Thursday, March 12, 2009

BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS 7-9 MAC 2009

Selalunya apabila masuk ke penghujung tahun, ramai yang menyemak baki cuti tahunan masing-masing. Jika cuti masih banyak, maknanya kenalah mohon cuti. Jika tidak, cuti itu akan lebur begitu sahaja. Maklumlah, kebanyakan polisi pejabat hanya membenarkan lima ke tujuh hari sahaja bilangan cuti yang boleh di bawa ke tahun hadapan.

Bagi mereka yang masih banyak baki cuti tetapi tidak tahu hendak ke mana, di sini aku cadangkan anda ke Cameron Highlands untuk merehatkan diri. Mungkin lokasi percutian ini tidak memberangsangkan anda, tetapi percayalah ia pasti tidak mengecewakan. Lupakan seketika percutian yang sesak dengan manusia dan hiruk pikuk yang membingitkan telinga. Hey! Take a break! Setahun sekali anda perlu lari daripada semua itu. Ambil masa berehat dengan suasana nyaman dan tenang.








Cameron Highlands yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur merupakan destinasi dalam negara yang cukup ideal untuk anda berehat sambil menjamu mata dengan pemandangan yang cukup indah! Terletak setinggi 1,524 meter di atas paras laut, bumi Cameron Highlands boleh anda jejaki setelah memandu kira-kira empat jam dari Kuala Lumpur.

Memanglah laluan ke pusat peranginan tinggi terbesar di Malaysia ini agak memualkan kerana jalan yang bengkang-bengkok, tetapi sebaik sahaja tiba di Ringlet, anda sudah boleh menarik nafas lega. Semuanya kerana pemandangan ladang teh yang menakjubkan. Jika keletihan, singgahlah sebentar di Hentian Teh Bharat untuk menikmati secawan teh segar. Ambil kesempatan ini untuk menghayati keindahan alam yang cukup berharga. Jika perut terasa lapar, bolehlah mencuba hidangan skon yang popular di sini. Enak dan menyelerakan.






Pelbagai pilihan penginapan

Kalau sudah namanya percutian hujung tahun, sudah pasti anda ingin menghabiskan masa beberapa hari di sini bukan? Paling kurang 3 hari 2 malam. Soal penginapan tidak perlu dirisaukan. Cameron Highlands menawarkan pelbagai jenis penginapan, daripada penginapan bajet sehinggalah ke hotel bertaraf lima bintang. Semuanya terpulang kepada anda, tepuk dada tanya selera. Antara penginapan yang popular di sini ialah Century Pines Resort, Equatorial Resort, Casa de la Rosa, Heritage Hotel, Rossa Passadena, The Lake House dan The Smoke House.



Namun, aku ingin cadangkan kepada anda supaya menginap di Equatorial Hill Resort yang terletak di brincang dan berdekatan dengasn Kea Farm. Resort ini menjanjikan penginapan yang selesa dan berbaloi dengan harga yang perlu dibayar. Terdapat dua jenis bilik yang boleh anda pilih, ‘suite’ atau ‘hotel’. Untuk bilik suite ada yang sebilik dan ada yang dua bilik. Kalau berminat hubungi aku sebab aku duduk di sana dengan berjaya vacation club. Setiap bilik mempunyai ruang yang luas dan dilengkapi kemudahan asas seperti kebanyakan hotel lain. Cuma tiada penghawa dingin memandangkan udara di sini sudah cukup sejuk. Anak-anak aku tak kira sejuk ke apa janji nak mandi juga kolam...

Puas makan strawberi
Kalau sebut pasal buah yang berasal dari luar negara ini, Cameron Highlands memang tidak boleh dipisahkan dengannya. Di mana-mana sahaja terdapat ladang strawberi yang setia menanti kedatangan pelancong. Big Red Strawberry Farm & Gift Center antara ladang strawberi yang popular di sini. Ladang ini terletak di Brinchang dan jalan masuk ke sini berada berhampiran dengan Hotel Rossa Passadena. Selain menanam strawberi, ladang ini juga menanam pelbagai jenis salad serta menyediakan kedai cenderamata.


Kalau teringin memetik strawberi dari pokoknya, anda boleh membayar RM12 untuk memetik setengah kilogram strawberi. GUA sendiri tidak lepaskan peluang, sambil petik, sambil makan. Jangan risau pasal kebersihan, peladang di sini tidak gunakan racun serangga. Selepas puas makan strawberi segar, bolehlah ke kafe berhampiran untuk mencuba pelbagai hidangan yang berasaskan buah ini. Jangan lupa mencuba pancake bersama jem dan ais krim strawberi. Yummy! Sungguh enak sekali.

Ladang teh luas terbentang
Satu lagi tarikan Cameron Highlands sudah pastilah ladang-ladang teh yang terbentang luas sehingga mewujudkan lanskap alam yang cantik menawan. Jangan lupa singgah di Sungei Palas Tea Centre yang terletak di Ladang Boh Sungei Palas. Tempat ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 9 pagi hingga jam 4.30 petang. Kunjungan anda ke sini memberi peluang untuk anda mengetahui bagaimana teh diproses sebelum dipasarkan. Sebelum bertolak pulang, rakamkan memori indah untuk dibawa pulang nanti. Selain itu, anda juga boleh membeli produk-produk teh keluaran BOH untuk dijadikan buah tangan kepada rakan-rakan.






Pemandangan Dari Puncak Mossy Forest

Apa lagi yang ada di Cameron Highlands? Sebenarnya masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati di sini. Tidak perlu susah payah melihat peta, semuanya boleh ditemui dengan mudah jika anda ringankan mulut untuk bertanya kepada penduduk tempatan mahupun pihak hotel. Jika ingin menikmati pemandangan dari puncak tertinggi, jom ke Mossy Forest yang terletak 2,032 meter dari paras laut.

Hutan ini sungguh unik kerana ia dilitupi dengan lumut-lumut yang sudah berusia ratusan tahun. Maklumlah udara di sini sungguh dingin. Sekali pandang, terasa diri bagaikan berada di lokasi penggambaran filem Harry Potter pula. Untuk ke hutan ini, GUA cadangkan anda mengikuti pakej yang disediakan oleh pihak hotel atau agen pelancongan tempatan. Ini kerana bukan mudah untuk sampai ke sini, jalannya merbahaya untuk dilalui jika anda tidak biasa. Caj yang dikenakan tidaklah mahal, hanya RM25.


Location : Ye Olde Smokehouse at Brinchang, Cameron Highlands
Purpose : Take pictures & enjoying the view
Time : 7.00 pm



Location : Brinchang Night Market at Brinchang, Cameron Highlands
Purpose : Main purpose is to stock up on vegies for BBQ later on & it doesn't hurt to window shop and probably hunt for other stuff while we're at it.
Time : 5.15 pm


You can find lotssa stuff here at the Night Market from food stuff, clothing, plants, toys and even entertainment (Ferris wheel =D).

Didn't try this but I did tried the Strawberry Juice =3
Starberry Juice is 'Okla'
This one you must try :D
Yummy
Jagung Bakar
Cameron Highlands is like heaven for Vegans! Vegies are uber cheap!

Vegies!!

Berikut maklumat yang mungkin boleh membantu anda merancang percutian ke sini.

CASA de la ROSA
Lot 48, Jalan Circular,
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Tel : 05-4911 333
Fax : 05-4915 500

CENTURY PINES RESORT
Lot 42, Jalan Masjid
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Tel : 05-491 5115
Fax: 05-491 1115

EQUATORIAL RESORT
Kea Farm
39100 Brinchang
Cameron Highlands
Tel : 05-4961 777
Fax : 05-4961 333

HERITAGE HOTEL
Jalan Gereja
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Tel: 05-4913 888
Fax: 05-4915 666

THE LAKEHOUSE
30th Mile
39200 Ringlet
Cameron Highlands
Tel : 05-4956 152
Fax : 05-4956 213

ROSA PASSADENA
No. 1, Bandar Baru Brinchang,
39100 Brinchang,
Cameron Highlands,
Tel : 6 05 - 4912288
Fax : 6 05 - 4912688

THE SMOKEHOUSE HOTEL & RESTAURANT
By the Golf Course
Po Box 81, 39007 Tanah Rata
Cameron Highlands
Tel: 05-491 1215
Fax: 05-491 1214

Sungei Palas Tea Centre
Jalan Gunung Brinchang,
Brinchang,
Cameron Highlands.
Tel : 605 - 4962096
E-mail : info@boh.com.my
Website : www.boh.com.my


Equatorial Hill Resort
Cameron Highlands, Pahang

Equatorial Hill Resort Cameron Highlands is nestled atop a hill at 1,628 metres above sea level. This lofty position accords the resort a magnificent view of lush green valleys, terraced and thriving farms, rolling hills and majestic mountains. Besides the splendid view, the altitude provides refreshingly cool and invigorating air, ensuring a pleasant spring-like climate throughout the year.

Superior Room
Bedroom Suite

Accommodation
Spread over 13 acres, the Tudor styled resort offers 240 attractive, self-contained low rise apartment suites and 270 superior rooms and suites in the hotel tower.

Guest Services & Other Facilities
- Electronic Keycard Lock
- Electronic Bedside Control Panel
- IDD Telephone with Bathroom Extension
- 2 In-house Video Channels & TV
- Tea/Coffee Making facilities
- Mini Refrigerator
- Hair Dryer

Food & Beverage
Coffee Shop - Enjoy distinctive Malaysian, Asian and International cuisine in a simple, tastefully decorated atmosphere Daily 07.00 am- 11.00 pm

Golden Phoenix - Signature Equatorial chinese restaurant offers sumptuous and authentic Cantonese, Teochew and Szechuan cuisine. Private dining rooms available Daily 7.00 pm - 12.00 am (Last order 10.30 pm)

Cricket Lounge - Relax with your favourite drink in a pub style setting or have a game of darts with your beer Daily 11.00 am - 12.00 am (Sat and eve of public holidays until 0100)

Singalot Lounge - Croon the latest top hits in the hearty ambience of the karaoke lounge, or in any of the 7 private rooms Daily 2000 - 0000 (Sat and eve of public holidays until 0100)

Banquet & Conference Facilities
Cameron Ballroom, 8 function room & a multipurpose hall

Equipment available
- 24-point Conference System
- P/A Sound System
- Tape Recorder
- Overhead & Slide Projector
- LCD Projector
- TV/Video Player
- Screen
- Display Board, Whiteboard & Flipchart
- Table & Stand-up Microphone
- Collar Microphone & Cordless Microphone
- Rostrum

Services & Facilities
- 24-hour Safe Deposit Box Centre
- Heated Indoor Swimming Pool
- Laundry & Valet
- Basement Parking
- Doctor On-call
- Tour Desk
- Business Services
- Board Games
- Shuttle Service to Brinchang/Tanah Rata
- Taxi Services
- Hotel Shop
- Recreation activities
- Floodlit Tennis Courts
- Squash Courts
- Sepak Takraw Court
- Multi-purpose Hall
- Gymnasium




Location Map


Getting There
From Kuala Lumpur, drive north on the North South Highway. After an estimated 1 1/2 hours drive, take a left at the Tapah/Cameron Highlands turn off. Pass the toll booth and take a left at the traffic lights ahead. You are now on the one and only road up the hill.

Drive on this road. You will reach Lata Iskandar waterfall on your left after approximately 30 - 40 minutes. A tip while driving up the hill is that should you be driving behind a heavy vehicle, wait for its signal to overtake. These are experienced drivers who will indicate to you the right moment to overtake their slow vehicle.

The first town you will arrive is Ringlet. Just after the town is the electro hydro dam on your right. Continue on and after another 30 minutes, you will arrive at Tanah Rata which is the main administration town of Cameron Highlands.

Carry on driving and you will hit Brinchang town. Drive through and after another 20 minutes, you will reach the Resort where you will need to take a right turn into the Resort driveway.

The total drive journey from Kuala Lumpur to the resort should take you about a leisurely 3 1/2 hours.

By train
A regular rail service from the Kuala Lumpur Main Railway Station will take you to Tapah Road Town Train Station. Get off and take the local bus to Tapah town bus station. There, you have a choice of taking the local bus ride to Cameron Highlands, all the way to Brinchang where you will hop off and take the local town taxi to the Resort. Or you may take a taxi from Tapah town which will then drive you directly to the Resort.

By taxi
There are regular taxi services that ply between Kuala Lumpur and Cameron Highlands.



Equatorial Hill Resort Cameron Highlands
Kea Farm, Brinchang 39100 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia