Sunday, April 1, 2012

BREAKFAST DAN DINNER 1 APRIL

Bahan-bahan :
1/2 peket bihun - rendam sekejap dlm air dng 2cb serbuk kunyit - rebus dan toskan
Daun sup & daun bawang - Dihiris
bawang goreng

Bahan sup:
11/2cb ketumbar biji
1cb lada hitam biji
1cb lada putih biji
11/2cb j.putih biji
1cb j.manis biji
2" halia
2 biji b.besar yg sederhana besar
6 ulas b.putih
semua bahan di atas diblend selumat2nya
1/2kg tulang yg ada banyak daging - direbus kira2 2 jam - daging disekeliling tulang lembut
500g perut lembu - biarkan sekeping2 jgn dipotong - rebus lepas tu toskan dan ptg kecik2.
1jug air
air rebusan tulang
1/2 peket lobak masin

CARA:
1. Tumiskan kayu manis,b.lawang dan buah pelaga sekejap.
2. Masukkan bahan blend.kacau2 sll takut berkerak dibawahnya.
3. Curahkan rempah sup yg dibancuh dng sedikit air. kacau sll - kuar minyak.
4. Masukkan serai biar seketika terus curahkan air sup tulang dan air biasa.
5. Letakkan lobak masin, garam,ajinomoto dan daun sup...tunggu hingga gelegak baru tutup api.
6. Carik daging disekeliling tulang -hiris2kan daging itu.
7. Tulang tadi bleh la dimasukkan kembali dlm sup.
CARA MENGHIDANG:
letakkan bihun curahkan kuah, taburkan hirisan daging, perut lembu, daun sup, bawang goreng.
sedap dimakan dng sambal merah.
SAMBAL MERAH
6 cb serbuk cili
1 ulas b.putih - kisar halus
2 ulas b.merah - kisar halus
1/2 cawan air
gula melaka dan gula pasir - ikut suka nak manis atau sedang2 manis
2cb air asam jawa
1/2 cb sos tomato
Cara:
1. Tumis bahan kisar - wangi
2. Masukkan serbuk cili yg dibancuh dng air. kena jaga selalu kerana cpt hangus.
3. Masukkan sos tomato, gula merah dan gula pasir.
4. Bila berminyak letakkan air - tunggu biar pekat.
5. Masukkan air asam jawa,garam n ajinomoto.