Tuesday, June 9, 2009

Silap Kita Sebagai Orang Bekerja

 
 

Silap Kita Sebagai Orang Bekerja

Silap Kita sebagai orang bekerja, Kita menunjuk-nunjuk yang Kita Ada kerja. Kita terlalu bangga dengan pakaian Kita yang kemas, gaya korporat Dan masuknya pula ikut waktu pejabat. Kita terlalu mementingkan aspek luaran, bukan aspek dalaman terutama hati Kita.

Untuk nak Ada keseronokan bekerja, sepatutnya Kita tak harus bangga dengan kerja Kita TU, pakaian Kita, laptop Kita, wakut kerja Kita. Sepatutnya Kita tak harus merasa kerja Kita lebih baik standardnya dari orang lain kerana Kita bekerja tetap Dan gaji Kita datang tiap hujung bulan.

Kita tidak harus temberang, become too excited dengan status kerja Kita, terutama apabila majikan Kita adalah kerajaan. Kerja bukan untuk ditemberangkan, ditunjuk-tunjuk atau dibangga-banggakan, tapi untuk memenuhi kepuasan diri. Baru Ada motivasi kerja!

Anda tak tahu satu rahsia. Lebih banyak Anda berbangga dengan kerja Anda sekarang ini Dan merasa riak dengannya, lebih banyak keseronokan kerja Anda yang akan hilang. Maknanya, akan lebih banyak masalah muncul satu persatu di tempat kerja Anda, ketika Anda bekerja Dan selepas Anda habis bekerja.

Akan Ada saja masalah kerja, macam tak pernah habis, tak pernah surut. Sepatutnya, Anda kena seronok bekerja. Kan ke Anda apply kerja TU sebab Anda merasa seronok dengan tugas-tugas Anda?  Bukankah Anda sanggup di interview sebab Anda nak sangat kerja TU?

Jika Anda bekerja semata-Mata Anda nak cari duit, lalu Anda bangga pula sebab Anda Ada banyak duit dari kerja anda sekarang ini, maka motivasi kerja akan hilang,  susah untuk muncul apatah lagi untuk bertahan lama. Lama kelamaan, Anda akan sentiasa dijangkiti stress. Ini realiti dalam kebanyakan orang yang bekerja.

Walaupun hakikatnya Kita bekerja untuk mencari rezeki, mencari duit Dan mencari nafkah, lupakan dulu soal duit. Niatkan sebanyak mungkin bekerja untuk mencari kepuasan dalaman. Bila Anda keluar pergi bekerja, niatkan untuk merasai keseronokan membuat kerja. Jadikan itu lebih penting.

Bila dalaman Anda sudah puas, pasti luaran Anda mengikut dengan sendirinya. Semuanya akan teratur lancar, cukup bagus Dan hebat sekali tanpa Anda sendiri sedari.

Silapnya Kita, terlalu pentingkan duit , pendapatan dari gaji hingga lupa untuk memenuhi kepuasan bekerja, apatah lagi nak mencari keseronokan bekerja. Jika Anda selalu mengalami stress ditempat kerja, inilah masanya mengkaji balik bagaimana hati Anda, mentaliti Anda Dan perangai Anda.

Mungkin Anda pernah sedikit (atau selalu) menunjuk-nunjuk, merasa riak dengan kerja Anda.

  
 
FREE Animations for your email - by IncrediMail! Click Here!