Jika Anda seringkali menukar-nukar apa yang Anda nak capai, itu maknanya Anda tak seberapa tekad nak mencapai kecemerlangan hidup. Tekad Anda tak kuat.
Orang-orang berjaya adalah mereka yang kuat tekad nak berjaya dalam apa yang mereka usahakan. Mereka juga seperti Anda, faham kuasa minda dan tahu cara membina kekuatan mental.
Apa yang membuat mereka jadi orang berjaya adalah kerana mereka tekad, setekad yang mungkin nak berjaya. Tekad itu marak membara di minda mereka.
Keinginan mereka sangat kuat sehingga ia tak boleh diubah oleh sesiapa saja di sekeliling mereka. Oleh kerana dah tekad, mereka tak akan merubah matlamat selagi ia masih belum dicapai.
Saya memahami hal ni dari kajian terhadap orang-orang berjaya. Mereka bukan Donald Trump, Lance Armstrong, Dr Sheikh Muszaphar atau Datuk Azhar Mansor tapi hanya tokoh-tokoh tempatan yang saya lihat dari dekat.
Untuk nak berjaya di tempat kita sendiri, tak perlu memandang jauh ke luar (walaupun sebenarnya kita boleh buat gitu) tapi lihatlah di sekeliling. Cari orang-orang yang Anda anggap berjaya lalu kaji sikap mereka.
Walaupun sekarang ini Anda kurang bersemangat menghadapi cabaran hidup, saya percaya anda akan menemui inspirasi setelah mengkaji sikap orang-orang berjaya di kawasan Anda.