inside my head, inside my heart, inside myself, inside of me...
在我的頭上,我的心裡面,裡面我自己,在我心裡
Friday, August 29, 2008
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua muslimin Dan muslimat. Syukur alhamdulillah, umur Kita dipanjangkan untuk terus menikmati bulan Ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini. Saya ingin memohon ampun Dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala salah Dan silap saya selama ini.
Bulan ramadhan semenjak aku boleh mengingat, tak pernah gagal untuk mengubah corak kehidupan aku. Bulan yang sentiasa di nanti-nantikan selain bulan syawal. Bulan ramadhan walaupun berpuasa, adalah bulan yang paling meriah terutamanya pada zaman kanak-kanak aku dulu. Aku sebelum bersekolah tinggal bersama tok Dan tok wan kat kampung, Pak sedara Dan mak sedara masa TU semua remaja-remaja lagi. Aktiviti bulan puasa yang tak sah tak dibuat oleh budak-budak zaman “dulu” yang nostalgia sekali pada aku pasang pelita tiap-tiap malam, main mercun, perang mercun, meriam buluh, meriam katak, meriam TNB pun Ada heheh, tapi dah maju sket merian TNB nih, moreh yang paling menarik sekali, bertukar-tukar makanan dengan jiran tiap-tiap petang tak pernah miss, mengacau mak ngan tok buat kueh, dulu buat bahulu bukan stail skang, api atas bawah, berasap satu rumah, shopping baju raya, dah shopping mesti kene sorok dalam almari berkunci, kalau tak asyik nak try jer wakakaka. Dulu tak macam sekarang, walaupun lepas raya, baju baru simpan, pakai time-time nak keluar Bandar jer, err.. Bandar ke, pekan kot. Itu puasa zaman dulu, kalau nak dicerita panjang, memang sehari pun tak habis aku menaip hehe. Tahun ini, seperti tahun-tahun sebelum ini, juga bakal menjanjikan sesuatu yang menarik. Dan seperti tahun-tahun sebelum ini aku berazam utk kuruskan sambil banyakkan ibadat