Bagaimana Rasulullah s.a.w menjaga kesihatan baginda? Kali ni perkongsian ilmu yang saya perolehi daripada artikel Ustaz zawawi yang bagi saya amat berbaloi jika dapat ditulis untuk entri kali ni.Berikut adalah antara amalan Nabi yang amat praktikal kita sebagai umat Islam untuk melakukannya.
1) Selalu Bangun Sebelum Subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh bagi melaksanakan solat sunat serta solat subuh secara berjemaah. Hal ini memberikan hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2) Aktif Menjaga Kebersihan
Rasulullah s.a.w sentiasa bersih dan rapi. setiap khamis atau jumaat Baginda akan mencuci rambut halus dipipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi
“Mandi pada hari jumaat adalah sangat dituntutbagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman” (HR Muslim)
3) Tidak pernah makan berlebihan
Sabda baginda ” Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu kenyang (tidak sampai kekenyangan),”(Mutafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda; sepertiga untuk udara; sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khas bagi umat Islam iaitu berpuasa pada bulan Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
continue reading…
4) Gemar berjalan kaki
baginda gemar berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, roma terbuka dan peredarah darah akan berjalan lancar, ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5) Tidak Pemarah
Nasihat Rasulullah s.a.w: “Jangan Marah” diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk mengawal perasaan marah iaitu mengubah posisi ketika marah, apabila berdiri hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk hendaklah kita baring. Kemudian baca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segeramengambil wuduk dan dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah
6) Sifat Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenangan hati & jiwa. Memaafkan orang lain akan membebaskan diri kita daripada belenggu rasa kemarahan. sekiranya kita marah, maka marah itu akan melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan sihat.
Diharapkan kita dapat mengamalkan sebagaimana Rasulullah amalkan dalam menjaga kesihatan kita semua
Source: Ustaz Mohamad Zawawi Yusoh