Wednesday, March 7, 2012

DINNER 6.3.2012






Malam ni masak asam pedas ikan kembong dan masak lemak lala..seperti biasa aliff memang menolong dan tirah juga..Bersemangat nak makan lala masak lemak...abah sediakan bahan seperti di bawah dan aliff memasak dengan tirah..

Resipi Istimewa hari ini

MASAK LEMAK LALA SAMARINDA

* Bahan-bahan : -

550ml Air
1 Ulas Bawang Putih dan 2 Ulas Bawang merah ( Ditumbuk halus )
3 sudu serbuk cili di bancuh sebati biar pekat
3 camca Besar Minyak Masak
1kg lala
1 Camca Besar serbuk Pati Ayam
1 Tangkai Daun Ketumbar ( Dihiris Halus )
1 Camca Teh Garam
1 Camca Teh Gula
1 Camca Teh Serbuk Kunyit
Satu Pek Santan Kotak Ayam Brand

* Cara Penyediaannya : -

1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama cili hingga naik bau.
2. Setelah itu, masukkan lala dan dikacau rata.
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit dan santan dan dikacau rata.
4. Masukkan air dan biarkan seketika.Setelah mendidih masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam. Aliff tambah resepi masukkan serbuk lada hitam sedikit. Dia kata sedap..
5. Mereneh masakan sehingga kulit lala terbuka sendiri.
6. Kemudian masukkan cili merah yg dipotongs ebagai hiasan dan siap untuk dihidang.

ASAM PEDAS EXPRESS

Bahan-Bahan (makan 2 orang)

Bahan A
5 ekor ikan kembung
700ml air

Bahan B
2 sudu cili serbuk babas
1 biji bawang besar
1 sudu teh belacan
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula

Bahan C
4 keping asam keping ( lagi byk lagi masam)

Bahan D
10 helai daun kesum (daun yang bau macam asam pedas)
2 biji tomato


Cara-Cara Memasak

1. Masukkan dalam blender kesemua Bahan B, blender dalam 10 saat sahaja, supaya bahan tersebut masih kasar. kalau blender halus jadi tak sedap.

2. Sediakan periuk - masukkan Bahan A,B(yang telah diblender), C dan D

3. Tunggu sampai menggelegak, tutup api then makan!