Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda : "إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم) Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.” CARANYA : Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut : Rakaat pertama :
Rakaat kedua : Sama seperti rakaat pertama. NIAT SOLAT GERHANA الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan الكُسُوْف : Gerhana Matahari أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala. |
Khutbah Khas Gerhana Allah Subhanahu Wata'ala Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan segala kejadian. Dialah juga yang menjadikan apa yang ada di bumi seperti manusia, jin, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta menjadikan apa yang ada di langit seperti bulan, matahari dan sebagainya. Iaitu sebagai bukti keterangan yang nyata tentang kudrat, iradat, ilmu, kebijaksanaan serta pengurniaan nikmat dari Allah Subhanahu Wata'ala yang banyak dan luas yang mendorong supaya makhluk-Nya memuji dan bersyukur serta mengabdikan diri sebagai hamba dengan khusyuk dan tawaduk kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)
Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf. Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari. Hukum Solat Gerhana MatahariHukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan. Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu. Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik. Cara Solat Sunat Gerhana Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah ) Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri) Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut : Rakaat pertama 1. Niat solat Gerhana, Takbir 2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah 3. Rukuk 4. I'tidal 5. Baca Al-Fatihah dan surah 6. Rukuk. 7. I'tidal. 8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa. Rakaat kedua 1. Niat solat Gerhana, Takbir. 2. Baca Al-Fatihah dan surah. 3. Rukuk. 4. I'tidal, 5. Baca Al-Fatihah dan surah. 6. Rukuk. 7. I'tidal. 8. Sujud 9. Tahiyyat Akhir SEHUBUNGAN DENGAN ITU MASJID NEGARA AKAN MENGADAKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI SEPERTI MANA BERIKUT :-
ANDA BOLEH MEMBACA INFO LANJUT MENGENAI PERISTIWA GERHANA MATAHARI YANG AKAN BERLAKU INI DENGAN KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH :-
SUMBER INFO : PLANETARIUM NEGARA, MALAYSIA.
Marilah kita sama-sama menghayati dan menginsafi kebesaran Allah s.w.t dalam mengatur alam ini. Selain dari panduan maklumat dari pakar-pakar astronomi mengenai kejadian ini, sewajibnya kita membetulkan akidah dan iktikad di dalam hati kita bahawa Allah s.w.t itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dalam mengatur dan menguruskan langit dan bumi dan segala isinya. Mungkin ada sesuatu mesej di sebalik kejadian ini tanpa kita sedari. Maka sedarilah dan marilah kita sama-sama berfikir dan merenung sejenak dalam masa 24 jam yang kita ada setiap hari. Setiap saat yang berlalu menandakan usia kita semakin tua dan usia dunia juga lebih tua dari kita. Jika usia dunia amat sedikit maka usia kita teramat-amat sedikit dari usia dunia. Marilah sama-sama kita menunaikan solat Asar secara berjemaah dan seterusnya mengerjakan solat sunat gerhana matahari (kusuf) di Masjid Negara. Datanglah beramai-ramai ke Masjid Negara pada 26 Januari 2009 (Isnin) !!! | |||||||
|
__._,_.___