Pandai gunakan kad kredit?” Alangkah peliknya soalan ini – takkan saya tak tahu! Senang sahaja: Apabila membeli, berikan kad kredit kepada juruwang, kemudian letakkan tandatangan di resit yang diberikan (kadang-kadang saya tak perlu tandatangan pun, hanya lambai dan pergi!). Jika saya sentiasa bayarkan amaun minima bulanan, banyak pula dapati kredit percuma. Dan saya juga tak perlu risau jika perbelanjaan saya sudah sampai tahap maksima kad tersebut. Syarikat pengurusan kad kredit itu tentu akan menambahkan had kredit saya, dan syarikat-syarikat lain pula pasti akan menawarkan kad-kad yang lain sehingga saya pun tak terdaya untuk menggunakan semuanya!
Sering dengar kata-kata begini? Sudah tentu. Ini perkara yang tidak menghairankan sebab inilah pendekatan yang diambil oleh berjuta-juta pengguna kad plastik ini, seolah-olah membeli barang merupakan kegiatan yang sungguh mudah. Awas! Pengurusan kewangan yang sebegini telah memudharatkan kebanyakan keluarga. Apatah lagi dengan kenaikan harga barang-barang yang tidak ditandingi dengan kenaikan pendapatan. Kebanyakan orang Malaysia terpaksa berbelanja lebih dari kemampuan masing-masing. Hutang kad kredit ini mungkin kelihatan seperti isu yang agak kecil tetapi ia boleh menimbulkan masalah yang jauh lebih besar.
Mungkinkah bidang pelajar menceburi dalam dunia berhutang ini sangat konfiden dan tiada ragu-ragu bahawa mereka akan bergaji tinggi tidak lama kelak – tentu hutang itu luput dalam jangkamasa yang singkat – hanya beberapa tahun selepas graduan. Malangnya, ramai graduan menghadapi bahawa realiti masa hadapan mereka jauh berbeza dari apa yang telah dijangkakan. Sekarang mereka sudah selesa dengan bilangan baki bulanan tersebut dan sedar bahawa mereka terperangkap: hutang yang terus meninggi tidak dapat ditandingi oleh kenaikan pendapatan mereka yang ala kadar.
Bukan orang muda sahaja yang dapati diri mereka terperangkap di dalam situasi begini. Malah, orang-orang dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan kemudahan kredit ini. Para iklan memaparkan barang-barang baru dan canggih yang kononnya “ganjaran” bagi kita! Ya, amat sukar bagi kita menolak kemewahan hidup dengan barang-barang rekreasi, pakaian dan perkakas-perkakas termoden, yang sering ditawarkan. Dalam situasi lain pula, orang yang tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam hutang kredit kad – simpanan wang pun tiada, kredit kad pula dijadikan kemudahan untuk menyara keperluan seharian. Akan tetapi, apabila mereka mula bekerja semula, mereka sedari bahawa kad kredit mereka sudah mencapai had maksima; pembayaran balik pun menjadi satu bebanan yang besar.
Walaupun kita tidak mahu berfikiran negatif, kita tidak akan mencegah masalah kewangan jika kita selalu mengendahkan realiti sebenar. Kemerosotan ekonomi membuatkan ramai orang terdesak dan terjatuh dalam malapetaka kewangan. Hanya mereka yang telah membuat persediaan untuk menghadapi situasi yang kurang baik sebegini akan dapat bertahan di dalam suasana yang sukar. Apakah harus dibuat untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi sebahagian dari angka statistik yang menyedihkan?
Langkah kedua: Hentikan bertransaksi melalui caj kredit. Bekukan penggunaan kredit kad anda (ya, betul – letakkan semua kad-kad kredit ke dalam kotak ais krim, isikan dengan air dan simpankan kotak itu dalam pembeku di peti ais!). Bayarlah barang-barang yang perlu dibeli secara tunai. Kemudian senaraikan hutang kad-kad kredit yang masih ada. Kenalpastikan kad yang mengenakan caj kewangan yang paling tinggi. Mungkin anda berpeluang untuk pindahkan baki dari kad berfaedah tinggi ke kad yang menawarkan kos yang lebih rendah (tentukan anda membaca semua info yang diberi supaya tidak dikenakan kos yang tersorok pula).
Seterusnya, susunkan kad-kad anda mengikut kadar caj kewangan, gunakan baki pendapatan untuk membayar balik kad yang paling mahal (kos tertinggi) tersebut. Setelah hutang kad termahal selesai, tutupkan akaun tersebut dan musnahkan kad itu. Kemudian ubahkan fokus anda ke kad yang seterusnya; teruskan langkah-langkah di atas sehingga kesemua hutang anda sudah habis. Sebaik sahaja hutang kad kredit anda luput, hanya simpan beberapa kad sahaja – hanya dua atau tiga untuk penggunaan yang boleh dikawal.
Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Baik
Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau perlindungan tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-belah dan berjalan, dengan syarat kita tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang mana lebih tinggi. Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun, anda akan mengambil masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh baki hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda tidak lagi menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku peti ais!). Bayangkan betapa lajunya hutang anda akan meningkatkan jika apa yang dipraktikkan ini melibati banyak kad kredit lain pada masa yang sama.
Dan peringatan terakhir – gunakanlah kad kredit sebagai alat pembayaran dan bukan untuk kredit percuma. Jika anda tidak dapat menggunakannya dengan waras atau bertanggungjawab, mungkin lebih baik bagi anda untuk hentikan penggunnaannya sama sekali.
TIP/NASIHAT UNTUK PENGGUNA KAD KREDIT
Peruntukkan sebahagian daripada pendapatan anda untuk menjelaskan hutang kredit anda setiap bulan.
Kawal perbelanjaan anda. Kemudahan penggunaan kad kredit akan menyebabkan anda berbelanja lebih tanpa disedari.
Jangan melampaui had kredit anda kecuali dalam kecemasan.
Jelaskan sebahagian besar daripada baki belum jelas anda dan bukannya bayaran minima 5% atau RM50.
Anda tidak perlukan banyak kad kredit hadkan kepada maksimum dua atau tiga.
Simpan satu senarai nombor kad kredit anda dan laporkan kad yang hilang atau dicuri dengan segera.
Jangan beritahu nombor kad kredit dan tiga digit pengesahan di belakang kad anda sewenang-wenangnya kepada orang lain.
Kemaskinikan sebarang maklumat peribadi anda seperti pertukaran alamat untuk mengelak dari caj pembayaran lewat.
Wang pendahuluan (cash advances) adalah mudah tetapi mahal. Bank mengenakan 18% setahun untuk wang pendahuluan dan 5% ataupun caj minimum sehingga RM20 atas amaun yang dikeluarkan.