Thursday, December 8, 2011

Blended Orange Cake




Kepada yg berminat terutama yg tak ada mixer tu, bolehlah mencuba resepi mudah ni. Hanya menggunakan blender je. Rasanya pun boleh tahan. Cuma bg pendapat MOFA, kek ni terlalu manis. Sebab tu MOFA kurangkan sukatan gulanya.

Bahan-bahan
  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak (DJ ganti dengan mentega cair)
  • 2 cawan gula halus (DJ letak 170g dan utk 1/2 adunan, DJ letak 80g )
  • 3 biji telur (DJ guna telur gred A)
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
  • Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. (MOFA hanya ambil isinya sahaja)
  • Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. (MOFA campurkan sekali dengan parutan kulit limau)
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan digriskan.
  • Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.