Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar belanja krew Harakah mee udang di Kuala Sepetang...
Krew Harakah menikmati mee udang di Warung Mee Udang banjir Mak Teh dekat Matang dalam Dun Kuala Sepetang
MB Perak berbual mesra dengan sambil menceritakan kisah-kisah beliau mengadap Tuanku Sultan Perak dan berdapan dengan kerajaan kudeta Zamry Abdul Kadir
MB Perak sempat bergambar dan berbual-bual dengan pengunjung Warung Mee Udang Banjir Mak Teh dan beliau disambut penuh girang tetamu warung tersebut
Bloggers Sanggahtoksago, Tarmizi Mohd Jam meninjau pendapat rambang Pegawai Peribadi MB Perak, Sdra Amran yang bersongkok hitam mengenai siapakah calon PAS Bukit Gantang yang bakal ditabalkan, sambil diperhatikan Ahmad Lutfi Othman.
Sekumpulan Muslimat PAS dari Kedah yang berkebetulan berada di warung Mak Teh turut menjemput MB Perak bergambar kenangan
Pelbagai cerita menarik dari MB Perak sepanjang 10 bulan mentadbir negeri Tok Sago itu dikongsi bersama kami
Bloggers Tarmizi Mohd Jam sempat bergambar dengan Yang Dipertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Mohd Nordin di rumahnya sewaktu makan malam bersama MB Perak sebelum acara Ceramah Perdana bermula di Kg Kubu
SETELAH penat mengejar kereta Toyata Camry AGS 10, yang tertulis dengan huruf besar pada platnya, "Menteri Besar Perak" akhirnya destinasi bersama ditemui. Bukan kepalang laju, kereta yang membawa Dato' Seri Nizar Jamaluddin meredah lalulintas yang bersimpang-siur.
Nizar bersama pengawai peribadinya yang sentiasa bersongkok hitam, Amran dan Penyelaras Sekreteriat Parlimen Bukit Gantang, Cikgu Sharuddin menghentikan kereta di bahu jalan. Sebuah lagi kereta, bodygard MB yang diketuai Ali tercari-cari parking.
Saya bersama Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan, Johari Jaafar menaiki kereta berasingan. Kami bertolak sejurus solat Asar di Markaz PAS UPU Larut Tin. Sebelum itu, mengikuti Majlis Dialog Isu-Isu Semasa di Dewan Orang Ramai Kg. Sentosa Larut Tin, tidak jauh dari bandar Taiping tetapi masih dalam kawasan Bukit Gantang.
Setelah minum petang dan solat Asar, kami ke rumah seorang aktivis Pakatan Rakyat di hadapan markaz. Nizar menziarahi isteri aktivis tersebut yang mengalami sakit saraf sejak beberapa tahun yang lalu. Setelah berbual dan memberikan kata-kata perangsang, kami menuju ke Kg Air Putih dekat Kamunting.
Sewaktu Majlis Dialog Isu-Isu Semasa tadi, Amran sudah membisikkan kepada saya, habis program ini "kita pekena" mee udang di Kuala Sepetang.
Kereta MB dipandu agak laju meninggalkan Larut Tin menuju ke Kamunting. "Kita nak serah komputer," kata Amran ringkas. Komputer tersebut adalah sumbangan allahyarham Roslan Shahrom yang tidak sempat ditunaikan oleh beliau sewaktu hayatnya. Ia sumbangan seorang wakil rakyat.
Nizar menyampaikan perkakasan komputer kepada dua anak yang juga diserang masalah saraf yang mengecut. Seorang berusia 18 tahun dan seorang lagi 23 tahun. Anak Ketua Kampung Air Putih dari Pakatan Rakyat dalam Dun Kuala Sepetang.
Sambil meluru laju, Nizar sempat melambai-lambaikan tangannya dari tingkap kereta ke Markaz BN di pinggir jalan besar dari kampung itu. Petugas di situ juga turut memberi respons positif.
Perang bendera di Bukit Gantang baru bermula. Selepas "pekena mee udang" Nizar dijadual memberi tazkirah Maulidur Rasul di surau Taman Kuning Sari, tidak jauh dari Markaz Besar PAS Air Kuning.
Di Matang, warung serba ringkas yang kami sangkakan "majlis kenduri kahwin" dipenuhi pelbagai peminat mee udang. Kereta bersusun-susun di kiri kanan bahu jalan.
Sambil Amran membuat pesanan, kehadiran Nizar mendapat perhatian pengunjung.
Keramahan, senyuman manis dan sapaan tangan MB Perak ini, disambut pengunjung bagai seleberiti. Ada yang bergambar, berbual dan tidak kurang juga yang berpeluk-pelukan.
Setengah jam juga menunggu, barulah mee udang tiba. Nizar memanjatkan doa makan dan kami menikmati apa yang dikatakan mee udang Kuala Sepetang. Nizar menceritakan sedikit "sejarah udang" mengapa ia tidak berdarah...
10 ekor udang setiap pinggan. Sedap juga. Barangkali perlu datang lagi sepanjang kempen pilihan raya Bukit Gantang ini. Setelah bayaran dijelaskan, kami terus menuju ke Surau Kuning Sari dan kemudiannya makan malam di rumah Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Nordin sebelum ke tempat ceramah di Kg Kudu.