Saturday, March 24, 2012

10 kebaikan kalsium yg anda perlu tahu

Apa kata harini luangkan masa 10min utk membaca info tentang kesihatan. Saya nak berkongsi info tentang kalsium. Biasanya, kalsium dikaitkan dengan tulang dan gigi..kan kan .. tetapi tahukah anda apa kebaikan kalsium yg lain?.. Mari baca

10 Kebaikan Kalsium:

Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.

·

Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.

· Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

· Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

· Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

· Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

· Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

· Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

· Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.

· Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.

· Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.

DINNER 23.3.2012




MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Friday, March 23, 2012

Wednesday, March 21, 2012

SARAPAN PAGI INI

Alhamdullilah diberi kesihatan yang baik pagi ini untuk buat sarapan untuk anak- anak ke sekolah dan wife bawa bekal ke opis.. Menu hari ni nasi goreng himalaya dan cekodok kentang. Mudah je dari membazir nasik semalam baik goreng..

RESEPI CEKODOK KENTANG

Rebus kentang ikut suka berapa nak pakai separuh masak..toskan kemudian lenyek, ikut suka nak buang kulit atau tidak..Blender bawang besar satu bijik dan masukkan dalam bekas kentang tadi..masukkan tepung gandum, garam dan gula sedikit secukup rasa. Dah sebati boleh lah digoreng hingga kekuningan. Kemudian hidangkan bersama Sos Keju yang telah dicairkan. Hmmm...enak sekali..yummy...

Tuesday, March 20, 2012

MAKAN CARA SIHAT IKUT SUNNAH NABI


KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).


Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:

“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.

“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.

Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang

makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

CARA HIDUP AMALAN RASULLULAH


BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.

Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Oleh Ustaz Zawawi

Monday, March 12, 2012

SARAPAN PAGI DAN LUNCH 11.3.2012






Bangun pagi ni buat terus sarapan dan makan tengahari..goreng sedikit nugget ayam dan ikan kemudian bersedia buat pasta dengan mackarel spicy...sos keju (mofabisa cheese powder) mesti ada untuk cicah dengan nugget dan tambah dengan pasta..

Friday, March 9, 2012

SARAPAN PAGI 9.3.2012



Pepagi ni alhamdullilah dapat bangun awal buat sarapan untuk anak anak makan spagethi sebab semalam dah janji dengan aliff dia nak sarapan spagethi. Wife pulak nak bawa bekal ke pejabat..Pukul 6.30 pepagi sesudah subuh siap..

DINNER 8.3.2012







Malam ni masak special buat isteri sempena hari wanita..Aliff dah dapat apron semangat dia...abah pakai kejap dah merajuk xmo tolong abah dah..hehe...

KERABU MANGGA

Bahan-bahanya
5 biji mangga muda ( mangga telur)
1/2 biji bawang besar
1/2 biji limau nipis ( diperah jusnya)
2 sudu besar kacang goreng (ditumbuk kasar)
1 sudu besar udang kering ( ditumbuk kasar)
sedikit belacan bakar ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
sedikit gula
sedikit garam
5 biji cili padi

Cara-caranya

1. Kupas mangga muda dan parut halus, kalau nak cincang nipis pun boleh, ros guna parut je sebab nak senang keje dan cepat.

2. Hiris nipis bawang besar dan cili padi, satukan dengan parutan mangga, jus limau nipis, kacang goreng dan udang kering yang siap ditumbuk kasar, sedikit gula dan garam, kacau sebati dan pastikan semua bahan mesra.

3. Sedia untuk dihidangkan bersama tomyam dan sedap dimakan bersama nasi putih. selamat mencuba.

DAGING MASAK MERAH

Bahan-bahanya

400 gram daging lembut
8-10 tangkai lada kering
1 batang kulit kayu manis
1/2 biji bawang besar ( bahagi dua bahagian) satu bahagian di kisar , baki dihiris kasar.
1 biji bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 inci halia
1 sudu kecil gula

( beberapa titik pewarna merah)- guna sirap ros je., tak nak letak pun takpe.

Cara-caranya

1. Potong daging nipis-nipis, jangan terlalu kecil, daging akan kecut apabila di rebus.

2.kemudian rebus daging bersama halia, bila air daging agak kering baru masukkan pewarna merah, rebus daging hingga empuk. ( jangan risau daging tidak akan berbau sirap apabila di masak nanti). Pewarna merah bagi menaikkan seri warna daging ini nanti.


3. Kisar cili kering bersama bawang putih dan 1/4 biji bawang besar saiz sederhana, kemudian tumis kulit kayu manis dan bahan kisar tadi hingga garing, masukkan sos cili, garam dan gula, masukkan sedikit air jika ingin berkuah, Selepas itu masukkan daging yang siap direbus tadi, akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, kacau sebentar dan apabila bawang agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


TOMYAM POKTEK

Asalnyer tomyam ni untuk seafood sahaja tapi aliff suka makan ayam tomyam so guna ayam sahaja malam ni

Bahan-bahan

Ayam isi 200gm
Bawang besar 3 biji - tumbuk
Bawang putih 3 biji - tumbuk
Halia 1/2 inci - tumbuk
Lengkuas 1/2 inci - tumbuk
Jagung muda
Kobis bunga
Lobak merah
Tomato ( 1 potong dadu 1 lg hiris biasa)
Serai 2 batang - titik
Daun limau purut 5 helai
Limau nipis
Cili padi 10 biji (ikut citarasa, kalau suka pedas tmbah lg)
Paste tomyam 3 sudu
Tomato puri 4 sudu
Garam secukup rasa


Cara-cara
Didihkan air di atas periuk. Masukkan paste tomyam & tomato puri.Gaul sebati dan terus masukkan tomato yang didadu, bawang, halia, lengkuas,cili pagi & serai. biar mendidik, masukkan ayam yang telah dipotong. kemudian tutup periuk sampai lauk hampir masak Kemudian masukkan daun limau purut, limau nipis, tomato, lobak merah, bunga kobis dan jagung muda. jangan lupa masukkan perisa garam sikit sampai menjadi cukup rasa. pastikan sayur masak then boleh dihidangkan....

Wednesday, March 7, 2012

DINNER 6.3.2012






Malam ni masak asam pedas ikan kembong dan masak lemak lala..seperti biasa aliff memang menolong dan tirah juga..Bersemangat nak makan lala masak lemak...abah sediakan bahan seperti di bawah dan aliff memasak dengan tirah..

Resipi Istimewa hari ini

MASAK LEMAK LALA SAMARINDA

* Bahan-bahan : -

550ml Air
1 Ulas Bawang Putih dan 2 Ulas Bawang merah ( Ditumbuk halus )
3 sudu serbuk cili di bancuh sebati biar pekat
3 camca Besar Minyak Masak
1kg lala
1 Camca Besar serbuk Pati Ayam
1 Tangkai Daun Ketumbar ( Dihiris Halus )
1 Camca Teh Garam
1 Camca Teh Gula
1 Camca Teh Serbuk Kunyit
Satu Pek Santan Kotak Ayam Brand

* Cara Penyediaannya : -

1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama cili hingga naik bau.
2. Setelah itu, masukkan lala dan dikacau rata.
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit dan santan dan dikacau rata.
4. Masukkan air dan biarkan seketika.Setelah mendidih masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam. Aliff tambah resepi masukkan serbuk lada hitam sedikit. Dia kata sedap..
5. Mereneh masakan sehingga kulit lala terbuka sendiri.
6. Kemudian masukkan cili merah yg dipotongs ebagai hiasan dan siap untuk dihidang.

ASAM PEDAS EXPRESS

Bahan-Bahan (makan 2 orang)

Bahan A
5 ekor ikan kembung
700ml air

Bahan B
2 sudu cili serbuk babas
1 biji bawang besar
1 sudu teh belacan
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula

Bahan C
4 keping asam keping ( lagi byk lagi masam)

Bahan D
10 helai daun kesum (daun yang bau macam asam pedas)
2 biji tomato


Cara-Cara Memasak

1. Masukkan dalam blender kesemua Bahan B, blender dalam 10 saat sahaja, supaya bahan tersebut masih kasar. kalau blender halus jadi tak sedap.

2. Sediakan periuk - masukkan Bahan A,B(yang telah diblender), C dan D

3. Tunggu sampai menggelegak, tutup api then makan!

Friday, March 2, 2012

IKAN BAKAR BERSAMA SOS KEJU 1.32012









Siap sudah ikan bakar bersama sos keju mlm ni..ditambah pula kentang rebus dgn lada hitam,mayo dan sos kejuku. makan dulu ye..yummy