Tuesday, July 28, 2009

Percutian Ke Pulau Tioman 24-27 July 2009

Pada 24-27 hb July yg lepas , aku telah join sekali lagi trip ke Pulau Tioman bersama Family pula. Sepatutnya 4 family yang mengikuti percutian ini tetpai last minutes family Amizi terkena chicken pop pulak. So Family yang turut serta adalah family aku,nordalila dan mastura sahaja.

Walaupun hanya 6 orang dewasa yg join , program ni tetap intresting sebab tak ramai so.. bleh enjoy2 dan rilexs lagi anak - anak banyak dengan gelagat masing-masing…

HARI PERTAMA (24 JULY 2009)

Kami dr KL menaiki kereta sendiri jam 12.30 tgh malam bertolak dari Sg Besi melalui Senawang-Kuala Pilah-Bahau-Muadzam Shah-Kuala Rompin-Tg Gemuk (5 jam - 326 km ). Kami singgah makan di Jempol NS pada jam 2.30 pagi dan tiba di jeti Tanjung Gemuk jam 6.00 pagi…Singgah di masjid Tg Gemuk sekejap. Kemudian sarapan berhampiran Jeti. Then Naik feri jam 8.00 pagi dan tiba di Pulau Tioman sekitar Jam 10.30 pagi...






HARI KEDUA (25 JULY 2009)

Setiba di Kampung Tekek kami menaiki bas yang disediakan Berjaya Golf & Beach Resort tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam di sana. Kami terus ke lobi untuk check in setibanya di sana.Kemudian kami keluar untuk makan tengahari di warung berhampiran..Anak-anak semua apalagi terus le terjun kolam dan bermain pasir di pantai...









Aku juga sempat rakamkan gambar2 semasa waktu senja pada malam pertama kami di sana. Kami keluar makan malam di Kg Tekek menaiki van. Kami makan di warung yati seafood berhadapan kompleks bebas cukai di sana. Setelah itu kami sempat meninjau kedai bebas cukai.
Kami juga berkenalan dgn seorang yang aku panggil bob untuk perancangan aktiviti snorkling besoknya.


HARI KETIGA (26 JULY 2009)

Setelah bersarapan pagi, kami bersiap untuk aktiviti snorkeling di beberapa pulau kecil sekitar tioman. Cuaca pagi ini tak berapa baik di mana hujan turun renyai renjai. Abang Bob memberitahu aktiviti snorkeling terpkas di tunda ke pukul 11.00 pagi berikutan ombak kuat. Kami menunggu di perkarangan chalet kami. Family Nordalila dan Mastura tidak dapat mengikuti aktiviti ini yang bermula sekitar jam 11.30 pagi. Aku, isteri dan anak-anak saja yang pergi snorkeling pada pagi itu bermula di Marine Park, Pulau Coral dan juga Pulau Renggis. Seronok anak anak menaiki bot walaupun ombak tinggi dan menakutkan..Abang bot yang mebawa kami kali ini sama juga seperti bulan May hari tu iaitu Abang E...Seronok anak -anak dapat snorkling menyaksikan keindahan di dalam laut dengan berbagai jenis ikan dan jug aterumbu karang yang cantik-cantik. Mungkin pengalaman menakjubkan bagi anak anak aku terutama aliff yang mulanya ketakutan di dalam bot..tetapi akhirnya berani mengharungi ombak..hehe...seronok tengok ikan nemo dan blue dolphin yang berenang di dasar laut...Setelah 3 jam berendam dan pelbagai aksi terjunan yg di lakukan , kami pun bergegas pulang dan menyuruh abang e menghantar kami terus ke hadapan chalet di pantai berjaya tioman..maklumlah Pulau renggis tidak jauh dari situ..malas nak gi ke kg tekek balik kerana terlalu penat...




Anak-anak masih lagi nak terjun kolam renang..aku , aliff dan isteri masing masing penat dan tidoooooo sehingga jam 5 petang.. Aku, June dan Family Dalila keluar ke kampung Tekek untuk bersiar-siar dan membeli belah di beberapa kedai bebas cukai..Setelah pulang ke resort, aku keluar membeli makanan untuk makan malam di warung depan iaitu nasi paprik, sup ayam dan tomyam...Setelah anak-anak balik dari berendam di kolam kami makan bersama di dalam chalet. Setelah itu kami keluar melihat life band di pantai dan bermain pool di game centre sehingga lewat malam.




HARI KE EMPAT (27 JULY 2009)

Kami tidak melepaskan peluang mandi manda di kolam dan pantai selepas sarapan pagi buat kali terakhir sebelum pulang ke KL..Lebih kurang pukul 12.00 tengahari barulah kami semua berkumpul di lobi resorts untuk check out sambil menunggu bas ke Jeti Kg Tekek. Kami makan tenghari dahulu di Kg Tekek sebelum menaiki bot pulang ke Tg Gemuk. Feri berlepas jam 3.30 petang dna sampai di Tg Gemuk pada jam 5.30 petang.


Memandangkan semua sudah keletihan, aku dapati semuanya tidur di dalam perjalanan di dalam bot. Aku pun turut tertidur...mungkin hendak mengambil tenaga untuk drive dari Tg Gemuk ke KL nanti. Kami bertolak kira -kira jam 6 petang dan melalui jalan Kuala Rompin-Muadzam Shah-Segamat-Tangkak-KL.(5 jam - 350 km ).Kami pada mulanya ingin singgah di Tangkak untuk melihat kedai menjual kain tapi kami sampai agak lewat di Tangkak kerana kedai semua sudah tutup.Sebelum itu kami singgah makan di perhentian sebelum segamat di "signboard" 24 km Hospital Segamat..Sebuah warung tepi jalan yang menyajikan karaoke dangdut dan joget lewat malam...he he..

Setelah memasuki lebuhraya tangkak ke kl semuanya membawa haluan masing-masing hingga ke KL.

Sungguh seronok percutian aku pada kali ini… aku harap selepas ini banyak lagi percutian yang dirancang seperti langkawi, redang dan sipadan.

Buku Percutian Ke Tioman visit http://www.mohamadfauzi.here.ws