Friday, August 28, 2009

Antara kekenyangan dan kebuluran...



Pembaziran di bulan puasa, itulah tajuk kawan saya kirimkan melalui sms malam tadi bila saya beritahu saya dah tak ada idea nak menulis di dalam blog. Masa tu saya dah tergolek atas tilam depan tv (saya heret tilam letak depan ruang tamu, selesa sikit nak tengok tv).

Sebenarnya memang ada niat hendak menulis pasal pembaziran yang kita sering lakukan di bulan ramadhan. Saya sendiri pernah membazir makanan di bulan puasa. Pembohonglah kalau saya kata saya tidak pernah membazir.

Dulu saya beli banyak juga membeli makanan untuk berbuka puasa. Saya beli makanan di pasar ramadhan dan bawa balik berbuka di rumah. Kalau saya membeli pukul rata lebih RM10. Saya beli nasi, lauk dan kueh. Nasi saya bubuh banyak jenis lauk, kadang-kadang bubuh asing dalam plastik. Kueh pula kadang-kadang sampai 2 jenis dan siap air bergas lagi. huh! Dan macam biasa kita boleh bayangkan apa yang terjadi pada makanan yang kita beli tu... tersadai di atas meja. Dan tambahlah membazir sebab kawan-kawan kita pun tak larat nak makan, mereka pun beli banyak juga makanan.

Kini malu nak beritahu..., saya bawa cuma RM5 sahaja jika ke bazar ramadhan kat Muadzam ni. Bukan kedekut tapi bimbang membazir, tibalah masanya berubah dan hayati ramadhan seboleh mungkin. Dengan RM5 tu saya beli nasi kerabu atau nasi ayam, balik rumah buat tea o panas. Kalau beli nasi dan beli lauk mahal sangat reganya.

Memang la masa tu tengok lauk pauk dan kueh muaeh sedap-sedap dan menyelerakan belaka. Namun bulan ramadhan bukan bermakna kita boleh bermaharajelelakan selera. Bulan ramadhan bukanlah bulan untuk kita mencari nikmat pelbagai makanan. Bimbang kita juga menyumbangkan kepada pesta pembaziran, hilang nakkan pahala buka puasa kita jadi kawan syaitan pulak.

Memang di Malaysia kita boleh katakan tidak ada kebuluran yang serius. Bila kita dengar cerita keluarga lapar tak makan kita merasa suatu yang sangat sedih. kebuluran bukan menjadi biasa kepada kita (kecuali kekeyangan, he he he). Kita terlupa di bahagian dunia lain kehidupan manusia bersulamkan kebuluran, kurus kering badan tinggal rangka dan kulit. Yang paling kesian adalah anak-anak kecil. Kebuluran ini kalaulah dia ada suara, pastilah suaranya merintih ke seluruh dunia...

Tengok mata budak-budak ni..., rasa sesuatu tak? rasa tak? ....rasa sesuatu tak dalam hati?

Kita ni jauh daripada nak kebulur (kita rasa lapar je pas tu boleh berbuka, makanan bertimbung nak diisi dalam perut). Tapi orang yang kebuluran putus harapan hidupnya.... Kalau cakap pasal kebuluran ni ingat lagu`We Are the World' pertengahan tahun 80an dulu. Kira nak bantu Afrikalah, kat Afrika tu ramai kawan seagama dengan kita (dan kalau tak seagama pun kita kena juga kesiankan mereka kerana mereka manusia...) yang kebulur gila.

Dan kita manusia yang kononnya penuh dengan nilai kemanusiaan ni bila telan makanan waktu berbuka ingatlah pada yang tiada kan (tiada makanan ), supaya kita berada di antara kebuluran dan kekenyangan...