Friday, May 29, 2009

Trip To Tioman


MPFC yang dianggotai oleh 6 ahli telah bercuti ke PUlau Tioman pada 15-18 May lalu. Destinasi percutian ini amat bermakna kepada kami semua. 

Kami bertolak daripada KL sekitar jam 12.00 tengah malam mengikut lebuhraya KL-Seremban dan keluar tol senawang. Setersnya kami mengikut jalan ke Bahau melalui bukit putus-kuala pilah. Setersnya melalui gemas, segamat, muadzam shah dan rompin. Kami tiba di Jeti Tg Gemuk sekitar jam 6.30 pagi. Feri ke Tioman jam 8.00 pagi.

Tiba di Jeti Kg Tekek Tioman jam 10.30 pagi dan kami terpegun meyaksikan...

Pantainya yang putih bersih dan air jernih bak kristal menjadikanya syurga kepada pelancong.

Pulau Tioman di Pahang adalah antara 10 buah pulau tercantik di dunia. Faktor kehijauan alam semula jadi, keindahan alam marin, penduduk yang ramah dan penginapan selesa menjadi antara tarikan yang menggamit pelancong dari dalam dan luar negara.

Pantainya yang putih bersih dan kejernihan air bak kristal menjadikannya syurga kepada pelancong untuk melihat keindahan dasar laut. Terdapat juga beberapa buah pulau lain yang berdekatan antaranya Pulau Tulai, Pulau Sembilang, Pulau Chebeh, Pulau Seri Buat, Pulau Jahat, Pulau Sepoi, Pulau Labas dan Pulau Tokong Bahara.

Bagi mereka yang menggemari sukan menyelam skuba, di sinilah tempat yang sesuai untuk menyaksikan keindahan dasar lautnya.

Kami menginap di Berjaya Tioman Beach Golf & Spa Resort selama tiga hari dua malam.

Hari Pertama

Saya dan rakan-rakan sampai di Berjaya Tioman Beach & Spa Resort agak lewat disebabkan feri berhenti untuk menurunkan penumpang di Kampung Mukut, Kampung Nipah, Kampung Genting dan Kampung Paya. Kampung Tekek adalah perhentian feri kami sebelum meneruskan perjalanan dengan bas yang disediakan oleh pihak Berjaya Beach Golf & Spa Resort untuk mendaftar masuk chalet penginapan.

Tidak semua mengikuti aktiviti pada petang ini kerana ada yang keletihan dan memilih untuk berehat setelah perjalanan jauh yang memenatkan. Hanya aku, zafuwan dan Buyin sahaja yang berendam dalam kolam renang di Berjaya dan juga turun ke pantai.  Geng bujang bertiga Khairul, nazrul dan Farid tido...

Kami bercadang hendak membakar daging kambing dan ayam untuk santapan malam di tepi pantai. Buyin menyewa motor  untuk ke kedai di sekitar kampung tekek untuk membeli barang yang masih tiada walaupun banyak bekalan yang kami bawa.

Setelah senja tiba kami pun memulakan aktiviti memanggang dang menggoreng sayur di tepi pantai.. Keseronokan membuatkan kami terlupa matahari telah mula melabuhkan tirai bagi menandakan aktiviti hari pertama berakhir. Aktiviti malam tidak banyak dapat dilakukan dan kami hanya sekadar berbual kosong ditepi pantai sambil mengambil angin. Selepas itu aktiviti malam ada yang ke kedai, ada yang bergambar dan ada yang ke warung melihat Final AF7.Hmmmmmmmmmmm..ada yang......biasalah..

Hari Kedua

Keesokan paginya, kicauan burung membangkitkan lena kami daripada tidur pada hari kedua. Kami membuat sarapan pagi iaitu nasi goreng bersama telur dadar. Setelah habis makan kami bergerak ke hadapan resort menunggu van untuk aktiviti snorkeling snorkeling di beberapa buah pulau dan pantai sekitar Tioman sejak pada pukul 9 pagi. Kami juga sempat membeli sotong besar dari bor nelayan untuk santapan di malam hari. Belum sempat  bawa balik kami sempat juga memanggang sotong tersebut di sebuah Pulau apabila penat ber snokeling. Memang manis sotong fresh ini sehingga kami hilang keletihan...Kami makan tengahari di Kampung Salang..Destinasi snorkeling terakhir adalah di hadapan Berjaya Sendiri iaitu sebuah Pulau Kecil..Kerana keletihan kami meminta bot yang membawa kami menurunkan kami di depan resort sahaja sementara Buyin dan Nizam terus ke Kg Tekek membeli bekalan bahan mentah untuk memasak malam ini. Aktiviti malam ialah memanggang sotong tadi dan juga serpihan daging kambing beserat sayuran campur. Setelah ini aktiviti bebas...di tepi pantai, dalam bilik dan bersiaran di resort..he he..

Hari Ketiga

Pagi pagi dah keluar untuk berenang di kolam renang dan juga pantai. Dalam pukul 11.00 semua sudah bersiap untuk pulang. Selepas check out di resort dalam pukul 12.00 tgh, kami menaiki bas berjaya ke kg tekek untuk menaiki feri balik ke Tg Gemuk. Sementara menunggu feri yang agak lewat sedikit dalam pukul 2.00 baru tiba, kami sempat membeli belah di gerai kg tekek seperti baju t'shirt, key chain, rokok dan cenderamata lain. Ada juga yang sempat bergambar buat kali terakhir sebelum berangkat balik...memang seronok...

"Satu pengalaman yang tak mungkin dilupakan oleh kami yang pergi ke sana"