Thursday, July 1, 2010

PABILA BUMI BERSERU



Anas bin Malik r.a mengatakan : “Bahawasanya bumi setiap hari memanggil dengan 10 seruan. Bumi berkata :


  1. Wahai anak cucu Adam, kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat kembalimu dalam perutku.
  2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku, kamu akan disiksa dalam perutku.
  3. Kamu bergurau di atas lambungku, tetapi kamu menangis dalam perutku.
  4. . Kamu makan barang haram di atas punggungku, tetapi seluruh ulat akan memakan dalam perutku.
  5. Kamu bergembira di atas punggungku, tapi kamu akan merasa susah dalam perutku.
  6. Kamu mengumpul barang haram di atas punggungku, tapi kamu akan hancur dalam perutku.
  7. Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu menjadi hina dan remeh dalam perutku.
  8. Kamu berjalan dengan bersukaria di atas punggungku, tetapi kamu kesedihan dalam perutku.
  9. Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan dalam perutku.
  10. Kamu berjalan untuk berjamaah di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk bersendirian dalam perutku.

Menurut satu hadith, bahawa kubur itu setiap hari memanggil 3 kali :

  1. Aku menjadi rumah orang yang tersendiri, binatang buas, kala dan ular.
  2. Aku menjadi rumah yang gelap.
  3. Aku menjadi rumah ulat

Dalam riwayat lain bahawa kubur itu setiap hari memanggil 5 kali :

  1. Aku rumah yang terpencil, maka hendaklah kamu ramaikan aku dengan membaca al-Quran.
  2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan solat malam
  3. Aku rumah debu, maka bawalah tikar yang berupa amal salih
  4. Aku rumah ular, bawalah penawarnya iaitu Bismillahir Rahmanir Rahim dan mencucurkan airmata.
  5. Aku rumah pertanyaan Mungkar dan Nakir, maka perbanyakkan bacaan LA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUN RASULULLAH agar kamu dapat menjawabnya