Monday, January 9, 2012

SUSU IBU


Makanan yang paling baik untuk bayi adalah susu ibu..

Berikut adalah panduan yang boleh diikuti ibu untuk penyusuan yang berjaya:
Amalan positif

* Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting. Dapatkan maklumat berguna mengenai penyusuan susu ibu ketika hamil;

* Yakinkan diri bahawa susu anda mencukupi untuk bayi;

* Susu bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu awal selepas kelahiran bayi;

* Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang baik dan selesa supaya tidak terasa lenguh dan mengelakkan masalah seperti sakit puting;

* Makan makanan seimbang dan minum air mencukupi;

* Ingatlah bahawa bekalan susu ibu bergantung kepada rangsangan. Lagi kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dihasilkan.

Amalan negatif

* Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi. Ingatlah, jika anda berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia, sudah anda pasti mampu memberi dan membekalkannya susu yang terbaik;

* Jangan berikan bayi anda susu botol tambahan atau air masak;

* Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu sehingga berusia empat hingga enam bulan;

* Cara menghisap puting botol dan puting buah dada adalah berbeza. Ini boleh mengelirukan bayi dan akan menggagalkan penyusuan susu ibu;

* Jangan menyusu dalam keadaan terburu-buru. Masa enam minggu pertama adalah masa latihan untuk ibu dan bayi. Masa ketenangan dan kesabaran akan menyelesaikan banyak masalah;

* Jangan bimbang apabila bayi membuang air besar. Adalah perkara biasa bayi yang diberi susu ibu kerap membuang air besar. Najis ini biasanya cair sedikit dan berwarna kekuningan.