Sup orang bujang.. Boleh makan dengan nasi dan juga buat mee sup. Time malas nak masak boleh pekena nasi sup untuk lunch.. belah malam makan mee sup.. sodap!!
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 500g tulang lembu
- 1 sup bunjut adabi
- 2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie
- 2 1/2 liter air.
- 3-4 ulas bawang putih
- 1 cm halia
- minyak untuk menumis
- daun sup/ daun bawang
- bawang goreng
- cili padi -kalo nak pedas :)
- limau nipis- kalo suka masam2 sket..
- 2 ketul ubi kentang
- 1/2 batang lobak merah
Cara-cara
- Mula-mula cucilah tulang temulang.
- Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
- Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
- Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
- Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
- Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
- Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..
- Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
- Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
- Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.