Tengok mata budak-budak ni..., rasa sesuatu tak? rasa tak? ....rasa sesuatu tak dalam hati?
inside my head, inside my heart, inside myself, inside of me... 在我的頭上,我的心裡面,裡面我自己,在我心裡
Friday, August 28, 2009
Antara kekenyangan dan kebuluran...
Tengok mata budak-budak ni..., rasa sesuatu tak? rasa tak? ....rasa sesuatu tak dalam hati?
Jubah Untuk Ibu... Sadisnya Cerita Ini...
Jubah Untuk Ibu... Sadisnya Cerita Ini...
“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu.. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.
“ Ibu...ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la.. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam.. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah..
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang.. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.
Dah puas dah korang nanges lepas baca cerita ni? Nanges la puas-puas semasa korang masih ada ibu lagi, jangan nanges lepas diorang dah takde nanti. Menanges air mata darah pun tidak berguna lagi. Cerita ni aku dapat dari sorang kawan baik aku dan aku rasa nak kongsi ngan korang semua, gambar tu plak aku carik dan terjumpa dalam fotopages mamat AzlanUmpai ni.
Tuesday, August 25, 2009
LAWATAN KE SIBU ISLAND 17/8/2009
Pertandingan Bowling 2009 at Pin Junction e@CURVE
KATEGORI KUMPULAN
Juara : Kumpulan 15 -1653 pin
Syed Nasir Syed Shikh
Naib Juara : Kumpulan 10 - 1602 pin
Amizi Shahrulizan Alias
Tempat Ketiga : Kumpulan 14 - 1409 pin
Lelaki : 1 Hamzli Noor - 524 pin
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang tewas, usaha lagi pada tahun hadapan. Usaha tangga kejayaan.
The Blood Donation Campaign
The Blood Donation Campaign was successful held on Wednesday, 12th August ,2009 at the Open Hall, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur. The Safety and Health Committee of Metro Parking KL cooperation with the Malaysia Blood Center has organised the event. The campaign is open to all Metro Parking’s staffs and outside parties. About 150 people have registered to donate blood to meet the needs of blood banks, Kuala Lumpur.
Di samping itu juga, pihak KPJ Damansara telah membuka kaunter untuk pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tahap kolestrol, tekanan darah, BMI dan juga kandunagn gula dalam darah.Dengan hanya bayaran serendah RM15 sesiapa sahaja boleh mendapatkan pemeriksaan ini. Sambutan menggalakkan dapat dilihat kerana ramai yang ingin mengetahui status kesihatan mereka.
Monday, August 24, 2009
BERPUASA MASIH BOLEH BERSENAM
BERSENAM di bulan puasa? Oh, tidak! Mungkin itulah yang keluar daripada mulut sesetengah individu yang berpendapat mereka perlu mengurangkan atau menghentikan sebarang aktiviti fizikal termasuk bersenam buat seketika kerana bimbang kepenatan, lapar dan dahaga di bulan Ramadan ini. Bagaimanapun, Pengurus Kecergasan Fitness First, Simran Latiff, menolak tanggapan tersebut sambil menegaskan senaman masih perlu diteruskan walaupun ketika berpuasa bagi meningkatkan kadar metabolisme, selain mengekalkan tahap kecergasan agar tidak menurun dan memudahkan seseorang itu menjalani latihan fizikal seterusnya.
Katanya, bulan puasa tidak harus dijadikan alasan untuk seseorang itu menghadkan aktiviti mereka termasuk melakukan senaman. “Jika tidak melakukan senaman, otot menjadi lemah dan badan mudah berasa letih. Ini kerana kalori masih perlu dibakar biarpun pada bulan puasa,’’ ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini. Simran berkata, sekiranya seseorang itu tahu kebaikan meneruskan senaman pada bulan puasa yang mampu memaksimumkan pembakaran kalori terutama yang sumbernya datang daripada lemak, pasti mereka mahu melakukannya apatah lagi jika telah terdapat keinginan untuk mendapatkan bentuk badan sempurna. Menerangkan lebih lanjut mengenai bagaimana senaman di bulan puasa, katanya, secara umumnya pengambilan kalori pada bulan puasa akan berkurangan kerana pembakaran lemak berlaku secara maksimum.
“Pada hari biasa, ketika kita bersenam badan memerlukan kalori untuk dijadikan tenaga dan pada 20 minit pertama, tenaga itu datang daripada kalori karbohidrat terlebih dahulu. Selepas 20 minit pertama, barulah badan menggunakan kalori lemak untuk dijadikan tenaga.” Disebabkan berpuasa, jelasnya, kalori karbohidrat dalam badan secara tidak langsung akan berkurangan dan secara semula jadi badan terus menggunakan kalori lemak untuk dijadikan tenaga tanpa memerlukan 20 minit pertama. Dari situ, ia dapat mengurangkan peratusan lemak dalam badan seseorang. Menerangkan cara dan bagaimana aktiviti senaman boleh dilakukan, kata Simran, sepanjang bulan puasa senaman boleh dilakukan dua atau tiga kali seminggu dengan sekurang- kurangnya 30 minit sekali senaman. Ia agak berbeza di bulan biasa iaitu perlu dilakukan lebih kerap dan memerlukan antara 30 minit hingga satu jam setiap senaman.Lebih penting kata Simran, dalam tempoh 30 minit itu individu boleh melakukan tiga senaman berperingkat-peringkat seperti senaman memanaskan badan, senaman kardiovaskular seperti berbasikal dan berjalan kaki.
Bagi membentuk kardiovaskular (berjalan, joging atau berbasikal), penggunaan tenaga pada tahap maksimum perlu diselaraskan mengikut tahap latihan yang sesuai. Bagi latihan pembentukan otot, seseorang itu dinasihatkan agar melakukan senaman pada otot besar sahaja. Antaranya, bahagian dada, belakang, bahagian depan paha dan belakang paha. Bagi setiap otot, latihan boleh dilakukan sebanyak satu atau dua set dan setiap satu set sebanyak 15 hingga 20 pengulangan. Bilangan yang kerap membolehkan kita mengurangkan lemak dan pada masa sama, membentuk otot. Senaman katanya, boleh dilakukan 30 minit atau satu jam sebelum waktu berbuka atau selepas berbuka sebaik proses penghadaman selesai.
Selain senaman memanaskan badan, individu juga boleh menggunakan threadmill atau kayuhan basikal yang boleh dilakukan selama kira-kira 10 hingga 15 minit. Bagi mereka yang memilih melakukan senaman selepas berbuka, kata Simran pastikan makanan yang dimakan semasa berbuka telah benar-benar hadam. Ambil masa sekurang-kurang setengah hingga satu jam selepas makan. “Cuba elakkan berbuka dengan mengambil makanan berat, sebagai contoh nasi. Sebaiknya, individu dinasihatkan agar hanya mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit seperti sebiji kurma dan segelas minuman,’’ ujarnya lagi, Simran menambah, melakukan senaman kardio selama kira-kira 30 minit baik untuk jantung. Ini boleh diikuti dengan latihan mengangkat bebanan, latih tubi dan regangan.
MAKANAN TURUNKAN KADAR KOLESTEROL
Bagi yang ingin menghindari masalah kolesterol ada baiknya jika anda mula mempertimbangkan makanan sihat antikolesterol. Berikut disenaraikan beberapa makanan terbaik yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol dan melindungi serta pembuluh darah anda.
Bubur gandum dan oat.
Oat mengandungi serat larut (soluble fiber) yang boleh menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) anda. Soluble fiber juga boleh ditemui pada makanan lain seperti kacang buncis, epal, buah pir, barli dan buah prun. Serat yang larut diyakini mampu menurunkan penyerapan kolesterol dalam proses pencernaan anda. Mengambil 10 gram lebih serat larut setiap hari dapat menurunkan kadar LDL. Setiap 1 ½ cawan oat yang anda makan mengandungi 6 gram serat. Jika anda tambahkan buah-buahan seperti pisang, anda menambah 4 gram lebih serat.
Walnut, badam dan jenis-jenisnya
Pelbagai kajian menunjukkan walnut boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Kacang ini mengandungi banyak asid lemak tak tepu (polysaturated fatty acids) yang dapat membuat pembuluh darah tetap sihat dan elastik. Kacang badam juga memiliki kebaikan yang tidak jauh berbeza. Penurunan kolesterol boleh anda rasakan selepas mengamalkan pemakanannya selama empat minggu.
Diet untuk menurunkan kolesterol dengan 20 peratus sumber kalori berasal dari walnut dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol LDL sehingga 12 peratus. Kekacang umumnya berkalori tinggi. Hanya dengan segenggam kekacang yang tidak melebihi 57 gram cukup memberi kebaikan untuk anda. Namun, harus anda ingat, jika anda mengambilnya dengan makanan lain, jangan berlebihan. Makan berlebihan boleh membuat anda kegemukan dan meningkatkan risiko serangan jantung.
Ikan dan asid lemak Omega-3
Banyak kajian yang dilakukan berkenaan dengan asid lemak omega-3 mengatakan bahawa ia mampu menurunkan kolesterol dalam badan. Asid lemak omega-3 mengatakan bahawa ia mampu menurunkan kolesterol dalam badan. Asid lemak omega-3 juga membantu jantung dengan pelbagai cara seperti menurunkan tekanan darah dan menekan risiko pembekuan darah. Pada pesakit yang sudah mengalami serangan jantung, minyak ikan atau asid lemak omega-3 dikatakan berkait secara signifikan dengan penurunan risiko kematian mendadak.
Para doktor biasanya menyarankan memakan ikan minimum dua kali seminggu. Antara sumber makanan yang kaya dengan omega-3 adalah seperti ikan makarel, ikan herring, sardine, tuna albacore dan tuna. Perlu diingati untuk mempertahankan faedah ikan bagi kesihatan, sebaiknya ikan dipanggang atau dibakar di dalam oven.
Minyak Zaitun.
Minyak zaitun mengandungi campuran antioksidan yang berpotensi untuk menekan kolesterol tanpa mengganggu kadar kolesterol baik (HDL) anda. Badan FDA menyarankan agar kita mengambil sekitar 23 gram minyak zaitun setiap hari untuk menjaga jantung agar tetap sihat. Cara terbaik menambah minyak zaitun di dalam menu anda adalah dengan mencampurkannya dengan sayuran, perencah basah atau mencampurkannya dengan cuka sebagai pelengkap salad. Anda juga boleh menyapu sedikit pada daging sebagai pengganti mentega.
Beberapa kajian menyarankan bahawa kesan minyak zaitun dalam penurunan kolesterol adalah lebih besar jika anda menggunakan minyak zaitun tulin. Minyak jenis ini tidak melalui proses pengolahan dan penambahan zat kimia yang diyakini mengandungi lebih banyak antioksidan yang menyihatkan.
Friday, August 21, 2009
Download Lagu Raya
Koleksi Lagu Hari Raya 1
Ahmad Jais – Selamat Hari Raya
Aishah – Setitis Cahaya Di Aidilfitri
Anuar & Ellina – Suasana Hari Raya
Black Dog Bone – Cahaya Di Hari Raya
DJ Dave – Menjelang Hari Raya
Muaturun Koleksi Lagu Hari Raya 1 Dari Rapidshare
Koleksi Lagu Hari Raya 2
Hail Amir & Uji Rashid – Seloka Hari Raya
Jeffrydin – Musafir Di Hari Raya
M. Nasir – Suatu Hari Di Hari Raya
Man Bai & Raihan – Harapan Ramadhan
P. Ramlee – Dendang Perantau
Muaturun Koleksi Lagu Hari Raya 2 Dari Rapidshare
Koleksi Lagu Hari Raya 3
Raihan & Nowseeheart – Hari Raya Untuk Semua
Raihan, Nowseeheart, Ajai & Rem – Lebaran
Saloma – Selamat Hari Raya
Sharifah Aini – Suasana Hari Raya
Siti Nurhaliza – Suara Takbir
Muaturun Koleksi Lagu Hari Raya 3 Dari Rapidshare
Koleksi Lagu Hari Raya 4
Aishah – Pulanglah
Aman Shah – Kepulangan Anakmu
Asha Malik – Pulang Di Hari Raya
Firdaus – Miskin Kaya
Handy Black – Cahaya Aidilfitri
Muaturun Koleksi Lagu Hari Raya 4 Dari Rapidshare
Koleksi Lagu Hari Raya 5
Krisya – Satu Hari Di Hari Raya
Mamat – Ku Pohon Restu Ayah Bonda
Nurul – Rindu Syahdu Di Hari Raya
Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya
Raihan & Nowseeheart – Satu Pagi Di Hari Raya
Muaturun Koleksi Lagu Hari Raya 5 Dari Rapidshare
Koleksi Lagu Hari Raya 6
Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai – Lebaran Ini
Sanisah Huri – Aidil Fitri
Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran
Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Sudirman – Selamat Hari Raya
Muaturun Koleksi Lagu Hari Raya 6 Dari Rapidshare
Lagu Raya Singles Dari Rapidshare :
Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Sudirman – Selamat Hari Raya
Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran
Sharifah Aini – Suasana Hari Raya
Sanisah Huri – Aidilfitri
Saloma – Selamat Hari Raya
S. Jibeng – Musafir Di Aidilfitri
Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya
Rafeah Buang – Selamat Hari Raya
Rafeah Buang – Bila Takbir Bergema
P. Ramlee – Dendang Perantau
Man Bai Feat Raihan – Harapan Ramadhan
Mamat – Ku Pohon Restu Ayah Bonda
Fazidah Joned – Selamat Hari Raya
Black Dog Bone – Cahaya Aidilfitri
Anuar Feat Ellina – Suasana Hari Raya
Aman Shah – Kepulangan Yang DInanti
Aishah – Pulanglah
Ahmad Jais – Selamat Hari Raya
Ahmad Jais – Satu Syawal
Muaturun dari Turboupload
Kandungan lagu:
Amy Mastura-Setahun Sekali
DJ Dave-Menjelang Hari Raya
Dr. Sam-Esok Hari Raya
Feminin-Kurniaan Di Hari Raya
M.Nasir-Suatu Hari Di Hari Raya
Mawi-Takbir Raya
P.Ramlee-Suara Takbir
Sharifah Aini Hail Amir-Bisikan Hati Di Pagi Raya2
Sudirman-Balik Kampung etc; etc…
Koleksi Raya1 Turboupload
Koleksi Raya2 Turboupload
Koleksi Raya3 Turboupload
Muaturun Secara Langsung :
Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran
Siti Nurhaliza – Bila Raya Menjelma cuba link ini: http://www.orbitfiles.com/download/id891551289
Sanisah Huri – Bersabarlah Sayang
Hail Amir, Uji – Seloka Hari Raya
Khairil Johari – Sepasang Kurung Biru
Saloma – Selamat Hari Raya
Ramlah Ram – Hari Raya Hari Bahagia
Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya
Sony All Star – Warna Warni Aidilfitri
Annuar, Ellina – Suasana Hari Raya
Sudirman – Selamat Hari Raya
Muaturun Secara Langsung (Format Real Media – Memerlukan Real Player) :Takbir Hari Raya (Ramai)
Selamat Hari Raya (Saloma)
Perantau (P.Ramlee)
Suasana Hari Raya (Sharifah Aini)
Seloka Hari Raya (Uji Rashid & Hail Amir)
Dari Jauh Ku Mohon Maaf (Sudirman)
Selamat Hari Raya (Ahmad Jais)
Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang)
Cahaya AidilFitri (Black Dog Bone)
Selamat Hari Raya (Fazidah Joned)
Kepulangan Yang Di Nanti (Aman Shah)
Aidilfitri (Sanisah Huri)
Menjelang Hari Raya (D.J. Dave)
Selamat Berhari Raya (Rahimah Rahim)
Lenggang Mak Limah (Halil Chik)
Balik Kampung (Sudirman)
Satu Hari Di Hari Raya (M.Nasir)
Nasyid Raya
InTeam – Kemaafan di Aidilfitri (filelodge)
InTeam – Kemaafan di Aidilfitri (4shared)
Raihan – Satu Pagi di Hari Raya
Raihan & Nowseeheart – Gema Takbir
Raihan – Lebaran ini
Raihan,Nowseeheart,Rem & Aja – Lebaran ini
Raihan & Nowseeheart – Hari Raya untuk Semua
Al Jawaher – Selamat Hari Raya
Al Mizan – Selamat Berhari Raya
Nowseeheart – Ke Desa
Salsaku Ungu
Selamat Lebaran
Jalil Hamid
Raya
Dendang Hari Raya
AlKisah Bulan Puasa
Black Dog Bone
Cahaya Aidilfitri
Artis Campur
Gembira di Hari Raya
Leftthanded
Keinsafan di Hari
Aqasha
Musafir di Aidilfitri
Ujang
Syahdu di Pagi Raya
Lan Pet Pet & Zakiah Anas
Alahai Lemangku
Ajai
Rindu di Aidilfitri
Sudirman danZaleha Hamid
Inang di Aidilfitri
A.Ramli
Suara Takbir
A.Dayang
Suasana Hari Raya
Xi Manifesto
Selamat Hari Raya
Cendrawasih
Bersama diHariRaya
Sweet September
HariRaya Tetap Tiba
Dato’ Shake
Musafir di Aidilfitri.rm
Aishah
Pulanglah
Setitis Cahaya di Aidilfitri
Senandung Lebaran
Amy Mastura
Bersama di Hari Raya
Setahun Sekali
Amy Search
Manusia Miskin Kaya
Sentuhan di Hari Raya
Azlina Aziz
Indahnya Beraya di Desa
Efa Rizan
Lebaran
Ideal Sisters
HariRaya Hari
Bahagia
Iklim
Bersabarlah Sayang
Jamal Abdillah
Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Salam Aidilfitri
Lambaian Aidilfitri
Maafkan Segala Ketelanjuran di Aidilfitri
Jay Jay
Hari Raya Bahagia
Gurindam di Pagi Syawal
Junainah
Suasana Riang di Hari Raya
Khairil Johari
Sepasang Kurung Biru
Liza Hanim
KuPohon Doa di Hari Raya
Spider
Rindu Raya
Senario
Puasa dan Raya
Behari Raya
Elite
DiPagi Aidilfitri
Rosemaria
DiPagi Aidilfitri
Handy Black
Cahaya di Aidilfitri
Takbir Raya
Takbir Raya
A. Romzi
Ahmad Jais
Selamat Hari Raya
Dari Jauh kupohon Ampun
Uji Rashid & Hail Amir
Seloka Hari Raya
Saloma
Selamat Hari Raya
Rafeah Buang
Bila Takbir Bergema
Selamat Hari Raya
Aman Shah
Kepulangan yang Dinanti
P.Ramlee
Dendang Perantau
Suara Takbir
Sanisah Huri
Aidilfitri
Bersabarlah Sayang
Fazidah Joned
Selamat Hari Raya
DJ Dave
Menjelang Hari Raya
Sudirman
Balik Kampung
Selamat Hari Raya
Sharifah Aini
Suasana Hari Raya
Selamat Hari Raya
Nostalgia Aidilfitri
Minal Aidil Wal Faizin
Di Pintu Ampun
Hari yang Mulia
M.Nasir
Satu Hari di Hari Raya
Salam Dunia
Musafir di Hari Raya
Siti Nurhaliza
Sesuci Lebaran
Air Mata Syawal
Anugerah Aidilfitri
Nazam Lebaran
Suara Takbir
Bila Hari Raya Menjelma
Mekar Hari Raya
Suasana Hari Raya
Ukays
Suasana Hari Raya
Sweet Charity
Seri Hari Raya
Slam
Suasana Hari Raya
Sheila Majid
Hari Mulia
S.Jibeng
MenjelangHari Raya
Musafir di Aidilfitri
Ziana Zain
Saat-saat Aidilfitri
Suara Takbir
Sensasi Hari Raya
Zainal Abidin
Dendang Perantau
Ramlah Ram
Selamat Hari Lebaran
Nurul
Rindu Syahdu di Hari Raya
Nora
Suasana Riang di Hari Raya
Noor Kumalasari
Pulang di Hari Raya
Nakkal
Tanggal 1 Syawal
Isa Tak Balik Raya
Hari Raya di Lebuhraya
Aku Cinta Aku Rindu
Trektettet
Warisan Lebaran
Sepakat Beraya
Satu Malam di Malam Raya
Ku Cuba Puasa Duet Yasin
Iyoko Beraya
Album Rabbani – Suara Takbir
Selamat Hari Raya 2
Keharmonian Hari Raya
Suatu Hari Di Hari Raya
Tangan Kuhulur Maaf Kupohon
Takbir
Hikmah Ramadhan
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Dari Jauh Kupohon Maaf
Selamat Hari Raya 1
Salam Aidilfitri
Suara Takbir
Muaturun Album Rabbani_-_Suara_Takbir Dari Turboupload
Hari Raya Singles Di Hyperupload
2_by_2_&_SNurhaliza_-_Hari_Raya
4u2c_-_Bergema_Takbir_Di_Pagi_Raya
A._Ramli_&_Maria_Bacok_-_Malam_7_Likur
Ahmad_Jais_-_Selamat_Hari_Raya
Aishah_-_Pulanglah
Aishah_-_Pulanglah_Perantau
Aishah_-_Senandung_Lebaran
Aishah_-_Setitis_Cahaya_di_Aidilfitri
Al_Mizan_-_Amizan
Sudirman_-_Selamat_Hari_Raya
Aman_Shah_-_Kepulangan_Anakmu
Amy_Mastura_-_Bersama_Di_Hari_Raya
Amy_Mastura_-_Setahun_Sekali
Anuar_&_Elina_-_Suasana_Hari_Raya
Artis_-_Warna
Artis_Berkat_-_Berkat
Artis_Sinaran_-_Alahai_Lemangku
Artis_Sinaran_-_Joget_Senandung_Hari_Raya
Asha_Malik_-_Pulang_Di_Hari_Raya
Awie_-_Raya_Yang_Sempurna
Awie_-_Selamat_Hari_Raya
Azlina_Aziz_-_Indahnya_Beraya_Di_Desa
Black_Dog_Bone_-_Cahaya_Aidilfitri
Brothers_-_Ramadhan
Cecupak_-_Joget_Hari_Raya
Cenderawasih_-_Bersama_Di_Hari_Raya
Dayang_Ku_Intan_-_Senandung_Hari_Raya_Untukmu
Dr_Sam_-_Esok_Hari_Raya