Hari ini setelah saya meneliti perkembangan dunia perkembangan MLM yang sedang kiat berkembang dan bersaing , sudah tentu kita sebagai penggiat usaha network marketing perlu lebih KREATIF dan INOVATIF... Kita perlu lakukan sesuatu yang lebih dan apa yang penting ialah kemampuan untuk menunjukkan sistem dan jalan untuk mencapai kesuksesan kepada ahli-ahli yang menyertai.
Ramai orang merungut tentang ahli-ahli mereka tidak aktif dan tidur tetapi bagaimana dengan kita? Adakah kita telah melakukan sesuatu yang lebih dan sepatutnya kita lakukan. Adakah kita telah menyediakan satu sistem yang baik untuk mereka. Kita membekalkan sistem yang baik untuk mereka bergerak dan belajar. Atau kita sendiri mengamalkan SIKAP TIDAK SUKA Belajar? Jadi bagaimana rakan-rakan kita di bawah akan bergerak.
Inilah yang sering berlaku apabila kita menjalankan perniagaan Network Marketing. Tanggungjawab kita antaranya ialah bagaimana memberi latihan , bimbingan kepada ahli-ahli untuk mencipta pendapatan , kemahiran dan kekuatan semangat berterusan. Jesteru itu kita perlu KREATIF dan berterusan melakukannya. Jika tidak PROSES DUPLIKASI tidak dapat berlangsung. Jadi nantinya akan terjadi satu senario hanya anda sahaja yang mampu mendapat prospek , hanya anda seorang yang menghubungi prospek , hanya anda seorang yang mampu menaja , hanya anda seorang yang hanya mampu bercakap di khalayak dan akhirnya hanya anda seorang yang melakukan. TIADA usaha DUPLIKASI dilakukan. Jesteru itu kita perlu fokus kepada KUASA DUPLIKASI dan bimbinglah rakaniaga anda agar mampu menduplikasi apa yang sepatutnya mereka lakukan. Barulah ianya akan terjadi apa yang dinamakanKUASA PENGGANDAAN dalam membentuk rangkaian anda.
Jesteru itu ditekankan tentang DUPLIKASI kerana ianya cukup penting untuk membentu KUASA PENGGANDAAN baik PENGGANDAAN rakaniaga , jualan kumpulan baik juga pendapatan anda. Namun proses DUPLIKASI itu juga perlu ada satu sistem penyampaian yang baik dan kreatif. Bagaimana rakaniaga anda dapat menduplikasi dengan mudah , jelas dan dapat melakukan dengan hati yang terbuka. Ini kerana rakaniaga anda nanti pula akan melakukan proses "tarbiyah" ilmu perniagaan network marketing ini kepada rakaniaga mereka nanti.
JESTERU itu , antara salah satu sistem untuk membantu anda dan rakaniaga anda dapat menduplikasi adalah melalui sistem LATIHAN yang tersusun disamping anda melakukan COACHING atau PEMANTAUAN berterusan.