Saturday, April 18, 2009

Info Makanan Dan Kesihatan


Sumber Rujukan - Majalah Rapi Julai 2004 

 
BAWANG PUTIH/GARLIC 
Kaitannya Dengan Kesihatan Tubuh Badan 
Ada yg mengunyah bawang putih setiap hari bukan kerana ia enak, tetapi kerana khasiatnya. Khasiatnya telah ditemui dan disahkan kebenarannya dalam bidang perubatan sejak 1500 masihi lagi. Ia disebut-sebut oleh pakar perubatan sebagai ejen efektif terhadap pelbagai gangguan termasuklah sakit kepala, cacing dan masalah jantung serta peredaran darah. Bagi kaum Cina, bawang putih bertindak sebagai mengubati sakit dada serta melegakan pernafasan. Bagi kaum Yunani pula, bawang putih dikatakan dapat mengubati masalah penyakit kulit dan mengelakkan tanda-tanda penuaan. Ramai yang tidak menyukai bawang putih kerana baunya yang sangat kuat. Ini disebabkan kandungan "Allacin" yang bertindak sebagai antibakteria dan agen antiseptik. Ia bersifat mengurangkan keracunan dalam badan. Oleh itu ia merupakan agen terbaik sebagai pembersihan darah dan bertindak sebagai agen mencairkan darah. 

 
KETUMBAR / CORIANDER 
Bantu Melawan Bakteria 'Salmonella' 
Para pengkaji daripada Universiti California di Berkeley telah mengenal pasti sejenis sebatian yang terkandung di dalam ketumbar mampu membunuh bakteria "Salmonella". Kajian yang dijalankan olah Isao Kubo itu telah diterbitkan oleh Journal of Agricultureal and Food Chemistry, USA. Kubo mengenal pasti sebatian tersebut sebagai "dodecenal" yang terkandung di dalam daun ketumbar dan bijinya. Dalam ujian makmal yang dijalankan, dodecenal didapati mempunyai kesan dua kali ganda seperti ubat antibiotik yang biasa diberikan doktor untuk membunuh bakteria Salmonella, yang menyebabkan penyakit akibat makanan. Mereka juga mendapati bahawa ketumbar merupakan antibakteria semula jadi yang lebih berkesan daripada ubat 'gentamicin' untuk melawan Salmonella. 

 
KULIT KAYU MANIS / CINNAMON 
Atasi Senggugut 
Kulit kayu manis bersifat panas. Kerana sifatnya itu, ia mempunyai banyak manfaat kepada wanita. sifatnya yg panas baik utk memanaskan badan terutamanya untuk mengatasi masalah senggugut kerasa sifat panasnya boleh menghilangkan rasa sakit apabila pengecutan di dinding rahim yang kuat semasa pengeluaran darah haid setiap bulan. Selain itu, ia juga dapat melegakan kesakitan di bahagian ari-ari dan kaki. Khasiatnya akan lebih berkesan jika dijadikan minuman berserta campuran halia. Ia sangat sesuai bagi mengubati selsema serta melancarkan pengaliran darah. Kedua-dua herba ini juga sering kali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya di bahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang yang berpunca daripada kesejukan. 

 
KACANG BUNCIS / KIDNEY BEANS 
Bantu Turunkan Berat Badan 
Bagi yang bercadang untuk menurunkan berat badan, kacang buncis merupakan pilihan yang tepat tanpa perlu menyeksa diri. Kacang buncis enak dibuat sayur atau ulam mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekeluarga dengannya. Ujian makmal menunjukkan kacang buncis mengandungi serat-serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan secara semulajadi. Selain dapat menurunkan berat badan, sayur yang kaya dgn protein dan vitamin ini juga membantu menurunkan tekanan darah dan amat sesuai diambil oleh mereka yang menghidap penyakit kencing manis atau darah tinggi. 

 
CILI/CHILLIES 
Ubati Masalah Jantung 
Selain menjaga pemakanan dan merapikan penjagaan kesihatan, pesakit jantung juga boleh menggunakan cili sebagai langkah pengubatan. Cili mengandungi sejenis alkaloid yang dipanggil 'capsaicin' yang berperanan memberi perisa pedas kepada makanan. Walaupun pedas, ia berguna daripada aspek perubatan kerana ia bertindak sebagai bahan antioksida dan mengurankan kelekitan 'platelet' yang mampu mengubati penyakit kardiovaskular (penyakit jantung). Namun harus diingat jangan pula melebihkannya di dalam masakan dikhuatiri boleh menjadi penyebab kepada masalah lain seperti gastrik atau buasir. Kajian oleh MARDI juga mendapati bahawa selain baik untuk jantung, cili juga boleh mengurankan masalah sakit kepala. 

 
BARLI / BARLEY 
Kebaikan Beta-Glucan 
Pokok barli berasal daripada keluarga 'Gramineae'. Dikenali sebagai 'Hordeum Vulgarae' dari segi saintifiknya dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara barat. Kajian yang dilakukan oleh Uiversiti of Wisconsin telah menemukan bahawa 'endosperm' (kulit luar yang menyaluti biji) barli mengandungi 'beta-glucan' yang boleh mengurangkan kadar kolestrol. Barli juga sejenis bijirin yang kaya dgn protein dan vitamin E, banyak digunakan untuk membuat roti, minuman dan berbagai jenis makanan yang berkhasiat. Air rebusan barli baik untuk memulihkan tenaga bagi mereka yang baru sembuh daripada penyakit. Ia menyejukkan badan, melegakan sakit kerongkong dan amat berkesan untuk meredakan masalah perut meragam. Barli juga boleh menambahkan selera makan dan membantu proses penghadaman makanan. Ia digunakan dalam rawatan tradisional untuk melegakan penyakit bronkitis dan merupakan salah satu daripada ramuan-ramuan asas dalam penjagaan kulit muka. 

 
BADAM / ALMOND 
Pelbagai Khasiat 
Badam merupakan salah satu jenis kacang paling berkhasiat. Badam rendah lemak tepu (saturated fat). Satu kajian yang dijalankan oleh Loma LInda School of Public Healt menunjukkan bahawa sesiapa yang mengambil kekacang termasuk badam lima kali seminggu boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 50%. Kajian klinikal lain yang dijalankan oleh Dr. Gene Spiller, Pengarah Health Research and Studies Center, USA, menunjukkan bahawa dengan menambahkan badam di dalam diet memberikan kesan kepada kadar kolestrol di dalam darah. 20-25 biji badam mengandungi kalsium lebih kurang 1/4 cawan susu. Ia baik untuk menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis. Vitamin E dan sebatian fotokimia dalam bentul 'alpha-tocopherol' pula membantu mencegah kanser. Bagi ibu-ibu mengandung, badam merupakan sumber terbaik asid folik yang diperlukan. 

 
LIMAU NIPIS / LIME 
Cara Sihat Buang Toksik Dalam Badan 
Limau nipis atau nama botaninya 'Citrus Aunrantifolia' berperanan sebagai pembuang toksin terbesar di dalam badan. Untuk proses ini, minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Menurut buku 'Food That Harm Food That Heel', meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamnin C yang tinggi dari buah ini akan meyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di dalamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancarkan sistem saraf.