Otak kanan berfungsi mengawal segala apa yang berkaitan dengan hal-hal kreatif. Jika Anda berjumpa dengan seorang yang pada pandangan Anda amat kreatif, orang itu sebenarnya lebih banyak menggunakan otak kanan. Fungsi otak kanan berkaitan dengan:
- Imaginasi
- Berfikir secara kreatif
- Irama
- Khayalan
- Emosi
- Ilham
- Intuisi (gerak hati)
- Warna
- Muzik
- Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
Orang-orang berjaya adalah orang-orang yang kreatif. Mereka membangunkan potensi otak kanan, dalam masa yang sama tak mengabaikan peranan otak kiri. Pendek kata, mereka menggabungkan fungsi otak kiri dan otak kanan semaksimum mungkin untuk membolehkan mereka mencapai kejayaan.
Mereka melakukannya lebih dari yang biasa. Kesannya, mereka menjadi pendahulu dalam bidang masing-masing, walaupun ada orang yang sama potensi dengan mereka dalam bidang serupa.
Jadi, jika Anda menyedari apa bakat Anda dan apa kebolehan Anda, usah berhenti menggilap potensinya. Usahalah dengan bersungguh-sungguh. Push to the limit.