Wednesday, June 30, 2010

MENU HARI INI : DAGING CENDAWAN & KACANG PEAS


Daging Cendawan & Kacang Peas

As'laikum, salam sejahtera untuk semua, tengah buat apa tu....aku baru saja balik dari membeli barang2 keperluan "isi perut"..ahaks...nak masak daging dengan cendawan la pulak ..simple je..anak-anak nak makan senang..balik kije kat pusat bandar singgah giant terus balik umah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g daging batang pinang, hiris nipis
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
100 g cendawan shitake segar, hiris
100 g kacang "sweet peas", kerat 2
1 camca besar sos tiram
2 - 3 titik minyak bijan
1 camca teh serbuk lada hitam
1 biji lada merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan secubit gula
1 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging yang dihiris nipis tadi, digaul bersama bahan tumbuk halus dan serbuk lada hitam hingga rata dan perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan minyak bijan dan sos tiram, kacau rata dan masukkan daging. Gaul dan biar daging kecut baru tambah air.
  3. Bila mendidih perlahankan api dan masak hingga daging lembut dan kuah pekat, masukkan cendawan dan kacang "sweet peas", cili hiris, secubit gula dan garam secukup rasa (kalau perlu).
  4. Masak untuk 1 - 2 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Angkat dan hidangkan hangat bersama nasi....

RESEPI HARI INI : MEE HOON GORENG ALA NYONYA..


Mee Hoon Goreng Ala Nyonya

Assalammualaikum semua,
Hari ni aku nak share satu menu mee hoon goreng yang telah dimasak ala2 nyonya peranakan. Exceli ianya macam mee hoon goreng biasa, cuma aku dah siapkan awal2 cili tumis dia. Kali ni dalam peti sejuk cuma ada udang saja, kalau ada ayam, sotong atau fish ball pun sedap dicampur sekali.

Mee Hoon Goreng Ala Nyonya

Selalunya masakan ni nampak macam pedas tapi tak berapa sangat, mereka ni lebih banyak menggunakan buah keras, serai, lengkuas, belacan, cili merah segar dan bawang merah kecil. Sepatutnya ada tauhu yang dipotong kecil dan digoreng, tapi malang tak de stok pulak. Ok nak cerita sikit, perbezaan peranakan cina Melaka dan Penang. Peranakan Melaka dia lebih kepada gayaMelayu dan Indonesia. Di Penang, mereka ada pengaruh Siam, Burma dan negara ke utara. Gaya masakan pun ada perbezaannya, cuma yang aku perasan, mereka ni sama dari segi apa tau...dari segi"berlagak" atau "show off" kata omputih, mana2 bibik yang kaya tu...makk aii. xsen gila koo, lepas tu pandai pulak main "ceki"....ceki tu macam ala2 judi daun terup....Eh guna duit banyak tau sebagai pertaruhan....mati lah guaa kena sental mulut dengan cili kejap lagi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mee hoon, celur dalam air panas hingga lembut sedikit, toskan
2 1/2 camca besar rempah cili nyonya (resipi dibawah)
200 g taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
3 pokok sawi bok choy, dicuci bersih dan kerat2
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
1 cawan isi udang
1 cawan isi ayam (tak letak sebab tak de)
Kicap cair secukupnya
2 biji telur, dibuat telur dadar, kemudian dihancurkan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan (lupa letak pulakk!)

BAHAN REMPAH CILI NYONYA :-)
10 biji cili merah*
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
4 biji buah keras*
2 keping hirisan nipis lengkuas*
2 keping hirisan nipis halia*
1 batang serai, hiris halus*
2 camca besar gula
Garam secukup rasa
4 biji limau kasturi, perah jusnya
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK REMPAH CILI NYONYA :- Kisar semua bahan2 yang bertanda (*) hingga halus. Panaskan minyak dalam kuali (lebih sikit), tumis bahan kisar tadi hingga garing, gunakan api sederhana. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Masak hingga terbit minyak. Sejukkan dan simpan dalam botol. Biar rempah tadi tenggelam dalam minyak tumisan. Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK MEE HOON GORENG ALA NYONYA :- Panaskan 1 camca besar minyak masak dalam kuali, tumis rempah cilit tadi bersama sos tiram dan sos tomato. Masukkan udang dan ayam, tuang sedikit air, kacau dan biar ayam masak. Masukkan telur dan sedikit kicap cair. Masukkan mee hoon tadi dan gaul rata. Tambah sawi bok choy dan kacau lagi, akhir sekali masukkan taugeh sambil dikacau. Masak sekejap dan rasa, jika perlu tambah kicap cair sedikit lagi. Matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang, cili hiris dan belahan limau kasturi....

Tuesday, June 29, 2010

PERHENTIAN ISLAND


perhentian 1perhentian 2perhentian 3perhentian 4perhentian 5perhentian 6

ALAM MAHSYAR



1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


(Forwarded email received)

The Right Vegetable For Health


'Pick the right veg' for health
Papaya




Papaya is a fruit rich in beta-cryptoxanthin

Obvious choices of fruit and vegetables are not necessarily the healthiest, say researchers.

According to US experts, making simple swaps like eating sweet potatoes instead of carrots and papaya rather than oranges could make a difference.

Foods, like raspberries, watercress and kale, are richer in phytonutrients which may help prevent disease, they told a US meeting.

UK nutritionists said a balanced diet is essential to good health.

The British Nutrition Foundation warned that relying on eating a few select food types to boost health was ill-advised and said there was no such thing as a "superfood".

No one food can give you everything you need
Dr Emma Williams of the British Nutrition Foundation

Experts recommend five portions a day of fruit and veg in a healthy diet.

Plant foods are known to contain "phytonutrient" chemicals that can protect the heart and arteries and prevent cancers.

But the most popular varieties may not be the best, according to US researchers.

They analysed data from US health surveys of people's dietary habits to look at the most common sources of phytonutrients.

They found that for 10 of the 14 phytonutrients studied, a single food type accounted for two-thirds or more of an individual's consumption, regardless of how much fruit and veg they ate overall.

Carrots were the most common source of beta-carotene, oranges and orange juice the most common source of beta-cryptoxanthin, spinach the most common source of lutein/zeaxanthin, strawberries the most common source of ellagic acid and mustard the biggest provider of isothiocyanates.

However, for each of these phytonutrients there was a richer food source available.

Richer foods

Switching from carrots to sweet potatoes would nearly double beta-carotene intake, say the researchers.

Similarly papaya contains 15 times more beta-cryptoxanthin than oranges, while kale has three times more lutein/zeaxanthin than spinach.

Raspberries have three times more ellagic acid than strawberries and one cup of watercress contains as much isothiocyanate as four teaspoonfuls of mustard.

Study leader Keith Randolph, who is a technology strategist for the supplement company Nutrilite, said: "These data highlight the importance of not only the quantity but also the significant impact the quality and variety of the fruits and vegetables you eat can have on your health."

Dr Emma Williams of the British Nutrition Foundation said: "They are right that some foods are richer sources of phytonutrients.

"But at the end of the day, to be healthy you need to make sure you have a varied and balanced diet.

"No one food can give you everything you need."

The findings were presented at the 2010 Experimental Biology conference in Anaheim, California.

Source : http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/8645104.stm

Monday, June 28, 2010

Contohi Rasullullah Menjaga Kesihatan

Bagaimana Rasulullah s.a.w menjaga kesihatan baginda? Kali ni perkongsian ilmu yang saya perolehi daripada artikel Ustaz zawawi yang bagi saya amat berbaloi :-bd jika dapat ditulis untuk entri kali ni.Berikut adalah antara amalan Nabi yang amat praktikal kita sebagai umat Islam untuk melakukannya.

1) Selalu Bangun Sebelum Subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh bagi melaksanakan solat sunat serta solat subuh secara berjemaah. Hal ini memberikan hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2) Aktif Menjaga Kebersihan
Rasulullah s.a.w sentiasa bersih dan rapi. setiap khamis atau jumaat Baginda akan mencuci rambut halus dipipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi

“Mandi pada hari jumaat adalah sangat dituntutbagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman” (HR Muslim)

3) Tidak pernah makan berlebihan
Sabda baginda ” Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu kenyang (tidak sampai kekenyangan),”(Mutafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda; sepertiga untuk udara; sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khas bagi umat Islam iaitu berpuasa pada bulan Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
continue reading…


4) Gemar berjalan kaki
baginda gemar berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, roma terbuka dan peredarah darah akan berjalan lancar, ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

5) Tidak Pemarah [-X
Nasihat Rasulullah s.a.w: “Jangan Marah” diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk mengawal perasaan marah iaitu mengubah posisi ketika marah, apabila berdiri hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk hendaklah kita baring. Kemudian baca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segeramengambil wuduk dan dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah

6) Sifat Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenangan hati & jiwa. Memaafkan orang lain akan membebaskan diri kita daripada belenggu rasa kemarahan. sekiranya kita marah, maka marah itu akan melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan sihat.

Diharapkan kita dapat mengamalkan sebagaimana Rasulullah amalkan dalam menjaga kesihatan kita semua ;)

Source: Ustaz Mohamad Zawawi Yusoh

Thursday, June 24, 2010

MIHAS 2010 SLIDE SHOW

MY CREATION - JUNE 2010





Wallpaper lanskap rama rama berbagai warna

Gambar anak kedua aku Siti Nurathirah dalam konsep blooming dan blur dgn close up

Gambar Masjid di embed karikultor Al-Quran

gambar di sebuah ladang dalam imej color yang soft sedikit

Lagi wallpaper rama rama dari sebuah buku di kombinasikan dengan warna kehijauan

Wallpaper persahabatan

Adaptasi gambar bergerak mencurah air di tepi pantai waktu senja

Wallpaper persahabatan

gambar natural di sawah padi alor setar

Gambar anak lelaki aku aliff secara close up dengan teknik blur dan blooming cerah

Banner MIHAS di Matrade

Awek2 cun ni..he he..

Wallpaper senyuman

normal photo shot at cyberjaya lake

Steching sikit zoom dengan kelajuan 400 canon e05



Beberapa gambar di bukit tinggi, pahang daimbil dengan CANON Eo5 kelajuan 1600









MIHAS 2010 DAY 1

Tuesday, June 22, 2010

International Xtreme Autoshow , Bukit Jalil

Cars...

Inside the stadium...


Nissan Fairlady 350Z...


Scary...


Mitsubishi Lancer...


Hummer...


Hello Kitty interior...


Toyota Vios...




Proton Persona. Nice combination of paints...


Proton Waja Dragonball...


Devon Aoki...


Mini Cooper...


Perodua Myvi...


Proud owner of the car...


Nissan S15...






Insane car 1...


Insane car 2...


Insane car interior...


Racer...


Nice sticker...


Police Audi...



Of course not forgetting the Babes...

Justina Au Yong and Babe 1...


Babe 2...


Babe 3, 4, 5, 6 and 7...


Eejin...Friendliest babe...


Sammi...


Rachel...


Yvonne 1...


Yvonne 2...