Pada 11-12 Februari lepas kami sekeluarga pergi bercuti di Port Dickson. Tempat penginapan kami adalah di PD Perdana Condo Resort terletak tidak jauh dari susur keluar ke Teluk Kemang, PD. Kami memulakan perjalanan daripada Puchong dalam pukul 11.30 pagi dan sampai di PD dalam pukul 12.30 tengahari. Kami terus menuju ke Avilion Water Chalet untuk menghantar Junaidah yang berkursus di situ selama 2 hari. Sejurus itu kami terus ke PD Perdana. Tiba saja di sana Aliff dan Athirah terus terjun ke dalam kolam untuk bersantai sehingga petang. Dalam pukul 5 petang aku dan Aliff ke Pasar Malam di sana untuk membeli sedikit bahan untuk memasak di dalam bilik. Sebelah malam kami semua ke Avillion PD untuk melihat suasana malam yang cantik di sana di atas “water chalet” yang didiami oleh June. Balik saja ke PD Perdana semua keletihan dan terus tidur.
Hari kedua selepas sarapan pagi, kami ke Desa Condo Resort yang terletak di sebelah Avillion Admiral Cove. Kami ke sana kerana Fendy dan family berada di sana untuk Family Day Leen. Apalagi ketiga-tiga anak aku mandi le dalam kolam di sana. Dalam pukul 12 tengahri kami semua termasuk Fendy dan Family bergerak ke Avillion Water Chalet untuk bersantai di sana sambil menunggu Juen tamat kursus. Kami makan tengahari di sana dengan juadah yang enak-enak. Dalam pukul 2 petang barulah kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Kami singgah sebentar di rumah Fendy di Nilai 3.
Tiba di rumah kira-kira jam 5 petang.
Mofabisa Alkasia
13.2.2012