (isteri) itu bersenang-senang sementara lelaki melaksanakan urusan rumah seperti menyapu, mengisar gandum, menguli tepung, membuat roti, membasuh … (lain-lain lagi), bukanlah perkara yang makruf, (kerana) lelaki itu bekerja dan membanting tulang di luar rumah, maka demi keadilan sewajarnya wanita berperanan melaksanakan tugas-tugas rumah tersebut. (Fatawa muàsyirah: 1/506)
2. Suami adalah qawwam (pemimpin) dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap isteri sebagaimana disebutkan dalam firman Allah Ta‘àla yang tafsirnya, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita.” (Surah An-Nisaa’, ayat 34)
Oleh yang demikian, isteri hendaklah menjaga kepentingan suami. Maka jalan yang serasi dan bermuafakat dengan adat dan budaya orang Melayu ialah isteri bertanggungjawab dengan kerja-kerja rumah manakala suami pula hanya membantu. Tidaklah menjadi kesalahan, jika ada suami yang berminat dan bersedia melakukan kerja-kerja di rumah seperti kerja-kerja memasak, mengasuh anak dan menjahit pakaian sendiri, kerana Rasulullah SAW juga melakukan perkara-perkara tersebut, sementara isteri pula bekerja di luar seperti berniaga dan sebagainya di atas kerelaan suami isteri.
3. Terdapat beberapa riwayat yang menyatakan kehidupan harian Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai suami dan isteri, yang masing-masing itu memberi khidmat dan bantu membantu antara satu sama lain; Rasulullah SAW dalam membantu dan menolong ahli keluarga Baginda telah dijadikan contoh tauladan oleh umat manusia. Baginda sebagai seorang Rasul sekaligus sebagai pemimpin negara tidak camah mata kepada ahli keluarga Baginda.
Ini terbukti dalam satu riwayat daripada Al-Aswat bin Yazid katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kerjakan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda sentiasa melayani isterinya yakni membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Baginda pun keluar untuk sembahyang (ke masjid).” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Hadis diatas disokong lagi oleh hadis-hadis lain yang menceritakan Baginda SAW sendiri membuat kerja-kerja rumah seperti menjahit baju, mencuci pakaian, menampal kasut, memerah susu dan lain-lain, sebagaimana riwayat daripada Hisyam bin ‘Urwah daripada seorang lelaki katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda sendiri telah menjahit baju dan menmpal kasut atau seumpama ini.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam riwayat yang lain yang maksudnya, “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda sendiri menjahit bajunya dan menampal kasutnya, dan Baginda juga membuat pekerjaan yang dibuat oleh kebanyakkan orang lelaki (suami) di rumah-rumah mereka.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam riwayat yang lain lagi yang maksudnya, “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda adalah manusia seperti manusia biasa di mana Baginda sendiri membersihkan (mencuci) pakaiannya, memerah susu kambing dan membuat kerja-kerja (yang lain) untuk dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Ahmad)
Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah bahawa mengurus rumah dengan membantu para isteri itu adalah sunnah Rasulullah SAW, dan amalan tersebut bukanlah sebagaimana anggapan sebahagian orang awam sebagai “queen control”. Maka perbuatan tersebut hendaknya dikekalkan demi kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga.
Islam sangat menggalakkan umatnya bantu-membantu dan tolong-menolong antara satu dengan lain lebih-lebih lagi suami isteri. Dalam perkara tolong menolong dan bantu membantu ini Allah Ta‘àla telah menjelaskan dalam firmanNya yang tafsirnya, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa.” (Surah Al-Maidah, ayat 2)
FirmanNya yang lain yang tafsirnya, “Dan mereka pula bersegera pada membuat dan mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya) adalah dari orang-orang yang salih.” (Surah Ali Imran, ayat 114)
Perkara sedemikian juga bersesuaian dengan budaya masyarakat Melayu iaitu kerja-kerja berat biasanya menjadi kewajipan suami manakala kerja-kerja ringan biasanya menjadi kewajipan isteri.
Berdasarkan penjelasan yang telah dihuraikan di atas, dalam apa jua keadaan suami mempunyai satu darjat kelebihan ke atas seorang perempuan (isteri), kerana suamilah yang berkuasa mengawalnya dan memberi mereka nafkah, sebagaimana firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya, “Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isteri-isteri) .” (Surah Al-Baqarah, ayat 228)
Kesimpulannya, seorang isteri adalah menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakannya dengan cara yang baik, maka begitulah juga suami menanggung kewajipan terhadap isterinya yang wajib dilaksanakannya dengan cara yang baik juga, sebagaimana dijelaskan oleh Allah Ta‘ala dalam firmanNya yang tafsirnya, “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (tidak dilarang oleh syarak).” (Surah Al-Baqarah, ayat 2
MENU MAKAN MALAM 9/5/2012
Cooking time for dinner....chicken chop, with brown sauce, mashed potatoes witg gravy sauce, fries with cheese powder..yummy...
Pandai Memasak Juga Sunnah
Salam wbt.
Umum diketahui Saidatina Khadijah r.a. pandai memasak dan menguruskan suaminya, Rasulullah SAW. Begitu juga Saidatina Aisyah r.a. Jadi, dengan kata lain, jika nak jadi wanita yang solehah, memasak itu perlu tahu samada asas atau expert dalam menguruskan rumahtangga. Namun dicatatkan juga dalam sirah, Nabi SAW adalah seorang suami yang suka menolong isteri-isterinya memasak di dapur. Jika Nabi SAW tidak pandai memasak, mustahil Nabi SAW mampu membantu isterinya. Nabi SAW biasa hidup berdikari tanpa ibu dan ayah. Mustahil Nabi SAW menyusahkan orang lain dengan pekertinya yang mulia. Jadi, tidak mustahil Nabi SAW pandai memasak. Secara logiknya begitulah.
Rasulullah SAW juga manusia biasa, namun bukan suami biasa.
Amrah meriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Aisyah, "Apakah yang dilakukan Rasulullah saw di dalam rumah?" Aisyah menjawab, maksudnya: "Rasulullah saw adalah manusia biasa; beliau merendam pakaian, memerah susu domba, dan melayani dirinya sendiri." (HR Tirmizi, Bukhari, dan Ahmad)
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Saidatina 'Aisyah r.a. menceritakan: "Kalau Nabi SAW berada di rumah, Baginda selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, Baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah Baginda pulang pada waktu pagi. Baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra Aisyah yang bererti kemerah-merahan) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa, wahai Rasulullah." Rasulullah SAW lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Itu Rasulullah SAW. Kalau kita, tentu dah hangin atau hilang sabar, mengeluh-ngeluh, bercakap tentang duit dan macam-macam lagi.
Bahan-bahan dapur Rasulullah SAW.
Tapi, bahan-bahan di dapur Rasulullah SAW tidak se'mewah' bahan-bahan masakan seperti di dapur kita. Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa di rumah Rasulullah SAW pernah tidak dinyalakan api untuk memasak makanan selama tiga bulan. Kemudian, hingga wafat Rasulullah SAW tidak pernah kenyang memakan roti dan minyak dua kali dalam sehari. Manakala makanan-makanan asasi rumahtangga Rasulullah SAW, Aisyah r.a. mengatakan, "Dua bahan makanan, iaitu air dan kurma, di samping ada seorang tetangga Rasulullah dari kaum Ansar yang memiliki binatang perahan. Mereka selalu memberi susu dan kami meminumnya."
Moral:
Belajarlah memasak samada lelaki dan perempuan jika nak kekalkan kebahagiaan rumahtangga atau untuk menimbulkan kasih mesra antara suami isteri. Jika tak pandai masak pun, tolong-tolonglah isteri masak. Tolong angkat periuk ke kuali ke, basuh pinggan mangkuk ke. Sebab itu semua sunnah. Buat yang sunnah dapat pahala. Pahala dapat, kasih bertambah. Untung berganda-ganda.
Banyak yang pertama di Taiping
|
SEJURUS memasuki sempadan Kuala Kangsar - Changkat Jering melalui Lebuh Raya Utara-Selatan Plus, suasana sekeliling mula bertukar mendung dan dingin.
Pemanduan dari Kuala Lumpur sejauh 270 kilometer itu mengambil masa kira-kira 3 jam 5 minit ternyata memenatkan.
Namun, semua itu terus dilupakan sejurus memasuki tol Changkat Jering, Taiping yang menjadi susur keluar tol selatan melalui lebuh raya dari Kuala Lumpur.
Wartawan Horizon teruja untuk meneruskan perjalanan kembara bagi mengetahui lokasi menarik yang terdapat di Taiping.
Suasana aman dan damai yang segera menyapa setiap tetamunya, ternyata sesuai bagi mereka yang ingin lari sebentar daripada kesibukan hidup di kota.
Sesuai dengan nama Taiping yang bermaksud aman selamanya dalam bahasa Hakka.
Taiping terletak di atas permukaan muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut.
Ia merupakan lokasi paling kerap menerima taburan hujan di negara ini iaitu sekitar 4,000 mm setahun. Lantaran itu juga keadaan muka buminya sentiasa lembap terutama di Taman Tasik Taiping. Namun begitu, keadaan tersebut tidak menyebabkan Taiping dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah barat.
Sesuatu yang paling menarik mengenai Bandar Warisan itu ialah landskapnya yang masih mengekalkan ciri-ciri peninggalan sejarah. Bangunannya bercirikan seni bina kolonial seperti utilitarian, neo-classical, palladian dan minnan.
Mengikut sejarah, Taiping dulunya dikenali sebagai Klian Pauh. Bandar itu menjadi tumpuan setelah penemuan bijih timah oleh Long Jaafar.
Kemakmuran dan kekayaan menerusi lombong bijih timah menyebabkan British telah membangunkan Taiping menjadi sebuah bandar pentadbiran yang serba lengkap. Namun pada 1937, kedudukannya sebagai ibu negeri telah berpindah ke Ipoh.
Rekod tertua Taiping
Hakikatnya, keistimewaan Taiping sebagai bandar warisan tidak boleh dipertikaikan lagi apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyenaraikan rekod 31 perkara yang terdapat di sana merupakan yang tertua di Malaysia.
Daripada muzium, tasik zoo, landasan kereta api sehinggalah pejabat pos dan telegraf pertama di Malaysia.
Di sinilah bermulanya landasan kereta api tertua iaitu menghubungkan Taiping dan Port Weld (Kuala Sepetang).
Begitu juga dengan muzium tertua yang dibina ketika zaman penjajahan British, zoo tertua (Zoo Taiping), pusat pemetaan atau pejabat topografi pertama negara dan sebagainya.
Oleh kerana itu, Taiping antara lokasi tarikan di Perak sebagai destinasi pelancongan.
Ketua Bahagian Pelancongan, Pendidikan dan Seranta MPT, Hanim Ramly, memberitahu, Zoo Taiping dan Safari Malam merupakan tarikan utama pelancong dari luar dan dalam negara bertandang ke Taiping.
“Pengunjung yang singgah ke Taiping pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melawat Zoo Taiping dan Safari Malam yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah,” ujarnya.
Tambahnya, pengunjung yang mengunjungi zoo itu berpeluang mempelajari dan menyaksikan kira-kira 1,300 ekor haiwan daripada lebih 200 spesies burung, reptilia dan mamalia yang dipamerkan dalam suasana semula jadi dan kurungan terbuka.
“Di sini pengunjung diberi kebebasan untuk mengambil gambar dan melihat haiwan-haiwan yang jarang kita temui dengan lebih dekat dalam habitat semula jadi mereka.
“Selain itu, pihak zoo turut menyediakan pakej pendidikan dengan harga murah untuk murid sekolah dan mahasiswa yang datang secara berkumpulan melawat zoo ini,” katanya.
Zoo terbuka
Sementara itu tambah Hanim lagi, bagi kumpulan pelancong dewasa mereka diberi pilihan mengupah seorang renjer zoo sebagai pemandu pelancong untuk memberi penerangan lengkap mengenai haiwan yang ada di zoo.
Lokasinya yang terletak di kawasan Taman Tasik Taiping dan berhampiran kaki Bukit Larut, memberi ruang kepada para pengunjung untuk ’bermesra’ dengan alam.
“Kawasan seluas 13.7 hektar daripada 40.5 hektar kawasan tasik telah dipilih pihak MPT untuk dijadikan zoo yang satu-satunya terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.
“Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambil kira habitat asal haiwan tersebut,” katanya.
Tasik terindah
Pemandu pelancong bagi syarikat R2 Travel and Tours, Anis Sabhee berkata, lokasi yang paling menarik dan hampir dilupakan ialah kewujudan landasan kereta api pertama Malaysia antara Taiping dan Pelabuhan Kuala Sepetang (dulu Port Weld) yang dibina pada tahun 1885.
Ketika itu katanya, kerajaan British telah membina landasan tersebut untuk memudahkan mereka mengangkut bijih timah ke Pulau Pinang dari Taiping.
“Pengunjung dapat menyaksikan beberapa monumen binaan landasan dan batu tanda serta bangunan usang sebagai bukti kewujudan infrastruktur yang dibangunkan British di sini.
“Kesemua ini dapat disaksikan di celah-celah bangunan dan kawasan penempatan penduduk di Port Weld atau jeti Kuala Sepetang,” katanya.
Kunjungan ke Taiping tidak sah jika anda tidak ke Taman Tasik Taiping yang dibuka pada tahun 1880. Merupakan tasik bekas lombong ia dicatatkan sebagai taman riadah dan rekreasi pertama dibuka di negara ini.
Berada di taman itu, pengunjung dapat menikmati pemandangan landskapnya yang indah, dihiasi pokok-pokok angsana berusia ratusan tahun.
Ia tidak mungkin dapat diperoleh di mana-mana lokasi lain kerana usia ratusan tahun itu tidak mampu ditukar dengan 1,000 pokok bunga sekali pun.
Selain 10 kolam besar, tasik tersebut juga lengkap dengan kemudahan tandas, laluan berjoging dan pondok berehat.
Selain itu, Bukit Peranginan Maxwel atau Bukit Larut (1870) juga menyamankan. Untuk sampai ke puncak yang ketinggiannya 1,250 meter dari paras laut, pengunjung perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang disediakan.
Di samping kesemua tarikan wajib itu, banyak lokasi lain yang boleh diteroka pelancong.
Bagaimanapun, sedikit komentar membina penulis, dengan kekayaan warisan dimiliki Taiping pihak berkenaan seharusnya melipat gandakan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong luar.
Jika Melaka mampu mengajak pelancong asing singgah menghayati kesan sejarah lampau, kenapa tidak Taiping.
Subscribe to:
Posts (Atom)